4.8.11

Siri Pencarian 24 : Jangan Pernah Berputus Asa Dalam Mencari Dan Memperjuangkan Kebenaran.

Prenote : Penulisan ini ditulis dalam keadaan segera.Dan dipublish selepas sejam ditulis.Harap maklum.Salah silap,sila betulkan.Semoga Allah Redha.Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. [3:118-120]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Insya-Allah,seperti yang dijanjikan,dalam Penulisan ini saya akan menulis sedikit sebanyak info,maklumat yang saya dapat daripada Talk Dr. Bilal Philips di Taman Tun Dr Ismail pada hari Sabtu lepas.Maaf kerana kelambatan menulis Penulisan ini.Agak sibuk dan banyak gangguan luar berlaku.

*** *** ***

Syarahan di TTDI ini berlangsung pada waktu pagi.Tajuknya adalah "Religious Extremism".Saya akan cuba menghuraikan kandungan syarahan dalam bentuk point.

*** *** ***

Pagi itu saya hadir dengan rakan saya agak lewat.Lewat sepuluh minit.

Ramai orang sudah berada di sana.Ada juga Wanita Muslimat yang hadir.Ramai juga.Kebanyakan mereka memakai Jubah.Membuatkan saya terfikir kronologi sebegini,"makin berilmu seseorang itu sebenarnya,makin senang untuk mereka terima kebenaran,dan makin senang juga mereka hendak ikut perintah Allah SWT".

...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [35:28]

*** *** ***

Apakah yang dimaksudkan oleh kita (dan mereka) dengan perkataan "extremist"?

“Jangan kalian puji aku berlebihan sebagaimana kaum Nashara memuji Isa bin Maryam. Hanya saja aku ini adalah hamba Allah, maka katakanlah, “Hamba Allah dan Rasul-Nya" [Hadits Riwayat Bukhari]

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Beware of going to extremes (in religion), for those before you were only destroyed through excessiveness.” [An-Nasai]

Kita pada hari ini sering mendengar Media Massa (baik di peringkat tempatan atau antarabangsa) melaung-laungkan istilah "Extremist Muslim,Fundamentalist etc etc".

Tapi,apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh extremist ini?

Mengikut apa yang saya dapat dalam talk itu hari,Islam melarang extremist dalam beragama.Contohnya - memuja kubur,memuja seorang tokoh berlebih-lebihan,membuat kepercayaan karut etc etc.

Secara ringkas,dapat dikatakan,Islam adalah cara hidup yang jika seseorang itu mengikutinya dengan tepat dan betul,pasti Beliau akan menjumpai kejayaan hidup di sini dan di sana kelak,insya-Allah.

Tapi,pada hari ini,keadaan yang sebaliknya berlaku.

Golongan yang cuba mengamalkan Islam - digelar extremist.Digelar dengan gelaran-gelaran lain semata-mata kerana mereka cuba mengikut ajaran Islam sebenar.

Kiranya,sesiapa yang cuba mengikut Islam secara betul pada zaman sekarang akan digelar- EXTREME!

Jadi,timbul persoalan,siapa yang 'mereka-mereka (media)' ini anggap tidak extreme?

Mereka yang tidak extreme (pada pandangan mereka) adalah mereka yang moderate,liberal etc whatsoever.

Mereka yang hanya Islam pada nama.Mereka yang menganggap kita hanya perlu sembahyang sekali seminggu etc etc.

Begitu licik permainan 'mereka' di sini.

Saya tidak mahu menyentuh lebih lanjut tentang siapakah 'mereka' itu di sini.Tapi,apa yang anda perlu buat sebagai umat Islam adalah - jangan takut,jangan menggelabah.Be patient.Be cool.Stick dengan cara hidup Islam ini.Jangan takut jika anda digelar Extreme hatta oleh kawan-kawan anda sendiri.Selagi anda mengikut Islam yang sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah,insya-Allah anda akan selamat.

[Muslim :: Book 1 : Hadith 270] It is narrated on the authority of Abu Huraira that the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Islam initiated as something strange, and it would revert to its (old position) of being strange. so good tidings for the stranger.

Kiranya di sini,ada beza yang besar antara extreme yang cuba disampaikan oleh media pada hari ini dan juga extreme yang dilarang oleh Rasulullah.

Carilah Ilmu.

Apa yang perlu kita tahu,sebagai Umat Islam yang cuba mengamalkan ajaran Rasulullah SAW yang sebenar pada hari ini,bersabarlah.Ini kerana kita hidup pada zaman yang terlalu banyak fitnah.Tapi,percayalah,Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan kita ini.

Insya-Allah.

*** *** ***

Homophobic (Kisah tahun 60-an dan Sekarang)

Dahulu,sekitar tahun 1960-an,jika seseorang itu mengaku dirinya gay,pasti dirinya dikecam hebat.Mereka akan diberikan rawatan kaunseling etc etc.

Tapi,sekarang,keadaannya terbalik,seseorang yang menyelar gay ini pula yang digelar extreme.Mereka digelar homophobic.Mereka yang normal ini pula dilihat sebagai tidak normal.Mereka ini pula yang diberi kaunseling.

Astaghfirullahalazim.Ada satu Hadis tentang Dajjal,

[Muslim :: Book 41 : Hadith 7014]

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: May I not inform you about the Dajjal what no Apostle of Allah narrated to his people? He would be blind and he would bring along with him an Image of Paradise and Hell-Fire and what he would call as Paradise that would be Hell-Fire and I warn you as Noah warned his people.

Dalam Bahasa Melayunya jika diterjemahkan bermaksud lebih kurang begini,"Dajjal akan membawa imej palsu Syurga dan Neraka bersamanya."Syurganya" adalah Neraka.Dan "Nerakanya" adalah Syurga."

Sesuatu yang lebih kurang begitulah maksudnya.Anda sila betulkan saya jika ada salah silap.

Apakah maksud ini semua?

Senang sahaja.

Maksudnya - seperti topik pertama di atas tadi,pada zaman sekarang,apa yang benar akan dilihat sebagai batil.Dan apa yang batil dan songsang sebaliknya akan diterima masyarakat.Lihat sahaja zina - majoriti masyarakat dunia sudah menganggap zina itu perkara 'normal'.Tapi kahwin awal yang halal?Majoriti masyarakat dunia pada hari ini menentangnya dengan alasan "Kerjaya etc".What a bunch.

*** *** ***

Mereka menganggap ini perkara enteng,tapi bagaimana kita hendak membantu Palestin jika perkara yang enteng sebegini pun kita gagal ikuti?

Dalam talk ini kemudiannya seorang Hadirin bertanyakan soalan tentang hukum minum menggunakan tangan kiri etc etc.Soalan itu jika dilihat sesetengah orang akan dikatakan persoalan enteng.

Kemudian Dr. Bilal Philips mengatakan ayat yang lebih kurang begini,"Bagaimana kita hendak pergi ke Isu yang lebih berat seperti Palestin jika Isu Kewajiban Solat (yang kononnya enteng) pun kita gagal laksanakan etc etc?"

Pernyataan yang ringkas,tapi mendalam.

*** *** ***

Bilal Philips Di-Banned Dari Memasuki Germany


Mengikut apa yang saya dengar dari talk itu,Bilal Philips mengatakan Beliau dibanned dari memasuki Germany.Kenapa?Kerana Beliau membuat talk yang bertemakan "Islam & Homosexuality".Sejurus selepas habis talk itu,Polis Negara berkenaan menemui Beliau dan Beliau dimaklumkan Beliau dibanned dari memasuki Germany seumur hidupnya.

Begitulah lebih kurang apa yang saya dapat tahu melalui ucapan Beliau itu hari.

Kenapa ini berlaku?

Apa pengajaran yang saya dapat melalui pengharaman ini?

Senang sahaja.

Pengajaran yang saya dapat adalah - hari ini,jika seseorang melakukan sesuatu yang benar,cuba mengemukakan pendapat yang benar tapi majoriti tidak suka,pasti orang itu akan dikecam habis-habisan.Jadi,saya (dan anda semua yang lain) sebagai seorang Islam harus menjadikan kisah ini sebagai pengajaran.JANGAN TAKUT MEMPERJUANGKAN KEBENARAN.Biar kita dikecam etc etc.Yang penting,kita tahu kenapa kita berjuang.Kerana Allah SWT.Ya.Tapi sebelum apa-apa,pastikan anda mempunyai ilmunya dahulu okay?


*** *** ***

Itu sahaja untuk petang ini.

Saya jarang menulis sejak akhir-akhir ini bukannya apa.Tapi,saya banyak menolong Ibu saya.Sorry.Lagipun,hati Ibu perlu dijaga.Jadi,anda semua pun sama,jangan sakitkan hati Ibu dan Bapa anda.Layanlah mereka dengan baik.Dan doakan kebaikan mereka.

Maaf penulisan kali ini berterabur.Rushing.Ni nak gi bazaar jap.

Banyak lagi point saya tak tulis.Takpe.Slow-slow.

Malam karang saya sambung lagi insya-Allah.

*** *** ***


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan putus asa.Bacalah Al-Quran untuk mendapat motivasi.Carilah Ilmu.Jangan hidup dalam kesesatan.Jangan hidup mudah ditipu orang.Carilah cahaya-Nya.

P/P/S : Don't listen to the radio.Don't listen to the TV Show.Betul beb.

P/P/P/S : Bila letupan kat Norway baru-baru ini dilakukan oleh orang bukan Islam,kita tidak akan melihat sekalipun media melabelkan pengganas ini dengan perkataan pengganas.Tapi bila orang Islam buat sikit,habis semua orang Islam digelar Pengganas.Anda ingat ini berlaku secara kebetulan ke?Tidak sama sekali.Buka mata anda.Try usha artikel konspirasi sikit.



2 comments:

  1. Salam..
    Alhamdulillah diberi kesempatan pulang ke tanah air dan meneruskan ibadat puasa di sini..
    Berkenaan dengan letupan di Norway..sebelum dapat tau sapa yang buat terus tuduh ini mesti pengganas Islam yang buat..tapi bila dah tau rakyat dia sendiri yang buat..terus labelkan ini adalah perbuatan orang gila..kenapa tak labelkan pengganas jugak? dan kebetulan lelaki tu pulak sebenarnya seorang yang anti-Islam...rasanya memang ade something fishy is going on there..apa2 pun kita orang Islam bila berada di negara yang majoritinya bukan Islam tunjukkanlah peribadi Islam yang sebenar...semoga mereka yang bukan beragama Islam ini diberi hidayah untuk mengenali keindahan Islam itu..
    selamat berpuasa kepada penulis dan semua pembaca!!

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.betul2 .jzkk atas perkongsian...sgt brmkna.same2 kita sling mnasihati.. iA.

    ReplyDelete