9.8.11

Siri Pencarian 25 : Carilah Kebaikan,Bukannya Keburukan.Carilah Keredhaan Allah SWT,Bukannya Kemurkaan-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya bukan orang Umno.Bukan orang Pas.Saya orang Islam,Warganegara Malaysia.Politik?Bagi saya ianya bukan sekadar apa yang difahami oleh majoriti kita semua.

Memang Kerajaan ada buat salah.Tapi saya tidak merasakan semua yang mereka buat salah.Kadang-kadang bila saya baca komen di Laman Web Berita 'Alternatif' tentang langkah Kerajaan buat something-something,semua komen kat situ negatif belaka.Bersangka buruk belaka.

Dan selepas itu,akan timbul perbalahan antara penyokong dua-dua belah parti.Memaki hamun sesama sendiri.Semak waktu komen ditulis - waktu orang tengah bertarawih.Aik?Ya.Mungkin mereka bertarawih di rumah.Tapi,apakah ini semua?Saya sekadar menulis supaya kita semua sama-sama fikirkan sesuatu dari sini.

Adakah ini yang diajarkan oleh Islam?Kenapa kita orang Islam pada hari ini suka benar berburuk sangka?

Astaghfirullahalazim.Selaklah Al-Quran depan mata kita itu.Baca Terjemahannya.Banyak larangan berburuk sangka yang ada dalam Al-Quran itu.Bertaubatlah orang Malaysia.Jangan kerana asyik sibuk berparti,kita menjadi manusia yang suka bersangka buruk 24 Jam.Kalau buruk sangka tidak ambil duit itu tidak mengapa juga.Ini tidak.Sudahlah mulut berburuk sangka,tapi duit ambil juga.Teruk benor.

Mengikut apa yang saya perhatikan,kedua-dua penyokong dua-dua pihak ini sama sahaja.Yang belah sini cakap semua yang sana buat salah.Yang belah sana cakap yang belah sini buat semua salah.Aik?

Saya tidak Pro sesiapa.Just saya berkongsi pandangan tentang perkara yang saya lihat.

Orang Malaysia lebih 20 Juta.Bukan semua sibuk berpolitik.Tapi saya yakin semuanya inginkan keamanan.Harap Maklum.Jangan ambil berat pandangan ini jika anda rasa banyak salah.

Dan ya,mungkin akibat kesibukan kita berpolitik 24 Jam setiap hari,makin ramai Anak Muda kita yang keluar daripada Islam.Jangan tuding jari kepada sesiapa.Tapi sebaliknya,sama-samalah kita semua kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Ya Allah,kuatkanlah kami semua menempuhi zaman yang terlalu banyak fitnah ini.Berikanlah kemenangan kepada kami.Hadirkanlah Nur Cahaya Petunjuk-Mu dalam hati-hati kami.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Sudah lama tidak menulis.

Agak sibuk.

Astaghfirullahalazim.

Sebenarnya saya kecewa dengan diri saya.Bukan kecewa kerana tidak menulis.Tapi kecewa kerana diri ini ada kalanya hanyut.

Betullah kata orang - Perubahan Memerlukan Sokongan Dari Persekitaran Yang Baik.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Siapa yang salah jika Anak Muda kita terpengaruh dengan Ajaran lain?

Pada saya,ini semua berpunca dari kurangnya didikan dari kecil lagi.

Kita kurang kefahaman tentang Islam sebenarnya.

Ya.

Kurang kefahaman - itulah kata kuncinya.

Ketahuilah kita,jika kita faham apakah Islam yang sebenarnya,seseorang itu pasti akan jatuh cinta kepada Islam,insya-Allah.

Jadi,Ibu Bapa,janganlah asyik sibuk bekerja sehingga lupa mendidik anak-anak di rumah.

Pada saya,walaupun kita sekarang berada di zaman moden,peranan Ibu mendidik anak di rumah masih lagi tidak boleh dinafikan.Kerana peranan Ibu amatlah besar dalam mendidik dan membentuk personaliti anak-anak.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin dalam bukunya,Untukmu Umat tentang Peranan Wanita dalam Isu Masyarakat pada hari ini.

Jika anda berminat dengan buku ini,anda boleh membelinya di sini.Buku ini saya bagi 5 Bintang rating dari skala 5.

*** *** ***

Saya tidak habis lagi cerita tentang Dr. Bilal Philips punya talk di KL aritu.Jika anda masih belum baca,usha artikel sebelum ini.

Tapi,kesibukan menghalang saya menulis.

Banyak perkara berlaku dalam beberapa hari ini.

Saya balik Kampung di Selatan Tanah Air.Menziarah Kubur Allahyarham Atuk dan Nenek saya.Juga saya ziarah Kubur Allahyarham Moyang-Moyang saya.

Then saya lawat Makcik saya yang sudah kematian suami.Makcik saya ini hidupnya susah.Jadi,saya berbuka bersamanya dan Anak-Anaknya.Mujur Anak Sulungnya sudah matang dan boleh memikul tanggungjawab membantu Ibunya.Alhamdulillah.Ini kerana Adiknya masih kecil lagi.

Kemudian saya pergi berulang-alik ke Ibu Kota beberapa kali.Then,kemungkinan besar,lusa saya akan bertolak ke Pantai Timur pula (yang pasti bukan Negeri Pahang,sebab saya duduk Pahang - haha).Saya ingin melawat Saudara Mara di sana pula.

Itu pasal saya agak busy.

Banyak sebenarnya pengajaran saya dapat selama beberapa hari ini.

Tapi saya sedih.Hati ini kadangkala kelihatannya begitu lemah dengan godaan dunia.Astaghfirullahalazim.Ya Allah,berikanlah kami semua kekuatan.

*** *** ***

30 Julai 2011 - Malam - saya menghadiri Talk di Menara TM.

Ramai orang hadir di sana.

Bilal Philips menceritakan tentang Journeynya mencari cahaya Islam.

Di bawah ini point-point penting ucapannya.

*** *** ***

Rezeki Itu Datang Daripada Allah SWT

Ya.

Mungkin sesetengah Orang Kaya beranggapan mereka kaya kerana mereka berusaha keras.

Tapi,kalau dikira dari faktor usaha yang keras,bagaimana dengan para Buruh Binaan yang bekerja keras dengan jujur setiap hari?Kenapa mereka masih miskin?

Orang Kaya ini kemudiannya akan berkata,"Kami kerja keras secara mental.Kami menggunakan otak kami".

Tapi,jika begitu kenapa bukan semua Engineer/Ahli Sains yang bergelar Jutawan?

Contoh mudah di Russia tempat saya belajar,ramai dari kalangan Cikgu-Cikgu saya di sana hidup susah.Padahal mereka boleh dikatakan Genius belaka.Ha.

Apa lagi Orang Kaya ini mahu kata?

Ingatlah Wahai Manusia sekalian,


Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [42:12]

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. [30:37]


Itulah indahnya ajaran Islam.Yang kaya diajar untuk membantu yang miskin.Nampak?

Tapi,Sistem Manusia yang kita duduki dan ikuti hari ini hanya menyaksikan lahirnya Golongan Manusia yang selfish.Ada duit lebih.Tapi kedekut mahu bantu orang lain.Hanya fikirkan tentang dirinya sendiri.Dalam kepalanya hanya fikir tentang "AKU AKU AKU".

Sama-samalah kita renungi ayat Quran di bawah ini,


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". [2:261-264]

Dan ketahuilah kita,Sedekah itu sebenarnya dapat menghapuskan dosa.Kalau tidak percaya,cuba Google Hadis tentang perkara ini.Ataupun cuba tanya kepada yang pakar.Tapi,jika saya silap,sila maklumkan saya okay?

*** *** ***

Kita Hidup Diberi Pilihan

Selepas Talk itu,ada ramai orang bertanyakan soalan.Tapi Bilal Philips memberikan keutamaan kepada Non-Muslims untuk bertanyakan soalan.

Banyak soalan yang diajukan kepada Beliau.Saya tidak mahu mengulas panjang apa soalan yang diberikan.Cumanya situasi ini menunjukkan kepada kita satu realiti.

Bukti yang menunjukkan bahawa dalam zaman yang penuh Internet ini,ramai lagi orang bukan Islam yang tidak memahami apakah itu Islam yang sebenarnya.

Siapa yang silap?Saya tidak merasakan mereka yang bukan Islam silap bila mereka salah sangka terhadap Islam.

Kenapa?

Ini kerana kita yang Islam ini sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.Ditambah pula tohmahan fitnah propaganda Media terhadap Islam.

Astaghfirullahalazim.

Apa yang perlu kita ambil pengajaran dari sini?

Kita perlu kembali kepada ajaran Rasulullah SAW yang sebenar.Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Bukan setakat kembali.Tapi amalkan ianya juga!

Ikuti peribadi Rasulullah SAW.Tunjukkan contoh yang baik.Barulah orang nampak apakah itu keindahan Islam yang sebenar.

Tapi yang penting apa?Lakukanlah kerana Allah SWT.Bukannya sebab nak dapat nama atau pujian manusia.Berhati-hati okay?

Oh ya,selain itu ada juga soalan oleh Orang Islam yang kurang memahami Islam.Pada saya,kita tidak boleh marahkan orang Islam ini bila mereka mahu bertanyakan soalan.Kerana apa?Kerana kita juga dahulunya macam itu.Jangan rasa bongkak dengan Ilmu yang kita ada.

Saya agak tidak bersetuju bila ada seorang Adik Wanita yang mahu bertanyakan soalan tentang pemakaian Hijab.Then ada Abang di depan saya menggelakkan soalan itu.

Jangan.Jangan begitu.Jangan gelakkan orang yang ingin berubah.Jangan menghalang orang lain ke jalan perubahan.

Mungkin kadangkala saya ada tertulis sesuatu di Pena Maya yang seolah-olah menghalang orang ke jalan perubahan.Ketahuilah.Saya tiada niat sebegitu sebenarnya.Astaghfirullahalazim.Maklumkan kepada saya jika ada tulisan saya yang berunsur sedemikian.


*** *** ***

Banyak lagi yang dibincangkan di situ.

Anda boleh tonton sendiri di sini.


Mungkin ada salah silap dalam Talk itu.Ya.Ini kerana Bilal Philips itu manusia.

Tapi ini bukan satu alasan untuk kita labelkan orang lain itu dan ini.Kalau mereka silap,nasihat mereka secara berhemah dan hikmah.Dan jika kita sendiri yang buat silap,jangan emosi takleh kena tegur.

Apa-apapun kita kena sentiasa ingat,setiap manusia lakukan kesilapan.Dan Allah SWT Maha Penerima Taubat.

Saya tertarik dengan ayat ini yang saya jumpa di Twitter beberapa bulan yang lepas,

People Put In WORK Trying To Spread Islam But All Some Muslims Want To Do Is Cause Fitnah For These People.

Nampak flow?

Tanya diri kita,apakah yang kita telah lakukan untuk Islam?Apa persediaan kita untuk Akhirat?

*** *** ***

Apa-apapun,kita kena ingat,kita hidup di zaman yang penuh fitnah.Tapi janganlah kita berputus asa.Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam.Carilah Ilmu untuk memperkuatkan iman kita.Tingkatkan amal juga.Tingkatkan doa.Jangan sesekali berputus asa.Berjuanglah sehingga kita meninggalkan dunia fana ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Ini sebenarnya adalah satu peringatan untuk diri sendiri.

Ya Allah,ampunkanlah dosa kami.Astaghfirullahalazim.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Esok sudah hari Rabu.Hari Khamis.Then Hari Jumaat.Then sudah raya.Astaghfirullahalazim.Janganlah semata-mata nak carik harta tak habis-habis,kita lupa mempersiapkan bekalan ke Akhirat.Jangan sebab terleka dengan Gelojak Nafsu,kita lupa mencari amal dan redha-Nya.Astaghfirullahalazim.Beristighfarlah.

P/P/S : Alhamdulillah.Dapat pun saya abiskan Penulisan tentang Bilal Philips.Walaupun tak tulis semua,tapi kira okaylah rasanya camni.Alhamdulillah.

P/P/P/S : Tadi jumpa beberapa orang budak sekolah beli makanan belakang kedai makan waktu time puasa.Apakah ini?Ibu Bapa,pantau anak anda.Jangan asyik berpolitik.

P/P/P/P/S : Jangan bazirkan tenaga kita melakukan sesuatu yang tidak berfaedah untuk Akhirat kita.Jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.Fikir-fikirkanlah.

P/P/P/P/P/S : Salah-silap,sila betulkan.Terkasar bahasa,minta maafkan.Ya Allah,redhailah usaha ini.Amin.



1 comment: