10.8.11

Siri Pencarian 26 : Sedikit Cadangan Perkara Yang Boleh Kita Semua Lakukan Untuk Mengisi Pencarian Di Bulan Mulia Ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Petang ini saya ingin mencoret ringkas sahaja.

Kita semua tentu sudah baca banyak Penulisan yang menceritakan tentang kemuliaan bulan Ramadhan ini bukan?

Dalam Penulisan kali ini,saya sekadar ingin memberi beberapa cadangan yang boleh kita semua lakukan semasa berpuasa.

Semoga Allah SWT Merahmati usaha kita.

Yang penting,kita lakukan ini semua ikhlas kerana Allah SWT.Untuk mencari keredhaan-Nya.

1) Banyakkan membaca Al-Quran berserta Terjemahannya.

2) Banyakkan beristighfar.

3) Daripada berbual kosong,ada kalanya baik kita senyap.Atau,jika mahu yang lebih baik,kita boleh berzikir.

4) Banyakkan bersedekah.Tahukah anda bersedekah dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan kita?Ada Hadis tentang perkara ini.Sila betulkan saya jika saya silap.

5) Kurangkan mengumpat.Ini kerana,orang yang banyak mengumpat akan muflis di Akhirat kelak.Muflis dengan amal.

6) Kurangkan menonton TV.Ini kerana,TV banyak menayangkan aurat wanita/lelaki lain.So,ada better kita kurangkan menonton TV.Bukan hanya di Bulan Ramadhan ini sahaja.Tapi juga di bulan lain.Cumanya,kita jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai latihan untuk membentuk peribadi yang lebih baik.

7) Jaga pandangan mata ketika pergi ke Pasar Ramadhan.Sekarang Awek Malaysia pakai tak mudah beb.Mengalahkan Orang Barat.Sedih saya.Sob sob.

8) Banyakkan menolong Ibu Bapa di rumah.Jika anda sudah bekerja,baliklah ke kampung dan berbuka bersama mereka.Gembirakan hati mereka.Ini kerana keredhaan Allah SWT bergantung pada keredhaan Ibu Bapa.

9) Banyakkan pergi ke Masjid.Solat Berjemaah.Jika kita biasakan pergi ke Masjid semasa Ramadhan ini,insya-Allah selepas habis Ramadhan ini,kita sudah terbiasa pergi ke Masjid.

10) Elakkan berburuk sangka.Elakkan mencaci.Elakkan berkata perkara yang sia-sia.Habis tu nak buat apa?Rujuk Nombor 2 di atas.

11) Banyakkan membaca buku Ilmu Islam.Orang yang berilmu akan semakin ringan untuk beramal.Kerana apa?Kerana mereka faham.Yang penting ikhlas.Bukannya nak riak etc.

12) Ziarah rumah Anak Yatim/Orang Tua.Saya tak pernah cuba.Tapi rasanya perkara ini boleh beri kesedaran kepada kita.

Itu sahaja 12 cadangan daripada saya untuk kita semua.

Sebenarnya saya tulis itu supaya jadi peringatan kepada diri sendiri.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya ingin kongsikan dua buah Hadis.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar :

"Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya."

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Apa-apapun,sila betulkan jika ada salah silap,terkasar bahasa dalam penulisan ini.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Mahu pergi bersiar-siar menunggang motosikal.

P/P/S : Jangan pernah berputus asa dengan rahmat-Nya.Sentiasalah memohon keampunan-Nya.Ya Allah,berikanlah kami kekuatan.Amin.



1 comment:

  1. Peringatan untuk kita semua juga, terima kasih utk tazkirah ini..Salam Ramadan..:)

    ReplyDelete