11.8.11

Siri Pencarian 27 : Pencarian Sang Pendosa (Bercerita Tentang Realiti Semasa).

Prenote : Yang pasti ini bukan Penulisan Bermotifkan Politik.So,be cool.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya adalah Pendosa.Saya tidak tahu apakah wujud istilah itu,tapi apa yang saya tahu,saya adalah Pendosa,yakni manusia yang sering melakukan dosa.

Saya menulis di sini kerana saya merasakan perlu untuk berkongsi Ilmu yang ada.Di samping untuk mengingatkan diri sendiri.

Ini kerana,jika saya tidak menulis,saya akan hanyut di dunia luar.

*** *** ***

Isu Gereja - sedang hangat bermain di Media pada waktu ini.

Mengikut apa yang saya perhatikan,Media Massa (Aliran Perdana) kita pada hari ini sangat racist.Selain itu,mereka juga berideologi zaman dahulu.

Kepada Para Wartawan,ketahuilah bahawa kita semua akan kembali kepada Allah SWT juga satu hari nanti.Lakukanlah tugas anda mengikut garis panduan Islam.

Kepada Para Pemerintah,ini zaman Teknologi.You guys cant blame us,the younger generation kalau kitorang tak setuju dengan apa yang kamu buat.Memang tak dinafikan,ada dalam kalangan kami yang jenis suka membangkang tak tentu arah ikut emosi.Tapi,bukan semuanya membangkang tak tentu arah.Ada yang membangkang secara benar.Kami tidak bodoh.Jadi,berhentilah bermain api.Tahu kenapa Insiden London Riot berlaku?Egyptian Riot pun sama jugak.Tau kenapa?Haa.Saya malas hendak tulis.Kerana saya masih lagi ada tanggungjawab.Tidak semestinya bila orang membangkang,mereka orang Parti Pembangkang.Tidak.Pemikiran jenis apakah ini.Nope.

Dan ya,berbalik kepada Isu Gereja,saya hendak ulas pun,panjang nanti jawabnya.Tidak menyelesaikan masalah.

Tapi,apa yang boleh saya cakapkan kepada semua Umat Islam,terutamanya diri saya sendiri,

Kembalilah kepada Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam.

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Bukan setakat 'kembali'.Tapi kembali yang sebenar-benarnya.Baca balik Quran tu.Fahami Quran tu.Carik Ilmu.

Ini tidak,bila nak dapat Ilmu Islam,mesti kena selit hiburan.Rancangan Realiti Hiburan Islamik la etc.Cuba fikir apa beza antara Rancangan Realiti Hiburan Islamik itu dengan Rancangan Realiti Tarian?Tidak banyak.Sikit sahaja sebenarnya.Impaknya tidak besar dalam menyampaikan Mesej Islamik.Saya tidak kritik.Saya sekadar memberitahu Realiti.Mungkin hanya 10% Pengajaran yang didapati,selebihnya kita hanya berhibur hendak lihat siapa menang.

Adalah satu Ironi bila Pelakon Drama Cinta Islamik,di luar lakonannya masih bermasalah sosial tersebar gambar tidak senonoh.Ini bermakna,ada something wrong di sini.Ini bermakna,hanya dengan kembali kepada Islam mengikut apa yang diajarkan Rasulullah SAW sahaja yang boleh menyentuh hati kita.Saya tidak extreme di sini.Just memberi pendapat dua puluh sen saya.Kalau tidak setuju,jangan ambil berat pendapat ini.Kalau salah,betulkan.Inikan Abad 21.Sepatutnya minda lebih terbuka berbincang.

Janganlah kita hanya memikirkan duit.Janganlah mengoyakkan akhirat untuk menampal dunia.Janganlah semata nak carik keseronokan duit di dunia,kita gadaikan Akhirat.Astaghfirullahalazim.

Wahai Saudara-Saudaraku semua,dunia hari ini amat bermasalah.

Mungkin anda tidak sedar,kerana anda tidak peduli.Tapi ketahuilah,dunia hari ini amat bermasalah.Ketahuilah ketika anda berjalan bergelak ketawa membonceng awek di atas motosikal,lebih dari dua orang kanak-kanak mati dibunuh etc etc etc.

Di Malaysia juga sama.

Berapa ramai Budak Muda yang tidak berpuasa beli makanan waktu tengahari di lorong belakang kedai,terlibat dalam masalah Sosial etc etc?

Salah siapa?

Jangan tuding jari kepada orang lain.

Tapi tanya diri kita,tidak mengira kita ini Pemimpin,Orang Berilmu,Ibu Bapa etc etc - adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin?Adakah kita mengajar Islam dengan sebaik mungkin kepada golongan Muda ini?

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Carilah Ilmu.Ilmu ada banyak di sekeliling kita.Berapa banyak Buku Islamik yang dijual pada hari ini?Berapa banyak Ceramah Youtube boleh kita dengar dan akses pada hari ini?Berapa banyak wang yang kita ada untuk hadir Majlis Ilmu hari ini?Ini semua Nikmat yang perlu diguna sebaik mungkin.

Kerana hanya dengan kembali kepada Islam,kita akan dapat mencari ketenangan hidup.

Astaghfirullahalazim.

Dan kepada Para Pendosa,bertaubatlah.Pintu Taubat sentiasa terbuka,selagi kita masih mempunyai umur.

Dan kepada Penulis yang menulis,tingkatkanlah Pencarian Ilmu.Tingkatkanlah Amal.Tingkatkanlah Doa.Janganlah pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Kerana satu hari nanti kau akan mati.Dan kau akan menyesal jika tidak beramal di dunia ini.

Lastly,saya mahu ulang sekali lagi,carilah Ilmu.Ini kerana,Pemikiran orang yang berilmu,lain.Mereka dapat memahami suatu masalah dan menanganinya dengan tenang,insya-Allah.Janganlah kita tertipu dengan emosi sendiri.Janganlah selamanya menjadi pengikut.Sebaliknya,jadilah Pemimpin yang memimpin.Memimpin diri dan keluarga sendiri ke arah keredhaan-Nya.Amin.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [25:74]

Itu sahaja untuk kali ini.

Ada salah silap,sila betulkan.Terkasar bahasa,minta maafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tidak berniat mengguris perasaan sesiapa.Tapi bila kita sudah lama sangat dalam Zon Selesa,dan banyak sangat masalah,kita pasti rasa tidak selesa.Jangan bila orang kritik kita,kita terus memberang.Jangan begitu.Cuba lihat apa yang hendak cuba disampaikan oleh Penegur itu.

P/P/S : Astaghfirullahalazim.Ampunkanlah dosa-dosa kami semua Ya Allah.Amin.

P/P/P/S : Jangan hanya memikir Perut sendiri.Buka mata anda.Jangan jadi Mangsa Sistem.Bangunlah wahai Umat Islam.

P/P/P/P/S : Penulisan seorang jahil.



1 comment: