11.8.11

Siri Pencarian 28 : "Carilah Jalan Untuk Berbuat Kebaikan.Bukannya Mencari Alasan Untuk Menangguhkannya".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -

Buah-buahannya dekat untuk dipetik.

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -

"Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -

"Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -

Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".

(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -

"Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -

"Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

"Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,

"Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

"Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -

"Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,

"Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
[Al-Haaqqah : 18-37]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Kita di Malaysia mempunyai banyak Masjid,dengan izin Allah,Alhamdulillah.

Dan seperti mana yang kita tahu,bersolat Jemaah di Masjid merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.

Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian 27 darjah. [al-Bukhari, no: 645, Muslim, no: 249]

[Malik :: Book 8 : Hadith 8.1.1] Yahya related to me from Malik from Nafi from Abdullah ibn Umar that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "Prayer in congregation is better than the prayer of a man by himself by twenty-seven degrees."

[Malik :: Book 8 : Hadith 8.1.3] Yahya related to me from Malik from Abu'zZinad from al-Araj from Abu Hurayra that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "By Him in whose hand myself is! I had in mind to order firewood to be collected, then to order the prayer to be called, and to appoint a man to lead the people in prayer, and then to come up behind certain men and burn their houses down about them! By Him in whose hand myself is! If one of them knew that he would find a meaty bone or two good legs of meat, he would be present at isha.''

Demi zat yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api. Lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat, dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah), lalu aku bakar rumah-rumah mereka. [Sahih al-Bukhari: 608 dan Muslim: 1041]

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa pentingnya Solat Berjemaah kepada Umat Islam.

Jika masih tidak faham Hadis di atas,sila rujuk kepada yang Pakar.Mungkin Ustaz-Ustaz berdekatan dengan tempat tinggal anda.Okay?Belajar Agama Islam ini jangan buat kesimpulan sendiri kalau tidak faham.Bimbang salah kefahaman.

Apa-apapun,sebenarnya saya ingin menyeru kita semua untuk pergi ke Masjid untuk berjemaah dalam Penulisan ini.

Rugilah kita jika tidak pergi.Ini kerana bersepah-sepah Masjid di Malaysia.

Janganlah kita menjadi orang-orang yang menyesal di Akhirat kelak.

Tidak faham maksud ayat saya ini?

Rujuk video di bawah berserta Terjemahannya sekali.Renung dan fahamilah betul-betul.



Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"
[57:11-15]

Itu sahaja untuk kali ini.

Sama-sama kita renungkan.

Ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment