18.8.11

Siri Pencarian 29 : Pencarian Masih Diteruskan.Kerana Ianya Perlu Diteruskan (Mari Menderma).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis.

Semenjak minggu lepas jika saya tidak silap.

Banyak perkara yang berlaku.

Saya pulang ke kampung saya melawat Saudara Mara,saya melihat seekor kucing yang cuba bangkit kembali meneruskan kehidupan setelah dilanggar oleh sebuah kereta,saya melihat itu,saya melihat ini etc etc.

Terlalu banyak yang berlaku.

Tapi,dalam penulisan ini saya hanya mahu menggariskan highlight yang saya rasakan paling penting sahaja.

*** *** ***

Minggu lepas,di Masjid saya,ada diadakan sedikit Tazkirah selepas Solat Sunat Tarawih.

Isi yang menarik perhatian saya dalam Tazkirah itu banyak.Tapi yang paling menyentuh hati saya adalah ayat ini,

"Semakin cepat berlalunya masa merupakan tanda-tanda hampir kiamat (saya pernah baca Hadis tentang ini juga dahulu)".

Penceramah kemudian menerangkan lagi,"Setahun dirasakan seperti sebulan,sebulan seperti seminggu,seminggu seperti sehari,dan sehari seperti sesaat".

Astaghfirullahalazim.

SANGAT BETUL!

Saya merasakan baru sahaja saya pulang ke rumah pada tahun lepas.Ada satu insiden yang berlaku yang menyebabkan saya tidak dapat membezakan samada ianya berlaku pada tahun ini atau tahun lepas.Lebih kurang begini fikir saya,"Eh itu tahun lepas ke tahun ni?Tahun lepas la!Cepatnya masa!".

Astaghfirullahalazim.

Benarlah Surah Al-Asr di mana dalam Surah itu menyatakan manusia sememangnya berada dalam kerugian.Kita juga begitu.Jika kita masih leka tidak mahu mengambil peluang bertaubat,pasti kita akan menyesal kelak di Akhirat.Ini kerana umur kita makin meningkat,masa kita makin sedikit,tambah-tambah pulak masa sekarang ni cepat berlalu.

Astaghfirullahalazim.Bertaubatlah wahai anak-anak Adam sekalian.

*** *** ***

Tadi pagi saya keluar awal.Ada urusan di Tabung Haji dan Pejabat Pos.

Selepas selesai urusan,saya memusing satu daerah.

Tidaklah satu daerah.Tapi sebahagian besar saya pusing.Dengan menaiki motor.

Entah kenapa,hendak dijadikan cerita,ditakdirkan Allah SWT saya tergerak hati untuk pergi ke Rumah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Pahang.Selama ini saya lalu sahaja di situ.Tapi tak pernah terdetik nak masuk.

Tadi saya masuk.

Dan,Astaghfirullahalazim.Sayunya saya.

Saya sebenarnya hendak tulis tentang perkara ini dengan detail malam ini.Tapi,masa tidak mengizinkan.Jadi,saya akan tulis tentang perkara ini esok pagi.

Apa-apapun,saya sudah berborak dengan Pengerusi Persatuan ini tadi.

Saya bertanya bagaimana hendak bagi sumbangan.

Bla bla bla - panjang perbualan kami (esok saya cerita detail).

Then,lastly saya mintak akaun bank Persatuan ini punya Nombor.

Jadi,kepada sesiapa dari kalangan anda yang mahu menderma kepada Persatuan ini,inilah nombor Akaun Bank CIMB Persatuan ini (jangan risau,saya dah cek,memang betul akaun Persatuan ini,tapi kalau anda tidak percayakan saya,boleh call sendiri Persatuan ini di Nombor 09-2964197),

Ini Nombor Akaunnya - CIMB BANK - 14260006689522.

Banyak lagi cara nak bantu Persatuan ini,esok saya cerita kay?

Ini saya bagi kick-start dahulu.

Tapi,apa-apapun,saya cadangkan kepada anda semua,bantulah mereka.Mahal beb nak bayar sewa rumah pejabat mereka ini.Dan untuk pengetahuan korang semua,mereka sedang cari dana nak buat bangunan sendiri.

Bantu okay?

Jangan kedekut.

Yang penting ikhlas.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.Esok saya story detail lagi.

Apa-apapun,bila melihat dalam suasana Rumah Orang Kurang Upaya tadi,terdetik dalam hati saya,

"Apa guna mata yang melihat,jika mata kita digunakan ke arah maksiat.Apa guna wajah yang cantik,jika digunakan untuk bermaksiat menggoda lelaki.Apa guna tangan yang besar,jika diguna untuk menyakitkan hamba Allah yang lain".

Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Yang penting ikhlas untuk mencari redha Allah SWT.Ingat tu.



No comments:

Post a Comment