19.8.11

Siri Pencarian 30 : Mencari Redha Ilahi (Bercerita Tentang Ikhtilat/Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum Subuh tadi,saya sempat membaca satu posting dalam Majalah Solusi tentang ikhtilat.

Apakah ikhtilat ini?

Mengikut apa yang saya faham,

Ikthilat adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Dalam zaman sekarang,contoh mudah yang kita boleh tengok adalah pergaulan bebas di tempat kerja/study.

Ayat yang menarik perhatian saya dalam Artikel itu adalah ayat ini,"Berapa ramai yang putus tunang/bercerai setelah lama berumahtangga semata-mata hanya kerana jatuh cinta dengan 'rakan karib' di pejabat/tempat kerja?"

Ada kebenarannya.Saya sejak dari dulu bukan orang yang fancy akan istilah 'kawan baik antara lelaki dengan perempuan'.Kerana apa?Kerana percayalah,lama kelamaan salah seorang antara mereka akan jatuh cinta kepada seorang lagi.

Istilah 'kakak angkat','adik angkat' etc hanya digunakan untuk mengaburi perasaan itu sahaja.

Itulah pasal,apabila berurusan di blog ini contohnya,saya tidak begitu gemar apabila ada unsur-unsur sebegini berlaku.Kerana apa?Kita ini semua manusia.Jika tidak mereka,kita yang akan tewas.

Fikir-fikirkanlah okay?Jangan sebab nak 'berkawan baik',perhubungan rumah tangga kita musnah.Jangan pentingkan diri sendiri.Saya memang tidak berkahwin lagi,tapi ini peringatan untuk diri sendiri jugalah.Supaya tidak 'memusnahkan' rumah tangga/pertunangan orang lain tanpa disedari.

Dalam kata lain,memang lelaki dan perempuan (pada pendapat peribadi saya) tidak boleh berkawan rapat/sahabat karib.Kerana salah seorang dari mereka akan suka kepada yang lain.Tidak tipu.Tak pernah tengok cite hindustan ke?Haha.

*** *** ***

Tatkala kita merungut kononnya kitalah orang yang paling malang di dalam dunia ini,kita lupa masih ramai orang yang kurang bernasib baik di atas dunia ini.

Semalam saya sempat pergi ke Rumah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia,Cawangan Pahang.

Pada mulanya,saya ingin mencari bangunan Pejabat sebuah Yayasan Kebajikan Anak Yatim.Tapi apabila sampai di Lokasi,saya kecewa kerana mendapati Pejabat itu telah ditutup (yang saya saspek penutupannya akibat kekurangan bajet).Jika benar andaian saya itu,kasihanlah.

Jadi,hendak dijadikan cerita (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah),saya pergi ke Rumah Persatuan Orang Cacat Penglihatan ini tadi.

Sampai-sampai sahaja,di tangga ada beberapa Orang Kurang Upaya yang sudah berusia sedang berborak-borak di atas tangga.

Sedih.Dan malu pun ada dengan diri sendiri.Kerana apa?Kerana saya jarang bersyukur.

Mungkin mereka tidak nampak,tapi 'mata hati' mereka nampak.Tapi kita yang celik ini?Apakah 'mata hati' kita nampak?

Masuk-masuk sahaja,saya terkejut kerana mendapati Persatuan ini agak besar juga.Ramai orang di dalamnya.Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan Urut Refleksologi (mengikut apa yang saya lihat di sekeliling lokasi).

Saya terus masuk ke Pejabat.

Ada tiga orang di dalamnya.Dua orang Makcik,dan seorang Pakcik.

Makcik yang seorang ini celik.Mungkin Makcik ini bekerja sebagai Pengurus di tempat ini (fikir saya).

Setelah memulakan perbualan,saya bertanya,"Bagaimana kalau ada orang hendak menghulurkan bantuan kepada Persatuan ini etc etc?"

"Jangan tanya Makcik.Tanya Pakcik ini.Dia Pengerusi".

Pakcik itu menghampiri saya dan bertanya,"Ya.Nama sapa ni Encik ni?Nak bantu macam mana tu?LHDN ke?Sebab kita ada banyak jenis bantuan bla bla bla".

"LHDN?",tanya saya dalam hati.Kemudian baru saya teringat.Jika tidak silap saya,Orang-Orang Kaya suka menderma untuk elak bayar cukai.Dekat laman web justgiving.com pun ada konsep serupa.Pada saya,perkara ini tidak berapa nicelah.Sebab seperti tidak ikhlas.Jadi,kepada Orang-Orang Kaya semua,dermalah untuk menderma.Bukan derma nak lepas cukai.Hehe.

Saya menyambung,"Oh tak.Kalau macam in case ada orang nak derma ke.Macam mana nak hulurkan bantuan?Bank ke?"

Pakcik ini menjawab,"Oh,kita ada tabung untuk bina bangunan.Kita juga ada kumpul dana untuk buat majlis Sukaneka,makan-makan,amal (membantu Ahli kot) etc etc".

Saya bertanya,"Oh Cik,ni bukan bangunan sendiri?"

Beliau menjawab,"Oh bukan.Ini bangunan sewa.Sewanya RM 800".

"Mahalnya!Yang lokasi bangunan baru tu hendak buat kat mane?",tanya saya.

"Kita nak buat di lokasi X,tapi dimaklumkan tempat tu sudah dibuat bangunan lain",jawab Pakcik ini (jika tidak silap saya lebih kurang beginilah jawapannya).

"Oh,kira sekarang tengah kumpul dana untuk buat bangunan la?",saya bertanya lagi dengan penuh ingin tahu.

"Aah,atau mungkin kita nanti beli Rumah Kedai je.Boleh buat Aktiviti di situ",terang Pakcik ini.

"Oh begitu.By the way,ini Pusat Cawangan Pahang ea?Kira Ibu Pejabat Pahang?",saya tanya berbekalkan semangat Anak Jati Pahang.

"Aah.Ini Pusat cawangan Pahang".

"Ini nombor Akaunnya",jelas Makcik Pengurus yang berada di sebelah saya menghulurkan kertas yang di atasnya tertulis Nombor Akaun CIMB Persatuan ini.

"Oh,okay-okay.Kira kalau saya nak derma bagi kat sini la ea?",tanya saya.

"Aah.Bagi kat bank.Bagi kat individu pun boleh.Tapi better bagi secara Rasmi",jelas Pakcik ini.Ada logiknya juga.Kalau bagi individu,bukan semua orang dapat manfaat.

"Okay Cik.Saya beransur balik dahulu",kata saya.

"Okay,okay.Nama sape ni tadi?",tanya Pakcik Pengerusi Persatuan ini.

"Umar Zakir Abdul Hamid",jawab saya.

Kemudian perbualan diteruskan dengan Pakcik ini tanya saya belajar mana etc etc.

Makcik yang berada di sebelah Pakcik ini yang senyap dari awal pun turut berbual sama.

Banyak lagi yang diborakkan.Tapi saya malas coretkannya di sini.


*** *** ***

Tapi,apa yang perlu anda tahu,anda boleh menghulurkan bantuan anda kepada Persatuan ini melalui Akaun Bank CIMB mereka.

Oleh kerana saya ada blog,apa salahnya saya gunakan medium yang kecil ini untuk membantu mereka.Mungkin ini boleh menjadi salah satu Pelaburan Akhirat bagi saya.Semoga Allah Meredhai usaha saya ini.

Jadi,inilah dia Nombor Akaunnya :


Akaun Bank CIMB Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia:14260006689522

Nombor Telefon Pejabat Persatuan : 09-2964197

Alamat Bangunan Persatuan (Bagi anda yang mahu melawat) : Depan Masjid Batu Satu,Jalan Temerloh-Mentakab,2800 Temerloh.

Blog Rasmi Mereka : http://sbmpahang.blogspot.com/

Facebook Mereka : Link

Maklumat lain anda boleh pergi blog mereka.Di situ turut ada Carta Organisasi mereka.

Blog itu jika tidak silap saya,diuruskan oleh Orang Kurang Upaya juga.SubhanAllah.Betapa kuatnya semangat juang mereka.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa,sila betulkan dan minta maafkan.

Saya sekadar mengongsikan maklumat ini supaya anda yang lain dapat menderma,mengambil manfaat dan yang paling penting mensyukuri nikmat yang ada.

Semoga Allah Meredhai dan Merahmati usaha kecil ini.

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Click di sini untuk maklumat berkenaan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Negeri-Negeri Lain.



3 comments:

  1. oh ya ada salah type alamat kat atas.

    ini yang sebetulnya.

    Depan Masjid Batu Satu,Jalan Temerloh-Mentakab,28000 Temerloh.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Usaha yang kecil insyaAllah Allah akan pandang..
    Saya cuma nak bgtau ada satu pusat asrama pendidikan utk anak yatim dan miskin kat kaw chenor nama tpt tu Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah (atau singkatannya MTDHI)..tpt ni diusahakan oleh seorang bekas guru, nama dia Ustazah Hjh. Azzizah..tahun lps pernah keluar dlm TV liputan pasal tpt ni..sebab ustazah ni bagi peluang pelajaran kpd anak2 yatim/miskin yang tak mampu...bleh masuk blog dia kepd sesapa berminat nak bg sumbangan untuk menambahbaikkan fasiliti mereka..ni web addnya: http://www.darul-hijrah.blogspot.com/

    ReplyDelete