21.8.11

Siri Pencarian 31 : Mencari Redha-Nya,Menambah Pelaburan Akhirat (Somalia/Saham Wakaf Johor).

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sudah lama tidak menulis di sini.

Bukannya apa.Agak sibuk dengan urusan luar.

Minta anda semua doakan saya okay?Doakan sekali semua Umat Islam yang lain,tidak mengira di Malaysia,Somalia etc.

Malam ini sekadar ingin mencoret ringkas.

Amat ringkas.

Begini.

“Apabila matinya anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis di atas ini rasa-rasanya semua dari kita tahu kan?

Tapi,berapa ramai yang mengamalkan apa yang dikatakan di dalam Hadis itu?

Renung-renunglah.

Tapi,apa yang saya hendak sampaikan,jika kita tahu tentang Hadis itu,dan yakin dengannya,kenapa kita tidak tingkatkan amalan kita?Kenapa kita tidak tingkatkan sedekah jariah kita?

Jangan risau.Sedekah kita itu tidak akan mengurangkan walau sedikit pun harta kita.Ada Hadis tentang perkara ini.Sila google jika tidak percaya.Tapi jika saya silap,sila maklumkan.

Jadi di sini,saya dengan sukacita ingin memperkenalkan beberapa cara anda boleh beramal.

Pertamanya melalui SAHAM WAKAF JOHOR.

Anda terpinga-pinga apakah itu Saham Wakaf Johor?Jangan risau.Esok saya akan sediakan tutorial lengkap insya-Allah tentang perkara ini.Saya mengetahui perkara ini melalui Radio Ikim.FM (Gelombang 91.5 di Lembah Klang).

Tapi untuk anda yang pro,anda boleh terus klik link kat atas tu.Dan terus membeli Saham Wakaf itu.Ini bukan Saham untuk Melabur buat beli Mercedes,BMW etc.Tidak.Ini saham untuk mencari redha Allah SWT.Dalam kata lain,ini Pelaburan Akhirat.

Esok insya-Allah tutorial akan menyusul.

*** *** ***

Dalam berita lain,kita tahu di Somalia pada masa ini ramai orang mati kebuluran.Tapi,apa tindakan kita?Sekadar menggeleng kepala membaca berita itu?Atau sekadar membaca Headline?Atau buat-buat tidak tahu terus?

Jangan begitu.Kita ada duit.Jangan bakhil.Kelak buruk padahnya.


Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. [3:180]

Jadi,jika anda ingin membantu mangsa-mangsa di Somalia,anda boleh salurkan bantuan anda kepada Tabung Kemanusiaan Somalia Kumpulan Utusan ke akaun Maybank berikut :

5640 9820 6365
.

Saya tahu maklumat ini dari Akhbar Mingguan Malaysia Ahad 21 Ogos 2011 Muka Surat 19.

*** *** ***

Sebenarnya banyak lagi cara kita hendak menderma.Di Masjid,Maybank2u (banyak Yayasan kita boleh derma di sini) atau terus ke Pejabat Persatuan Kebajikan ini sendiri.Lagi bagus,kita terus beri kepada yang memerlukan.

Yang penting,ikhlas.Kerana Allah SWT.Mencari Redha-Nya.Bukan hendak riak,tunjuk lagak,tunjuk hebat mahupun nak skip cukai.Bukan.Niatkan derma itu kerana Allah SWT.Insya-Allah.

Tentang Maybank2u itu,nanti insya-Allah kalau saya ada masa dan umur yang panjang,saya akan tulis tentangnya.Sebab saya dah banyak kali terfikir nak tulis,tapi takde masa.Bila ada masa pulak,saya lupa.Tengoklah nanti.Doakan urusan saya dipermudah.Amin.

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga ada pengajaran di sini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.Semoga tidak riak.

P/P/S : Banyakkan baca Quran.Banyakkan beramal dalam Kehidupan.Jangan kita terlalu asyik berteori sehingga tidak berpraktikal.Dan ya,orang di Somalia kebuluran.Kita di Malaysia,berbazir-baziran.Insaflah wahai manusia.Jadilah seorang manusia.Bukannya haiwan yang bertopeng manusia.



3 comments:

  1. InsyaAllah.. sama2 kita doakan utk mereka2
    yang memerluka agar rakyat SOMALIA, GHAZA, IRAQ dan umat ISLAM yang lain dapat hidup lebih selesa..

    ReplyDelete
  2. amin.
    sekadar menambah - bukan sekadar hidup lebih selesa,sebaliknya diberikan kesabaran serta mendapat keredhaan Allah dan kejayaan hidup dunia akhirat.


    ini kerana selesa di dunia sahaja kadangkala boleh memberi binasa.


    Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 3:185

    wallahualam.

    ReplyDelete
  3. maaf.malam ini tidak dapat update blog.kesihatan mata tidak berapa mengizinkan saya duduk lama depan laptop.

    maaf atas kesulitan.

    dalam perkembangan lain saya mencadangkan agar kita sentiasa membasahkan lidah kita dengan zikrullah dan mengingati Allah SWT.amin.

    ReplyDelete