24.8.11

Siri Pencarian 32 : Walau Sesukar Mana Sekalipun Suatu Pencarian Itu,Jangan Sesekali Kita Berputus Asa (Tutorial Santai Mengenai Saham Wakaf Johor).

Prenote : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf kerana saya tidak mengupdate blog mengikut perancangan asal.Terdapat beberapa faktor peribadi yang menjejaskan peng-update-an blog.

*** *** ***

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Masjid Taman Perumahan saya yang saya lihat sejak akhir-akhir ini banyak melakukan program yang semakin menarik pengisiannya.

Yang terbaru,malam ini,sewaktu Tazkirah disampaikan,Pihak Masjid menyatakan bahawa bermula bulan Syawal ini,mereka akan menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW untuk membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.


Satu langkah yang baik.

Kemudian saya lihat,semakin hari,semakin banyak acara-acara Talk/Tazkirah/Kuliah Umum yang bertemakan Isu Semasa yang Berat diadakan.Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.Alhamdulillah saya ucapkan.Dan tahniah.Semoga Allah SWT memberikan kefahaman dan Hidayah-Nya kepada Penduduk Taman Perumahan saya ini (khususnya) dan semua umat Islam (amnya).Amin.

Kepada yang masih keliru tentang bacaan Yasin/Al-Kahfi pada malam Jumaat ini,anda boleh rujuk kepada Pakar berhampiran tempat tinggal anda.I mean,real 'Pakar'.Bimbang tersalah tanya,tersalah kefahaman.Bahaya.

Atau jika terlalu sukar,baca Artikel ini (saya google tadi jumpa).


*** *** ***

Bila membaca kembali berita-berita tentang Isu Libya yang semakin hari semakin kerap diputarkan Media Barat,saya terasa ada sesuatu yang fishy (tidak kena) berlaku di sini.Tapi tidak semestinya fikiran saya ini betul.Apa pendapat anda?

Jangan beritahu saya.Just fikir-fikirkan sendiri sahaja.


*** *** ***

Hari semakin hari berlalu semakin pantas.

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.

Dalam keadaan yang tidak sedar,sebenarnya kita juga semakin hampir menghampiri kematian.

Masa kita semakin suntuk jika kita masih bertangguh dalam melakukan perubahan.

Apa yang kita tunggukan lagi?

Ayuh berubah.

Dan carilah ilmu.

Supaya perubahan itu lebih difahami.


*** *** ***

Seperti dijanjikan dalam Penulisan sebelum ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang Saham Wakaf Johor.

Apakah Saham Wakaf Johor ini?

Saya pertama kali mendengar mengenai Saham ini melalui Radio IKIM.FM (Gelombang 91.5 di Lembah Klang).Iklan mengenainya disampaikan oleh Ustaz Zahazan,

Ini deskripsi mengenai Produk ini yang saya ambil dari Websitenya sendiri,iaitu http://www.e-wakafjohor.gov.my/,


"SAHAM WAKAF JOHOR" merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam.

Skim ini dilancarkan berasakan kepada penghayatan terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud - “Apabila matinya anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Kebiasaannya orang yang kaya dan berkemampuan sahaja berpeluang untuk mewakafkan harta mereka tetapi dengan adanya skim "Saham Wakaf" ini golongan umat Islam berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf untuk mendapat keredhaan ALLAH s.w.t mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.

Jika anda mahu maklumat lebih lanjut mengenai Saham ini,sila lawati website rasminya (link anda boleh rujuk kat atas ni tadi ada saya share).

Wang-wang Saham ini antaranya akan digunakan untuk membina Sekolah Agama di seluruh Negeri Johor,membina Asrama untuk Umat Islam di Mesir,membeli Bangunan Rumah Kedai untuk kegunaan Umat Islam etc etc.

Apa yang menarik tentang Saham Wakaf ini adalah kerana sebelum anda meneruskan Pembelian Saham,anda perlu membaca satu Akad (saya tak pasti apa istilah sebenar,tapi saya rasa akad kot).

Pada saya ini amat menarik.Oleh kerana saya bukan orang lulusan Kewangan Islam,so saya tak dapat cakap detail.

Tapi,apa yang saya tahu,usaha Majlis Agama Islam Johor menyediakan Saham Wakaf ini adalah sangat bagus.Jika tidak silap saya,JAIS (Selangor) pun ada buat Saham Wakaf Selangor.Kalau tak silap sayalah.So,anda di Selangor,alert kay?

*** *** ***

Bagaimana saya nak apply Saham ini?

Ha.

Ni nak cerita ni.

Mula-mula anda kena ada ID PENGGUNA.

Apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan ID Pengguna?

Daftarlah sebagai Ahli di sini!

Masukkan segala butir-butir peribadi anda di situ.

Oh ya,sekali lagi saya ulang,saya konfiden dengan keselamatan Saham ini kerana ianya diadakan oleh Majlis Agama Islam Johor,dan diiklankan di Radio IKIM (besar radio ni).So,insya-Allah selamat.Yang promote pun Ustaz yang terkenal.Insya-Allah wang anda akan digunakan ke arah kebaikan.

Berbalik kepada cara daftar tadi,setelah masuk butir-butir peribadi,anda kena masukkan imej yang tertera di skrin untuk melengkapkan pendaftaran.Pastikan anda menaip Nombor Dan Imej itu dengan CAPS LOCK (Huruf Besar).Sebab kalau huruf kecil,tak silap saya tak dapat.Tapi,kalau still tak dapat,cuba pakai huruf kecil.Haha.Manalah tahu diorang tukar tiba-tiba.

Kat situ jugak ada Terma & Syarat.Baca elok-elok dan faham apa cuba disampaikan mereka.

Pendek je Terma tu.Don't worry.

Then bila dah setuju,tekanlah daftar keahlian.

Anda akan dapat email pengesahan.

Bukak email anda (kalau takde,cek dalam kotak spam).

Then bila dah aktifkan akaun anda,anda boleh mula membeli Saham.

Ha.

Yang menarik tentang Program ini adalah kerana anda boleh membeli Saham atas nama orang lain.

Tak faham lagi?

Anda cek sendiri kat situ masa nak beli Saham.Haha.Saya nak explain susah.

Sekarang dah activate akaun kan?

Saya amat-amat mencadangkan anda untuk menggunakan Internet Explorer semasa membeli Saham itu.

Kerana apa?

Sebab kalau Chrome,diorang block pop-up.So,mungkin ada di antara anda tak reti nak enable balik Pop-up tu.So nak senangkan cerita,pakai la Internet Explorer.

Anda juga boleh pilih nak beli Saham laburkan untuk perkara apa.Tak silap saya,masa sekarang ni ada 4 jenis Saham.Antaranya Program Wakaf Quran,Sekolah Agama,Bangunan Rumah Kedai dan Asrama Umat Islam di Mesir.

Oh ya,anda juga perlu ada Akaun Bank Online.

Maybank2u mungkin.CIMB pun boleh.RHB ke.Tapi paling biasa orang guna Maybank2u la.

Tapi buat anda yang takde Akaun Bank online,dont worry.

Anda still boleh beli.Tapi bagaimana?Saya tidak tahu.Cuba tanya mereka di sini.Mungkin mereka ada alternatif lain kot nanti.Haha.Saya tak sure tentang ini.Tapi try lah.


Itu sahaja.

Kalau nak tutorial lagi lengkap,click sini.

Saya buat Tutorial Santai je ni.Kalau still tak faham lagi,anda boleh terus emailkan pertanyaan anda kepada saya di pospenamaya@gmail.com.

Insya-Allah,saya akan guidekan anda dari A-Z.Insya-Allah.

Saya akan cuba yang terbaik.


*** *** ***

Ramai orang email saya bertanyakan cara nak download Software Al-Quran digital itu hari,kebanyakannya saya dah jawab.Tapi maaflah kalau saya lambat jawab.Sebab sekarang saya sedang bercuti.Kadangkala dah seminggu tarikh email,saya baru cek.Maaf atas kesulitan.Itupun kadang-kadang masalah mereka saya tidak dapat selesaikan.Tapi percayalah,saya telah cuba apa yang termampu.Maaf okay?Nanti kalau ada cara lain,saya akan maklumkan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Apa-apa kesalahan yang ada dalam Penulisan ini,saya minta anda maaf,tegur dan maklumkan kepada saya mana yang salah.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.Mari basahi lidah dengan Zikrullah.

P/P/S : Yang penting apa anak-anak?Ya,betul.Yang penting kita Ikhlas.Ikhlas kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.Amin.



No comments:

Post a Comment