25.8.11

Siri Pencarian 33 : Tanya Diri Kita - "Apa Yang Kita Cari Dalam Hidup Ini?"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam penulisan kali ini,saya akan menggunakan Bahasa Pasar sepenuhnya.

Harap maklum.

*** *** ***

Kadangkala saya bimbang,kalau-kalau niat saya menulis tersasar.Bimbang kalau-kalau saya mula menulis untuk mendapat trafik.Bimbang kalau-kalau saya mula menulis supaya Para Pembaca sentiasa ada.Bimbang kalau saya menulis untuk mendapatkan keredhaan orang.Bimbang kalau-kalau saya menulis itu bukannya kerana Allah SWT lagi.

Astaghfirullahalazim.

Jadi,kepada Para Penyeru Kebenaran (yang menggunakan medium Internet sebagai Platform anda),saya ajak supaya kita semua muhasabah kembali diri kita.Dan betulkan kembali niat kita.

Saya lihat fenomena ini amat senang berlaku di Tumblr.Kita reblog itu sebagai hobi,atau kita reblog kerana Allah SWT?

Renung-renungkan.Saya bukan Ulama etc.Saya just hamba Allah SWT.

Apa-apapun,renungkan Ayat Quran di bawah ini,


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Saya hanya menyuruh kita betulkan kembali niat kita jikalau sudah tersasar.Ingat,Allah SWT Maha Mengetahui.Dan riak itu penghapus amal.

*** *** ***

Alhamdulillah.Sebentar tadi,AJK Masjid Taman Perumahan saya mengumumkan bahawa Jemaah Masjid kami menerima seorang Saudara baru apabila seorang India (saya tidak tahu samada Beliau lelaki/wanita) mengucapkan dua kalimah Syahadah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Saya pernah mendengar ada orang berkata kepada saya,"Dakwah terbaik adalah melalui Perbuatan yang baik".

Ada benarnya.

Mungkin kerana melihat Umat Islam di Taman saya ini beramai-ramai pergi menunaikan Solat setiap hari di Masjid,tertarik Saudara kita ini untuk mendekati Islam.Dan dengan izin Allah SWT,Beliau mendapat hidayah-Nya.

Jadi,kita sebagai orang Islam kebanyakan ini,ambillah pengajaran.

Apa pengajarannya?

Marilah sama-sama mengamalkan peribadi yang baik.Semoga perbuatan kita itu dapat menunjukkan contoh yang baik kepada Non-Muslim yang lain.Semoga hati mereka tersentuh.Dan akhirnya mereka tertarik dengan Islam.

Janganlah kita bercerita tentang Islam,tapi dalam masa sama,seminit selepas itu,kita mencarut memaki hamun (ini seriously saya tuju pada diri sendiri).

Jangan begitu.

Janganlah hanya sekejap sahaja ilmu itu melekat di dada kita.Kita kena belajar menghayati dan mengamalkan apa yang kita tahu itu.Marilah menjadi Muslim dan seterusnya menjadi Mukmin yang sejati.Insya-Allah.Sama-sama kita berdoa.

*** *** ***

Ada seorang Pemuda menghantar message kepada saya yang membuatkan saya terharu.

"Rupanya masih ada yang benar-benar mengikuti",fikir saya.

Saya bagitahu ini bukannya riak.Tapi sebab ada pengajaran dari kisah ini.

Apakah pengajarannya?

Begini.

Kita jangan putus asa sebarkan kebenaran.Mungkin kita tidak nampak kesannya pada orang lain,tapi percayalah,kadang-kadang benda-benda yang simple yang kita cakapkan (tapi ikhlas although simple) itulah yang boleh menyentuh hati mereka.

Nampak flow?

Nice.

*** *** ***

Rasa-rasanya itu sahaja untuk kali ini.

Tinggal lagi beberapa hari sebelum saya berangkat pulang ke sana.

Saya tidak pasti berapa penulisan lagi yang saya boleh sambung dalam Siri ini.

Apa-apapun,semoga Allah SWT Meredhai usaha kecil ini.

Dan semoga saya (dan anda semua) tidak pernah putus asa mencari kebenaran,ketenangan dan kejayaan abadi itu.Insya-Allah.

Mari kita tingkatkan amal.Tinggal beberapa hari sebelum Ramadhan menutup tirainya.

Astaghfirullahalazim.Banyakkan zikir.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Betulkan salah silap.Maaf jika ada terkasar bahasa.Tidak sengaja.Dan maaf kalau penulisan ini caca-marba sukar difahami.Ditulis dalam keadaan tidak berapa fokus.



No comments:

Post a Comment