28.8.11

Siri Pencarian 34 : Pesanan Buat Semua Yang Mencari (Sebenarnya Tiada Noktah Dalam Usaha Ini).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
[5:35-37]

*** *** ***

Saya sedang bersantai-santai di dalam rumah sebentar tadi ketika ada lori berhenti di depan rumah saya.

"Tuan,tuan!",jerit seorang lelaki dari luar rumah.

Saya yang ketika itu berada di dalam rumah keluar dan melihat ada seorang Abang India sedang berdiri sambil memegang sesuatu di depan pagar rumah saya.

"Ini beg duit sapa punya ni.Tinggal atas jalan!You punya ka?Adik punya ka?Tengok ini cepat.IC semua ada lagi",jelasnya.

"Aa?Okay jap",jawab saya sambil menuju ke arahnya.

"Aah.Ni wallet adik saya ni.Thanks.Sorry",terang saya kepadanya.

"Tu semua duit,IC,Lesen ada lagi dalam tu.Laen kali jaga sikit",pesan Abang itu.

Saya mengambilnya.Dan mengucapkan terima kasih.Dan Abang itu beredar pergi bersama lori putihnya.

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada Abang India itu tadi.Amin.Dan semoga semua orang yang mencari petunjuk-Nya di dunia ini,diberikan hidayah-Nya dan kekuatan untuk terus berada di atas jalan yang benar ini.Amin.

*** *** ***


Kejadian di atas membuatkan santaian petang saya terhenti seketika.

Saya merasakan ini satu pengajaran kepada saya.Apakah pengajaran itu?

Berdakwahlah melalui peribadi yang mulia.


Oleh kerana itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia". [Riwayat al-Baihaqi]

Ini kerana,perbuatan yang baik itu tidak memerlukan kata-kata yang hebat untuk menyentuh hati manusia.

Semalam juga ada suatu kejadian yang berlaku dan menarik untuk dikongsikan di sini.

Begini.

Saya pergi memotong rambut.

Kedai itu dimiliki oleh seorang Anak Muda India.Saya agak berusia awal 30-an.Ada keratan akhbar ditampal di dinding kedainya.Keratan akhbar itu menceritakan tentang kedai itu.Kiranya kedai ni pernah masuk paper la beb.Mengikut apa yang saya baca,Tokey kedai itu kakinya pendek sebelah akibat kemalangan yang berlaku kepadanya beberapa tahun dahulu.Namun Beliau tidak pernah berputus asa etc dalam meneruskan kehidupan.

Then semasa Hari Raya,oleh kerana kebanyakan Pelanggannya orang Melayu,dia buat offer sebab nak hargai mereka.

Apa yang saya ingin sentuh sebenarnya adalah bab tidak berputus asa itu.Ya.Itu yang saya ingin sampaikan.Saya sempat bersalaman dengan Tokey Kedai itu.Ya.Memang kakinya mengalami kecederaan kekal.Tapi saya kagum semangatnya.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
[2:155-157]

Jika mereka yang tidak mengenal Islam boleh bersabar dan tidak berputus asa,kenapa tidak kita?Fikir-fikirkan.Kita sepatutnya malu dengan diri sendiri.

Then selepas saya memotong rambut,Beliau siap mengiring saya ke pintu kedai dan mengucapkan Selamat Hari Raya.Sopan bukan?

*** *** ***

Sebenarnya ada pengajaran besar yang hendak disampaikan di sini.

Cuba renung kisah di atas.Dan renung masyarakat Muslim pada hari ini.

Astaghfirullahalazim.

Kenapa kita menjadi sedemikian rupa?Kebanyakan kita seperti sudah hilang nilai Islam dalam dirinya.

Kita mengajak orang kepada Islam,tapi dalam masa sama kita memaki hamun lebih teruk dari orang yang belum memeluk Islam.Jangan begitu!

Contohilah Rasulullah SAW.

Lihat jugak Bisnes Gunting Rambut tadi.Kalau difikirkan,no wonder Bisnes orang lain boleh maju,tapi bisnes orang kita sukar maju.Kenapa?Sebab sikap kita.Padahal,kalaulah kita ikut betul-betul ajaran Islam,nescaya kita akan menjadi orang paling cemerlang.

Itulah silap kita.Kita hanya berteori sahaja tentang Islam.Tapi kita jarang berpraktikal tentang Islam dalam kehidupan kita.Kita bercerita tentang menderma,tapi apakah kita menderma?

Kita bercerita tentang tidak memaki hamun,tapi kenapa bila tiba bab Politik,kita seolah-olah lupa semua itu?

Dan lain-lain.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah,kembalilah kepada ajaran Islam sebenarnya.

Contohilah Peribadi Rasulullah SAW.

Saya syorkan anda yang belum beli buku Biografi Muhammad (SAW) bin Abdullah terbitan PTS,anda boleh beli.Ala,yang cover kuning tu.Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari buku itu.

Amalkan okay?Jangan hanya tahu bercakap.Yang penting ikhlas.Untuk mencari keredhaan-Nya.

Betul.Kalau kita amalkan Peribadi Muslim Sejati,nescaya ramai orang akan tertarik dengan Islam.Tapi kalau kita tidak amalkan Islam,bagaimana orang lain hendak tertarik dengan Islam?

Berubahlah.

80% berita di Media pada hari ini - kebanyakannya tentang kita.Ini sebenarnya satu peringatan untuk kita.Fikir-fikirkanlah.

Didiklah juga anak kita dengan nilai murni.Okay?

*** *** ***

Saya akan pulang tidak lama lagi.

Mungkin ini penulisan terakhir saya dalam Siri Pencarian.Mungkin.Saya tidak tahu.

Tapi apa yang saya dapat simpulkan melalui Siri ini adalah :


"Jangan pernah berputus asa mencari Petunjuk dan Redha Allah SWT.Mungkin orang sekeliling seolah-olah lemas dengan material,tapi jangan kita turut sama lemas.Sebaliknya,kita mesti kuat dan terus mencari.Kuatkan juga diri kita dengan Ilmu.Dan,yang paling penting,sebarkan apa yang kita tahu kepada orang lain.Dan jangan sesekali bersikap perkauman.Islam bukan hanya untuk orang Melayu.Ianya untuk seluruh manusia.Jangan juga asyik berfikiran tentang Politik Malaysia.Banyak lagi Isu penting dalam dunia ini yang memerlukan kita fokus.Faham?Bangunlah.Berdoalah kepada Allah SWT mohon diberikan kekuatan.Amin.

Saya juga dengan ini ingin mengesyorkan anda yang masih belum beli buku Untukmu Umat dan Untukmu Wanita karangan Ustaz Zaharuddin untuk mendapatkannya di Pasaran.Beli online pun boleh di Mphonline.com.

Buku itu sangat bagus.Saya kasi rating 5 bintang.Ianya menceritakan Realiti Semasa.Penyampaiannya juga bagus.Kita memerlukan lebih ramai Ilmuwan seperti Ustaz Zaharuddin ini.Sama-sama kita usahakannya.Yang penting,kita amalkan apa yang kita tahu.Okay?

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa - minta anda semua maafkan dan tegur kesilapan saya.

Doakan semoga saya (dan anda semua) diberikan kekuatan untuk terus istiqamah di atas jalan Islam.Amin.Amin.Amin Ya Rabbal Alamin.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sentiasalah rajinkan diri kita untuk membaca Al-Quran dan memahamkan Terjemahannya.Kalau kita konsisten baca dan faham Al-Quran,insya-Allah semua masalah kita akan temui penyelesaiannya.Percayalah.


2 comments:

  1. link ini agak bermanfaat bagi sape2 yang nak tngok.

    http://www.goodreads.com/book/show/3960454-biografi-muhammad-bin-abdullah-perjalanan-hidup-seorang-nabi

    ReplyDelete
  2. slamat hari raya aidilfitri...bagus entri ni.....jom masuk blog akk http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete