15.9.11

Bersyukur.Dan Senyumlah.Semoga Kita Semua Diredhai Allah SWT.Amin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa [3:133]

Marilah kita sama-sama merenungkan sedalam-dalamnya ayat Al-Quran di atas.

Allah SWT memerintahkan kita untuk segera membuat amal baik untuk mencari keredhaan dan keampunan-Nya.

Ya.

Kata kuncinya adalah segera.

Segera.

Sematkan ia di dalam minda.Bersegeralah membuat kebaikan.

Kerana apa?

Sikap bertangguh biasanya akan membawa kepada kebatalan suatu niat yang baik.Biasanya penangguhan suatu perkara hanya akan menyaksikan perkara itu tidak menjadi realiti.

*** *** ***

Ada dua status Twitter pada hari ini yang menarik perhatian saya untuk dikongsi dan dibincang di sini.

Yang pertama,

"A smile is the best thing you can say without speaking - in fact,many times it is more effective than speaking." [Link]

Memang benar.

Senyuman sememangnya suatu perkara yang istimewa.

Seringkali senyuman yang dilemparkan dengan ikhlas kepada seseorang yang sedang emosi dapat menghilangkan tekanan yang dialaminya.

Kerana apa?

Rujuk status twitter di atas.

Begitu juga kita.

Jadi,senyumlah selalu.

Malah,untuk pengetahuan anda,senyum ini merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

SMILING IS CHARITY

The Prophet Muhammad (SAW) said: "Charity is prescribed for each descendant of Adam every day the sun rises." He was then asked: "From what do we give charity every day?" The Prophet answered: "The doors of goodness are many...enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf, leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one's legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the feeble with the strength of one's arms--all of these are charity prescribed for you." He also said: "Your smile for your brother is charity." - [Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 98]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim,Rasulullah berpesan,“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”

Itu tentang senyuman.Diharap kita sama-sama dapat mengamalkannya selepas ini.

Yang penting,senyum itu ikhlas kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.Bukan sebab nak orang lain senyum balik kat kita.Sebab,kadang-kadang bila kita senyum kepada orang,tapi ada orang mereka tidak balas senyuman kita.Jadi,jika kita senyum semata untuk dapat balik senyuman dari orang lain,kita pasti berputus asa bila kejadian seperti ini berlaku.

Jadi,pengajarannya senyumlah ikhlas kerana Allah SWT.Untuk mencari keredhaan-Nya.Jangan buat baik dengan orang lain untuk mendapat balasan daripadanya (manusia itu).Sebaliknya,buatlah baik dengan manusia untuk mendapat balasan daripada Allah SWT semata.


Status Twitter yang kedua yang menarik perhatian saya adalah Status seorang Sahabat saya,

Dalam bahasa melayu dia apa?RT @abuzarrin Contented. [Link]

Beliau bertanyakan seorang Sahabatnya tentang maksud perkataan contented.

Saya mengambil kesempatan untuk menjawab soalan Beliau seperti di bawah ini,

@Fathi137 bersyukur.sentiasa merasa cukup dengan apa yang sedia ada.hati yang tidak kosong. [Link]

Sebenarnya,jika mahu terjemah direct ke dalam Bahasa Melayu,ianya mustahil.

Kerana mengikut pemerhatian saya,Bahasa Melayu tiada diksi yang sama maksudnya dengan perkataan contented itu.

Berbalik kepada status tadi,kenapa saya tertarik untuk mengongsikannya di sini?

Senang sahaja.

Contented - perkataannya mudah.Pendek dan ringkas sahaja.Tapi membawa maksud yang mendalam.

Perkataan yang dalam kata lain mengingatkan seseorang untuk menjadi bersyukur.

Sebagai contoh,jika anda merasakan andalah paling 'sengsara' dalam dunia pada hari ini kerana tidak dapat makan Ayam,ketahuilah,ramai lagi orang di sana (mungkin berjuta) yang langsung tiada makanan untuk dimakan.Jadi?Contented-lah.

Contoh lain pula,jika anda merasakan pelajaran anda di Universiti susah etc,sedarilah bahawa ramai lagi orang di luar sana yang tidak dapat masuk Universiti walaupun mereka layak dari segi keputusan peperiksaan.Tapi,mereka tidak melanjutkan pelajaran kerana apa?Mungkin kerana faktor kewangan,membantu Ibu Bapa etc.Jadi?Contented-lah.

Indah bukan perkataan ini.

Kesimpulan dari Penulisan hari ini apa?

Sentiasalah memberikan senyuman,dan contented-lah.

Semoga usaha kecil ini dapat melembutkan hati anda dan orang-orang di sekeliling anda.

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,minta betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebenarnya hendak menulis sebuah Artikel Motivasi.Sudah siap segala idea etc.Tapi itulah.Manusia hanya merancang.Allah SWT yang Menentukan segala-galanya.

P/P/S : Jangan pernah berputus asa.

P/P/P/S : Bersihkan hati.Cubalah untuk memaafkan.Ya.Cuba.Jangan belum cuba memaafkan,sudah berputus asa.Cuba dahulu.

P/P/P/P/S : Peringatan untuk diri sendiri.



No comments:

Post a Comment