21.9.11

Catatan (Ilmiah Santai) Seorang Pengembara : Tiada Guna Kita Mempunyai Kuasa Dan Harta,Andai Ianya Tidak Digunakan Ke Arah Kebaikan.

Prenote I : Penulisan ini sepatutnya ditulis dengan lebih kemas.Tapi proses penulisan yang terganggu beberapa kali menyebabkan produk akhir yang dihasilkan tidak beberapa memuaskan.Apa-apapun,masih ada pengajaran yang boleh didapati dari Penulisan ini,insya-Allah.Selamat Membaca.

Prenote II : Punca kejatuhan nilai moral spiritual seseorang terkenal/berilmu biasanya adalah disebabkan wujudnya Golongan Fanatik Taksub Melampau.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Cuaca Yang Indah,Langkah Penuh Kejutan.

Jam 1800,19 September 2011.

Saya baru sahaja pulang daripada kampus pada ketika ini.

Menaiki tangga menuju Metro selepas menuruni tangga Tramvai,kelihatan beberapa orang mengerumuni sesuatu.

Atas dasar ingin tahu yang melampaui batas,saya menghampiri mereka.

"Ala,bosan la tulis skema sangat ni.Nak baca pun mengantuk.Kan?",berontak saya ibarat seorang Pelajar Tingkatan 5 yang disekat kreativitinya menulis karangan kerja rumah BM secara independent dan urban oleh Cikgu BMnya yang berfikiran Anti-Pembaharuan.

Jadi,mari kita tulis dan baca secara santai.

Dan ya,kisah Pelajar Tingkatan 5 di atas,memang benar.Ianya pernah berlaku.Siapa yang terlibat?Tiada siapa yang mengetahuinya secara jelas.Melainkan Pihak yang terlibat.


So,disambung kisah di atas kembali,saya pun menyelinap masuk kerumunan manusia itu dan mendapati ada seorang manusia sedang terbaring di atas jalanraya.

Dan di situ ada darah.Ya,darah!

D A R A H - DARAH!

Kelihatan seorang lelaki tua terbaring di atas beg tangannya (atau dalam Bahasa Pahang,we call it Ja-bear - yeah you heard it,Ja-bear as in Polar Bear).

Saya cuba bertanya kepada seorang lelaki yang berada di situ,"Apa yang berlaku?"

"Lelaki itu terjatuh.Kepala darah",jawab lelaki itu.

Saya bertanyakan kepadanya apa punca Pakcik Tua itu terjatuh.Beliau menggelengkan kepala - tanda tidak tahu.

Saya membuat kesimpulan bahawa Pakcik Tua itu terjatuh kerana terlalu penat ataupun mempunyai penyakit tertentu.Saya ada merakam video di tempat kejadian.Tapi,setelah difikir dengan mendalam beberapa kali,saya membuat keputusan untuk tidak memuat naik video itu bagi menghormati Pakcik Tua itu.

Ramai orang yang lalu lalang ketika kejadian berlaku.Saya saspek saya tiba lewat dua minit dari tempoh Pakcik itu terjatuh.Kelihatan tiga orang lelaki dan seorang wanita cuba menghubungi Ambulans.

Saya sebenarnya tidak begitu tertarik untuk berkongsikan kejadian yang berlaku secara detail.Cuma saya tertarik untuk berkongsikan pengajaran yang saya dapati melalui pemerhatian di tempat kejadian semalam.

Seorang Demi Seorang Berlalu Pergi Dalam Tempoh Tiga Minit Kemudian.

Dalam tempoh beberapa minit selepas itu,hanya tinggal empat orang yang mengelilingi Pakcik yang sedang tenat itu.Untuk pengetahuan anda,kejadian berlaku di tempat laluan orang ramai berjalan kaki.Kiranya,Pakcik itu sedang terbaring di atas Jalanraya.

Saya pada mulanya ada juga terfikir untuk turut sama pergi dari situ,tapi saya stay.Kenapa?

Ini kerana,mungkin satu hari nanti,sesuatu yang buruk begini berlaku kepada Ahli Keluarga saya (walaupun saya berdoa kepada Allah SWT supaya menjauhi kita semua dari perkara sebegini),apa perasaan saya andai semua orang berlalu pergi meninggalkan Saudara saya itu di tengah jalan terbaring meminta pertolongan?

Sebab yang kedua saya stay adalah kerana jika saya pergi dari situ,hanya akan tinggal tiga orang yang duduk bersama Pakcik itu.

Sedangkan,walaupun kelihatan usaha saya kecil,tapi agak penting di situ.Ini kerana,saya meramaikan orang yang berdiri di sekeliling Pakcik itu.Ketiadaan saya akan membuatkan Pemandu kereta yang sedang memandu menyangka tiada orang yang sedang berbaring di atas Jalanraya itu.Ini bukankah akan membawa kepada berlakunya kejadian lain yang tidak diingini pula?

Sekurang-kurangnya bila saya berada di situ,Pemandu yang sedang memandu akan memperlahankan kenderaan dan bermonolog di dalam hatinya sebegini,"Eh,apa ramai-ramai tu beb?Slow sikit la".

Nampak?

Apa pengajaran yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan anda dari perbuatan saya ini?

Sebelum menulis jawapan kepada soalan itu,elok juga saya maklumkan,tujuan saya menulis Penulisan ini bukan untuk riak kononnya saya ni baik ke ape (Semoga Allah SWT menjauhkan saya dari perasaan riak itu),tapi sebaliknya untuk mengajak kita semua merenung dan berfikir pengajaran yang ada dalam cerita ini bersama-sama.

Senang sahaja,ambil contoh kisah saya di atas ini,walaupun usaha saya agak kecil,tapi sebenarnya ia adalah penting kepada situasi di atas.Jadi,kita semua yang lain,dalam apa juga keadaan,janganlah berputus asa melakukan kebaikan.

Mungkin kita merasakan sesuatu perbuatan yang kita lakukan itu kecil.Misal kata,mengalihkan kayu dari atas jalanraya.Tapi,ketahuilah,entah-entah perbuatan kita itu dapat mengelakkan orang lain dari kemalangan.Mungkin jika kita tidak alihkan kayu itu,ada motor yang dipandu oleh Pakcik Tua akan terlanggar kayu itu.

Selain itu,kita kena ingat,setiap perkara,tidak kira kecil atau besar,baik atau jahat,akan dihisab di Akhirat kelak.Janganlah kita menyangka perbuatan baik yang kecil itu tidak bermanfaat untuk diri kita.Sebaliknya,mungkin amalan itulah yang akan membantu kita di Akhirat kelak.Nampak?

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99:7-8]

Dan,janganlah berhenti melakukan kebaikan hanya kerana ada orang yang mengatakan kepada anda,"Ala,bukan ada effect pun kau buat camtu".

Jangan.Jangan sesekali berfikiran sedemikian.

Renung sahaja kisah saya di atas.Cuba kalau saya beredar dari situ,ada kemungkinan perkara buruk yang lain pula berlaku kepada kerumunan kecil itu.Orang putih kata,"Every man is important in this team".

Begitulah juga dalam konteks Islam/Dakwah.Kita semua adalah satu Team yang besar.Team Muslim.Setiap kita bertanggungjawab berusaha menyebarkan paling kurang satu Hadis daripada Rasulullah SAW kepada umat manusia yang lain.Kalau itupun tidak mampu,sekurang-kurangnya kita tunjukkan peribadi yang baik kepada mereka.Jika semua orang dalam Team Islam ini berfikiran sebegini,insya-Allah Islam akan bangkit kembali.Yang penting kita sebarkan Islam dengan ilmu.Bukan Ajaran Songsang.

Cerita Pakcik Tua Masih Belum Habis.

Salah seorang lelaki yang sejak dari tadi cuba menelefon Ambulans akhirnya menunjukkan reaksi bahawa Ambulans sudah dapat dihubungi.

"10 Minit lagi sampai",terangnya menjelaskan keadaan.

Cuma apa yang agak sukar difahami oleh saya adalah kenapa ketika sudah terang lagi bersuluh orang lelaki itu sudah berdarah kepala etc,masih lagi memerlukan Pihak Berwajib ini untuk bertanyakan maklumat peribadi Pesakit ini (seperti Nama Penuh etc) melalui telefon.

Pakcik ini yang sedang terbaring di atas Jalanraya menjawab soalan-soalan itu dengan tidak berdaya.Adeh.

Saya tidak merasakan ianya suatu tindakan yang bijak oleh Pihak Berwajib untuk bertanyakan soalan sebegitu dalam keadaan yang terdesak ini.Cuba kalau keadaan ini berlaku kepada seorang lelaki yang mengalami cedera parah,dan hendak dijadikan cerita,Credit Handphone Beliau pula pada ketika itu hanya cukup untuk membuat panggilan selama seminit.

Adakah dengan Credit yang sebegitu sikit,dan Soalan Karut Pihak Berwajib yang sebegitu banyak,apakah anda rasa lelaki itu mampu diselamatkan?Silap-silap lelaki itu mati dulu baru Ambulans sampai.

Anda yang lain juga tentu pernah mengalami keadaan seperti ini bukan?

Keadaan yang dinamakan oleh Majoriti Penduduk Dunia sebagai Kerenah Birokrasi yang kadangkalanya tidak masuk akal.Saya pernah menulis Penulisan tentang Isu ini dalam Pena Maya (Versi Lama) dahulu.Artikel itu telah saya padam sekarang.Kenapa?Bahasanya yang agak kasar.Haha.

Berbalik kepada kisah Pakcik Tua tadi.

30 Minit berlalu,Ambulans yang ditelefon masih belum sampai.

Pengajaran yang boleh didapati dari kisah Ambulans ini adalah,

"Wahai Umat Islam yang memikul Tanggungjawab,tidak kira anda Cikgu,Pemandu Ambulans,Usahawan etc - tunaikanlah tanggungjawab anda dengan amanah.Jangan buat kerja cincai-cincai.Berfikirlah di luar kotak.Jangan terlalu termaktub dengan protokol manusia.Sebaliknya,lakukanlah perkara yang anda rasa betul,selagi ianya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Jangan tangguhkan urusan anda.Bimbang penangguhan anda itu (misal kata anda seorang Pemandu Ambulans) akan membawa kepada kematian lelaki lain pula.Di samping itu,yang paling penting,kita kena ingat,setiap perbuatan kita akan dihisab di Akhirat kelak".

Lelaki Intoxicate Yang Lebih Bertimbang Rasa Dari Beberapa Orang Lelaki Sober Yang Lain

Intoxicate adalah perkataan Bahasa Inggeris yang jika diterjemah kepada Bahasa Melayu Pasar bermaksud - "Mabuk,Khayal,Bawah Pengaruh Alkohol".

Sober pula adalah perkataan Bahasa Inggeris yang mana "Waras,Bersih,Tidak Mengambil Apa-Apa Bahan Yang Mengkhayalkan" adalah sinonim baginya dalam Bahasa Melayu.

Saya masih lagi bersama dengan kerumunan ini.Ramai yang berhenti melihat,dan berlalu pergi.Tapi,ada tiga orang (tidak termasuk saya) yang stay bersama Lelaki Tua ini semenjak awal.

Lelaki Tua ini beberapa kali ingin bangun dari pembaringan Beliau,tapi seorang Wanita menghalangnya dari bangun.Kenapa?Kerana setiap kali Beliau bangun,darahnya akan mengalir tanpa henti keluar.

"Jangan bimbang.Kami akan tunggu kamu sehingga Ambulans datang",kata Wanita itu menenangkan Lelaki Tua ini.Saya fikir Lelaki Tua ini hendak bangun kerana segan dan bimbang dirinya menyusahkan orang.

Tidak lama kemudian,seorang Lelaki Mabuk datang.Berhenti melihat Lelaki Tua ini.

Oh ya,Lelaki Mabuk ini bukan Mabuk tipu-tipu-poyo.Mabuk betul.Jalan terhuyung-hayang dengan botol Arak di tangannya.Saya saspek Beliau seorang Alcoholic.Kepada Adik-Adik di rumah,jangan minum Arak.Buruk padahnya.Ianya Haram di sisi Islam.Abang Umar Zakir sudah beberapa kali melihat di Negara Soviet ini kesan buruk Arak.Tapi itu kita bincang lain kali.

Lelaki Mabuk ini bertanyakan kepada Lelaki Tua ini,"Apa sudah jadi ni etc etc".

Oleh kerana soalannya terlampau banyak,dan kehadirannya agak tidak menyelesakan Lelaki Tua itu,salah seorang Anak Muda yang berada di situ terpaksa menyuruhnya pergi dari situ.

Tapi bukan itu yang hendak dikongsikan sebenarnya.

Begini.

Tidak jauh dari Lokasi kami berada (mungkin 5 Meter dari situ),ada seorang Wanita menjual Perfume etc di satu Booth.

Ramai juga Wanita dan Lelaki yang fizikal mereka kacak dan lawa lalu lalang di tempat kejadian.

Kebanyakan dari mereka,walaupun dapat melihat apa yang berlaku dari jauh,tapi mereka buat bodo saje.Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini?

Senang sahaja.

Orang Mabuk itu kelihatannya lebih waras dan berprikemanusiaan daripada orang-orang yang 'waras' di sekeliling kami tadi.

Jika kita tukarkan sedikit ayat-ayat ini,benarlah kata orang (dan diakui oleh saya sendiri setelah merantau di Tempat Orang),manusia itu boleh menjadi lebih teruk dari Haiwan andai mereka meninggalkan jalan yang benar.

Dan ya,memang Haiwan itu kadangkalanya kelihatan 'lebih Mulia' dari Manusia.

Tidak percaya?

Pernah dengar Kucing buang Anak?Tidak pernah bukan?Tapi tentu anda sudah bosan mendengar cerita Manusia buang/gugurkan Anak kan?

Pengajaran di sini : Anda fikir-fikirkanlah.

Sebagai Umat Islam,saya hanya boleh menasihatkan anda begini sahaja,"Allah SWT Maha Melihat".

Jadilah manusia.Jangan jadi haiwan yang bertopengkan manusia.

Kereta Yang Banyak,Tapi...

Sepanjang saya berada di sana,saya mendapati banyak kereta di sekeliling kami.

Tapi,sesuatu yang sangat menyedihkan berlaku apabila tiada sebuah kereta pun yang ingin membawa Lelaki Tua ini ke Hospital.

Satu lagi bukti kelemahan Sistem Manusia.

Anda mungkin perlu membaca Penulisan ini untuk memahamkan apa yang cuba saya sampaikan.

Jika anda malas membacanya,jangan risau.Saya akan menerangkannya secara ringkas.

Begini.Jika kita lihat,Sistem Manusia (Kapitalis?) pada hari ini seolah-olah menyuruh manusia hidup menjadi yang terbaik.Golongan yang gagal adalah tidak diterima sama sekali.Semua kena 'perfect'.Kononnyalah.

Kita manusia berlumba-lumba menjadi yang terbaik dengan mengejar harta itu dan ini.Tapi,selepas itu apa?Kebanyakan manusia hidup hanya untuk kemaslahatan dirinya.Tidak membantu orang lain etc.Itulah realiti yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Sebenarnya,Islam ada penyelesaian bagi masalah ini.Boleh baca Siri Isolusi yang saya pernah tulis sedikit masa dahulu untuk maklumat lanjut.Anda hanya perlu Googlekan perkataan 'Kronologi Isolusi' dan klik pada link yang dipapar di situ.

Islam mengajarkan kita yang kaya untuk membantu yang susah.Hal ini dapat melahirkan sikap bekerjasama dalam masyarakat dan mengelakkan jurang kemiskinan yang melampau etc etc.Saya bukan Pakar Ekonomi,tapi rasanya perkara seperti ini semua orang dapat melihat kesannya jika kita meneliti realiti yang berlaku di sekeliling kita.

Tapi,bukan semua manusia sebegitu.Cuma,kebanyakannya adalah begitu.

Tanggungjawab Sosial.

Sementara menunggu ketibaan Ambulans yang tidak kunjung tiba,seorang lelaki memanggil Petugas Farmasi berdekatan.Petugas Farmasi itu mengikut apa yang saya faham dengan secara sukarela membantu Pakcik Tua itu.

Beliau membawakan Ubat-Ubatan yang berada dalam Farmasinya dan menyapukannya kepada muka Pakcik itu.Ketika itu saya terlihat bahagian kulit Pakcik itu yang luka teruk (saya rasa dagingnya terkopek sikit kot kat muka,arghhhh).

Pengajaran apa yang boleh didapati dari sini?

Jika kita kaya,jika kita ada kedudukan,posisi tinggi dalam masyarakat,janganlah posisi itu kita gunakan untuk mengayakan Kaum Kerabat kita sahaja.

Kita ada tanggungjawab yang amat besar di sini untuk membantu Masyarakat.

With great power comes great responsibility.

Quote di atas diambil dari sebuah filem yang saya tonton ketika masih muda dahulu.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Quote itu.

Janganlah kita hanya tahu memakai baju yang hensem,menghias diri lawa-lawa - tetapi lupa tanggungjawab sebenar kita sebagai manusia di bumi Allah SWT ini.

Jangan terlalu bongkak dengan Jawatan kita itu.Orang Miskin bukan untuk dihina,sebaliknya untuk dibantu.Kerana pada akhirnya,di Akhirat kelak kita semua sama sahaja.Yang membezakan kita hanyalah amalan kita.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa. [6:69]

Setengah Jam Berlalu,Ambulans Masih Tidak Sampai.

Setelah lama menunggu,akhirnya salah seorang dari kami yang berada di situ berkeputusan untuk menelefon waris terdekat Pakcik itu.

Tidak lama menunggu,anak lelaki Pakcik itu sampai dan membawanya pulang.

Hurm.Ambulans.Tanya bagai hendak rak.Tapi engkau tidak muncul-muncul juga.Birokrasi.

Saya kemudian pulang menaiki keretapi bawah tanah.

Selasa 20 September 2011

Sehari sudah berlalu sejak Kejadian itu.

Saya melalui jalan yang sama hari ini.Dan di situ ada kelihatan beberapa orang Makcik Tua menjaja baju-baju dan sayuran.

Ada seorang Makcik menjual Berus Gigi/Beg buruk etc.

Saya saspek Beliau jumpa barang-barang itu untuk dijual dalam Tong Sampah.Saya bukan buat cerita.Perkara sebegini memang berlaku di Bandaraya ini.Malah,saya yakin bukan sahaja di Bandaraya Soviet ini,bandar metropolitan yang lain di dunia juga mempunyai cerita yang sama.

Yang kaya bertambah kaya,yang miskin semakin miskin.Kapitalistik sungguh.

Terdetik dalam hati saya,

Kejadian semalam sudah berlalu,tapi tanggungjawab untuk mengembalikan kebenaran di dunia adalah tanggungjawab setiap dari kita Umat Islam.Dengan pelbagai fitnah dan ancaman yang berlaku sekarang ini,kita tiada masa untuk berehat.

Ini kerana,jika bukan kita,siapa lagi?Dijemput baca Artikel ini untuk sedikit Motivasi tambahan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya sebenarnya ingin menulis Penulisan Bahasa Pasar,tapi kekangan masa dan tanggungjawab lain tidak mengizinkan saya berbuat sedemikian.Tapi,prinsip saya,"tidak mengapa kita tidak mengikut plan asal,janji ada usaha yang dilakukan,daripada terus bertangguh duduk diam tidak berbuat apa-apa".

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf atas kekurangan dalam Penulisan ini.Tapi saya rasa anda dapat faham apa saya cuba sampaikan.Jangan pernah berhenti mencari kebenaran.Jangan sesekali berputus asa dalam melakukan kebaikan.Kita amat perlukan amalan-amalan ini di sana kelak.Semoga Allah SWT Meredhai usaha-usaha kita ini.Doakan yang terbaik untuk saya dan anda semua.Amin.

P/P/S : Doakan juga urusan Pelajaran saya di sini dipermudah.Agar duit pendapatan yang saya dapat semasa kerja nanti dapat digunakan ke arah kebaikan di jalan Allah SWT.Dan doakan supaya saya tidak menjadi orang yang hanya tahu berkata-kata.Astaghfirullahalazim.Amin.

P/P/P/S : Kadangkala saya merasakan ada baiknya juga ADHD ini.



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum.

    Baru menetap tulisan di blog ini buat pertama kali.

    Nampak menarik..Hehe

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam warahmatullah bro.

    Hehe.ambil yang baik,betulkan yang salah.

    ReplyDelete