20.9.11

(Empat Empat Satu).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hari ini ada satu perkara penting berlaku dalam hidup saya.

Penting kerana banyak pengajaran diperolehi saya melaluinya (peristiwa itu).

Oleh kerana ianya perkara yang agak besar,dan banyak pengajaran yang diperolehi saya melaluinya,saya ingin berkongsikan Peristiwa itu di sini.

Tapi,tidak seperti Penulisan-Penulisan saya yang lepas,oleh kerana penulisan yang bakal ditulis itu nanti agak berat,dan mungkin agak panjang,jadi saya ingin menulisnya dengan sedikit kelainan.

Supaya memudahkan pemahaman anda Para Pembaca.

Dan yang paling penting,supaya agar lebih terpahat pengajarannya di dalam hati dan minda saya nanti.

Bentuk Penulisan yang bakal ditulis adalah - Santai,Rileks,Laid Back,Urban,Sensasi Selatan Best104,Orangmuda-isme etc etc.

Boleh dikatakan Penulisan yang bakal ditulis itu bentuknya seperti Siri U Olls yang pernah saya tulis sekitar tahun lepas.

Sebuah Penulisan yang 'hensem' - ringkas katanya.

"Uih,syok sendiri bebenor budok ni.Melebih-lebih pulok dia",monolog Makcik Jay sambil membaca pernyataan saya di atas ini.

Pendapat saya terhadap pendapat yang dikeluarkan Makcik Jay - "Well,semua orang ada persepsi tersendiri".

*** *** ***

Jam sekarang 2359,19 September 2011.

Oleh kerana hari sudah lewat,dan Penulisan yang bakal ditulis itu adalah panjang,jadi saya mahu tidur dahulu.

Ini kerana,jika saya terus menulis sekarang ini,bunyi taipan saya akan mengganggu rakan bilik saya yang hendak tidur.

Sebagai seorang Muslim,adalah tidak wajar kita menyakiti hati jiran kita (ini serious).

Jadi,saya tulis esok sahajalah.

*** *** ***

Untuk mengelakkan Pembacaan anda di sini daripada menjadi sia-sia,saya dengan sukacitanya hendak mengongsikan beberapa Petikan/Quote yang saya jumpa/baca dalam tempoh seminggu ini.

Selamat Membaca.

Semoga Bermanfaat.

*** *** ***

Apabila kita membaca al-Quran dan as-Sunnah,kita dapati Maha Adilnya Allah SWT yang tiada suatu pun untuk dibandingkan.Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnahkan sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.

Sama seperti mana manusia memusnahkan ekosistem alam ini,manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia.

Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia,demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia.

Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”. [Sumber : Link]

*** *** ***

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
[9:111-112]

*** *** ***

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
[41:30-33]

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Maafkan saya jika ada terkasar bahasa.Sila betulkan jika ada salah kefahaman.

Insya-Allah,jika tiada apa-apa perkara yang menghalang saya dari menulis,Penulisan itu akan disiapkan pada hari esok,sekitar pukul 4 Pagi Malaysia (paling lewat).

Saya sebenarnya suka menulis kerana setiap kali menulis,saya menasihati diri saya untuk kembali insaf merenung kesilapan diri.Seolah-olah ianya satu muhasabah diri.

Sekian untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bacalah Terjemahan Ayat Al-Quran itu dengan menghayatinya.

P/P/S : Kalau ada Penulisan yang bermanfaat dalam blog ini,kongsikanlah dengan Saudara-Mara anda,kawan-kawan anda etc etc.Semoga Allah SWT memberikan kita petunjuk dan Hidayah-Nya.Dan semoga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah.Amin.

P/P/P/S : Ini merupakan penulisan yang ke-441 dipublish di blog ini.Selebihnya?Dalam draft.Ada di antaranya tidak dapat dipublish kerana beberapa faktor yang sukar dijelaskan.

P/P/P/P/S : Kalau tiada ilmu,carilah ilmu.Kalau tidak faham,bolehlah bertanya.Kalau tidak tahu,jangan segan mengatakan tidak tahu.Kesombongan mencari Ilmu boleh 'membunuh'.

P/P/P/P/P/S : Ya Allah,lindungilah aku dari perasaan riak.Amin.Astaghfirullahalazim.



1 comment:

  1. Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk menulis lagi dan semoga kesemua penulisan dapat memberi manfaat untuk semua.

    ReplyDelete