11.9.11

Malam Sebelum Lampu Padam : Jangan Bertangguh Lagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

sebelum tidur pada hari ini
ingin diri mencoret sesuatu untuk dijadikan pedoman diri

astaghfirullahalazim
sentiasalah kau wahai manusia beristighfar

jika kau telah banyak melakukan kesilapan
janganlah menangguhkan taubatmu
kerana hidup ini hanya sekadar angka
satu tahun itu hanya 365 hari
tidak banyak angka yang kau miliki jika kau asyik bertangguh
bimbang maut menjemputmu dahulu
sebelum kau sempat bertaubat

jika sebelum ini kau asyik berniat bangun solat malam
tapi tidak pernah bangun
kenapa malam ini kau tidak mulakannya?
kau mahu tunggu sampai bila?
esok,lusa,tahun depan?
ketahuilah
sindrom esok-lusa-tahun-depan itu
ianya pasti akan membawa kepada 'kematian' niat
jangan bertangguh kesimpulannya

jangan sesekali bertangguh melakukan kebaikan
walaupun ianya hanya suatu kebaikan yang kecil

kenapa?
kerana mungkin yang kecil itu dapat membantu kita di sana kelak
kerana mungkin yang kecil yang kita tangguhkan itu
lebih 'berkualiti' nilainya jika dilakukan

sama-samalah kita fikirkan

dan jagalah hati kedua orang tuamu
melaburlah untuk akhiratmu tanpa mengenal erti penat
sehingga engkau meninggalkan dunia yang fana ini

kerana sesungguhnya
engkau sangat memerlukannya nanti

carilah Redha Allah SWT
bukan 'redha' manusia

biar engkau hilang harta,nama dan pangkat
andai kebenaran ini yang kau perjuangkan

tapi janganlah kau hilang maruah
hanya kerana mahu menjilat kezaliman yang batil

yang terakhirnya
jangan sesekali menghalang manusia lain mencari Allah
dan jangan sesekali kau
menjadi punca seseorang terbatal niat melakukan kebaikan
jangan juga engkau mencemuh pendosa yang mahu bertaubat

renung-renungkan wahai diri yang menulis
dan amalkanlah ia
jangan hanya tahu menulis
kemudian lupa di siang hari
faham?

...Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" [6:50]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Biarlah orang lain memandang dirimu kuno,andai 'kuno' yang mereka takrifkan itu adalah seorang yang cuba mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

P/P/S : Jangan sesekali engkau riak.

P/P/P/S : Manusia memang melakukan kesilapan.Tapi manusia yang terbaik,adalah yang sering bertaubat.Jangan menipu diri sendiri.Allah SWT Maha Mengetahui apa yang berada di dalam dadamu wahai insan.Beristighfarlah.Dan carilah ilmu.

P/P/P/P/S : Semoga Allah SWT Mengampunkan dosa-dosa kita semua.Amin.



2 comments:

  1. Sebelum lampu terpadam,
    tidurlah kamu sbgmn kamu tidak akan bangun2 lagi
    dan tidurlah kamu seolah2 berada di liang lahad.

    ReplyDelete
  2. nice post.. thx sbb igtkan pasal kematian.. penting jgk ambik masa bce2 blog rakan seusaha nh..ha3

    ReplyDelete