10.9.11

Penulisan Ringkas Tengahari Sabtu : "Dan Nasihatilah Mereka,Serta Katakanlah Kepada Mereka Kata-Kata Yang Boleh Memberi Kesan Pada Hati Mereka".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
[4:60-63]

*** *** ***

Assalamualaikum.

Saya berdoa agar Allah SWT melindungi kita semua dari menjadi golongan munafik.Amin.

Astaghfirullahalazim.

Hari ini hari Sabtu.

Oleh kerana hari ini saya tiada kelas,saya ingin mencoret ringkas.

Sebelum itu,saya ingin meletakkan satu quote oleh seorang manusia,

Apa guna la pakai tudung kalau still meransangkan lelaki laen?

Sebenarnya quote di atas berbunyi lebih kasar,tapi saya sudah modifiedkan beliau supaya menjadi lebih sopan.

Nampak flow apa cuba disampaikan?

Pada saya ada betulnya.

Jika lihat pada hari ini,ada sesetengah wanita bertudung,tapi pakaiannya (attirenya) mengalahkan Gadis-Gadis yang tidak memakai tudung.

Pakaian mereka (sesetengah golongan wanita ini),astagfirullahalazim sangat menaikkan syahwat.Dengan minyak wangi,dengan suara mereka etc.

Saya mahu tanya kepada anda,apakah ini tujuan pemakaian tudung yang asal?

Apakah anda faham apa definisi menutup aurat yang sebenar?

Tahukah anda suara yang dilunak,dimanja di depan lelaki boleh menaikkan syahwat mereka juga?

Wahai isteri-isteri Nabi,kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [33:32]

Masih tidak jelas?

Saya cadangkan anda cari buku 'Untukmu Wanita' tulisan Ustaz Zaharuddin di kedai berhampiran anda.Ini untuk kemaslahatan anda juga.

Buku ini juga untuk pengetahuan anda merupakan salah satu buku dalam senarai giveaway yang saya sebutkan dalam penulisan semalam.

Berubahlah.

Saya bukan berlagak Ustaz,Alim Ulama etc dengan menulis perkara ini.Cuma saya meluahkan ke-concern-an hati saya terhadap apa yang saya lihat semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita hari ini.Naik rimas pun ada kadang-kadang.Haha.Seolah-olah tiada beza antara Negara Barat dengan Negara yang mempunyai Majoriti Muslim seperti Malaysia.

Masih tidak clear?Cuba try pergi shopping complex/tempat keramaian awam.Anda akan faham apa saya cuba sampaikan.Makin hari orang kita makin daring pakaian mereka.

Nasihat terakhir saya dalam Isu ini - takutlah Allah SWT.


Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [4:56]

*** *** ***

Terpanjang pula penulisan saya kali ini.

Ingatkan hendak menulis ringkas sahaja.

Apa-apapun,hari ini hari Sabtu.Saya ingin menggunakannya sebaik mungkin.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa,minta anda maaf dan betulkan.

P/P/S : Kalau nak beli buku tu di sini pun boleh.

P/P/P/S : Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita.Tapi itu bukan bermaksud kita tidak perlu sembahyang di Masjid,baca Al-Quran etc lagi.Jangan begitu.Jadilah hamba Allah SWT.Bukannya 'hamba Ramadhan'.



No comments:

Post a Comment