10.9.11

Santai : Masa Berlalu Pantas,Pengamal Kura-Kuraisme Akan Tertewas.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Biasanya,saya akan mula menulis sesuatu penulisan tanpa tajuk dahulu.Ketika menghampiri penamat suatu penulisan,barulah saya akan mendapat ilham untuk nama judul penulisan itu.

*** *** ***

Dunia sekarang berada dalam kekecohan.Kebuluran di sana sini,kekorupsian berleluasa,manusia sudah tidak takutkan Allah SWT dan macam-macam lagi.

Ianya sedang berlaku di sekeliling kita,samada kita sedar atau tidak.

Apa peranan kita?

Tentu anda pernah menonton suatu filem bertemakan perkara seperti ini,

"Tema di mana kekecohan dan huru-hara berlaku di seluruh dunia,yang lemah ditindas oleh yang berkuasa - tapi masyarakat dunia senyap tidak melakukan apa-apa.Biasanya,dalam filem itu,akan muncul beberapa orang yang bangkit menentang kegilaan ini.Selepas mereka bangkit,orang ramai yang sudah lama tidur pun secara tidak langsung mengikut sama."

Familiar bukan?

Mungkin situasi di atas agak hiperbola,tapi kita ambil moral di atas dan aplikasikannya dalam hidup kita.

Apa tindakan kita dalam mengharungi fitnah dunia akhir zaman ini?

Apakah kita ingin terus tidur?Atau kita ingin bangkit mencari kebenaran dan menyebarkannya?

Adakah kita ingin menjadi singa yang dijinak?Atau kita ingin menjadi harimau yang bersinar taringnya?

Mungkin ada yang masih tidak faham apa yang saya ingin sampaikan.

Begini.

Jika anda seorang Remaja yang alert,tentu anda akan dapati banyak kerosakan berlaku dalam kalangan masyarakat remaja pada hari ini.

Apakah anda ingin menyertai rakan-rakan anda yang rosak dan turut sama rosak bersama mereka,atau anda ingin mencari Ilmu dan menyedarkan mereka?

Pilihan sebenarnya di tangan kita.

Ini kerana,hakikatnya,hidup dunia ini hanya sementara.

Pada akhirnya,kita semua akan kembali kepada Allah SWT juga.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Bangkitlah.

Bangkitlah dengan Ilmu.

Bangkitlah dengan ajaran Islam.

Bukannya bangkit dengan emosi.Kerana bangkit dengan emosi itu hanya akan membawa kepada fenomena hangat-hangat tahi ayam.

*** *** ***

Saya sudah tahu hendak letak tajuk apa untuk penulisan ini.

Tajuk ini saya ambil dari status twitter saya beberapa hari lepas.

Tajuknya apa?Lihat atas sana.

*** *** ***

Saya tidak dapat menulis panjang buat beberapa hari ini kerana agak sibuk.Saya masih cuba menyesuaikan diri kembali dengan cuaca dan waktu di sini.

Banyak masalah yang melanda saya pada ketika ini.Ada ketikanya seperti mahu give-up dengan hidup di sini.Dipandang rendah oleh masyarakat tempatan,pelajaran yang susah etc etc.

Tapi,saya terus menyedarkan diri bahawa saya tidak boleh berputus asa.

Ini semua Ujian dari Allah SWT.

Saya teringat satu Hadis yang saya baca dari sebuah buku berjudul 'Kaya Harta,Kaya Hati' (saya cadangkan jika anda jumpa buku ini di kedai,sila beli kerana buku ini bagus) semasa Cuti Musim Panas baru-baru ini.

Hadis yang bermaksud,

Lihatlah orang yang dibawahmu, dan janganlah melihat orang yang diatasmu,karena itu lebih pantas supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah atasmu. [Hadis Riwayat Muslim]

Maksudnya,jika kita merasa diri kita ini amat malang (dari segi kehidupan dunia),lihatlah orang di bawah kita.

Seperti saya,mungkin saya merasa diri saya amat malang.Tapi bila direnung,masih ramai orang yang lebih malang daripada saya.

Rakyat Somalia sebagai contoh.Astaghfirullahalazim.

Malah,jika mahu contoh lebih dekat,seorang rakan saya tidak dapat meneruskan pengajiannya buat beberapa ketika atas faktor kesihatan (doakan Beliau sembuh dan dipermudah urusan).Bukankah ujiannya lebih berat?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[29:2-3]

Jadi,bersabarlah.

Tapi,dari segi Pelaburan Akhirat pula,contohilah orang yang lebih dari kita (di atas kita).

Saya teringat satu kata-kata (tidak pasti sumbernya dari mana) yang saya pernah dengar tidak lama dahulu,

Jika seseorang ingin berlumba/beradu dengan kamu di dalam dunia,biarkan dia menang.

Tapi jika seseorang ingin berlumba/bertanding dengan kamu dari segi Akhirat,bertandinglah dengan mereka.

Nampak flow?

Jadi,saya sebagai seorang Islam perlu berusaha dan tidak berputus asa.

Ayuh!

*** *** ***

Masih lagi dalam peringkat perancangan,tapi saya bercadang mahu memberikan buku-buku yang saya rasakan bagus secara percuma kepada Para Pembaca bertuah Pena Maya.

Mungkin sebuah buku untuk seorang Pembaca bertuah pada setiap bulan.

Metodnya?

Saya sedang memikirkannya.

Murah sahaja buku-buku itu.

Dan saya sekarang ini sudah tahu bagaimana hendak beli buku online.So baik saya bagi giveaway kan?

Tahu kenapa saya merasakan pemberian saya ini bakal dimanfaatkan oleh Para Pembaca saya?

Ini kerana walaupun blog saya ini tidak ramai sangat Pembacanya,tapi saya yakin,jika seseorang itu membaca penulisan-penulisan di blog saya,mereka benar-benar membaca apa yang saya tulis.Maknanya,mereka yang baca di blog ini (walaupun sedikit),adalah golongan yang benar-benar membaca untuk mencari Ilmu.Bagaimana saya tahu?Statistik GetClicky.Haha.

Jadi,jika saya bagi buku kepada mereka,mereka insya-Allah akan baca buku itu.Dan insya-Allah buku itu nanti tidak akan disia-siakan.

So,kalau mereka baca,dan mereka amalkan,dan mereka bagi tahu orang lain apa yang ada dalam buku itu,bukankah itu satu perkara yang baik?

Ha.Mungkin anda yang lain boleh buat perkara ini juga.Belikan buku untuk Sahabat/Family anda.Bila mereka baca,mereka amal,insya-Allah anda dapat sahamnya juga.

Yang penting ikhlas.Jangan nak buat tu sebab riak.Okay?Ikhlas kerana Allah SWT.


Tapi,saya sedang memikirkan pro kontra perkara ini.Insya-Allah jika tiada aral melintang bulan depan saya mulakannya.

Doakan yang terbaik.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Hari sudah malam.Perlu tidur.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Salah silap,terkasar bahasa,sila maaf dan betulkan.



3 comments:

  1. cmnenk dptkan buku itu? :p

    ReplyDelete
  2. Sy tgh pkir lg kaedahny.spy bku itu dpt dbg scr adil.



    Myb bku bkak dbeli dri mphonline.com .

    Diorg akn pos ke almt pnrima.
    Tp sume msh dlm prgkt prncgn.

    Doa yg trbaek.insyaAllah

    ReplyDelete