19.9.11

Sesuatu Yang Perlu Dibaca Untuk Direnungkan Bersama : Jangan Hanya Sekadar Bercakap Hendak Berubah,Tapi Suatu 'Habuk' Pun Anda Tidak Lakukan Untuk Merubah Diri Anda.Berubahlah!

Prenote : Maaf dipohon andai penyampaian bahasa yang digunakan dalam Penulisan ini agak teruk.Ditulis dalam keadaan rushing.Hasilnya?Penulisan yang caca marba (mungkin)?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ketika penulisan ini dibaca oleh anda,di Malaysia sekarang ini kemungkinan besar adalah waktu tengahari.

Penulisan ini ditulis oleh saya pada Jam 0034 19 September 2011 Waktu Tempatan Moscow.

Tapi,saya setkan waktunya agar dipublish pada waktu tengahari Malaysia.

Mungkin,pada ketika anda membaca Penulisan ini,saya sudah tiada (meninggal dunia).Dan mungkin juga saya masih ada.

Dan mungkin anda tidak sempat pun menghabiskan pembacaan anda ini.

Satu perkara yang perlu difikirkan kita bersama.Yang menunjukkan kepada kita - mati itu boleh datang bila-bila masa,di mana jua kita berada.

Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Tapi,persoalannya,apakah kita bersedia?

Manusia sememangnya mudah lupa.

Memang benar,manusia Akhir Zaman ini dilanda penyakit cintakan dunia.

Lemas ditenggelamkan oleh Nafsu sendiri.

*** *** ***


Cuba lihat video di atas.

"Ala,Palestin lagi",kata mereka.

Siapa mereka itu?

Kitalah mereka itu.

Apa yang hendak disampaikan oleh saya di sini?

Begini.

Kita semua sudah tahu Isu Palestin,Konspirasi,Fitnah Akhir Zaman,Dajjal etc.

Tapi,'mengetahuinya' sahaja tidak mencukupi.

Apakah tindakan kita?

*** *** ***

Andaikan anda sekarang ini sedang lapar.

Anda mahu makan Nasi Lemak.

Tapi kedai semuanya tutup pada ketika itu.

Di depan anda ada Beras,Daun Pisang,Ikan Bilis,Cili Kering,Kacang Tanah,Santan,Telur,Ayam Goreng,Minyak dan Halia.

Anda dapat lihat bahan-bahan itu.Semuanya terletak elok di hadapan anda di atas meja.

Tapi,anda hanya melihat.

Melihat dan membiarkan bahan-bahan itu terletak elok tanpa diusik.

Anda tahu bahan-bahan itu boleh digunakan untuk memasak Nasi Lemak.

Tapi,anda tidak berbuat apa-apa untuk menukar mereka menjadi Nasi Lemak.

Atau dalam kata lain,anda tidak memasak Nasi Lemak menggunakan bahan yang ada di depan anda itu.

Siapa yang salah jika anda masih lapar?

Itu kisah anda,yang walaupun malas untuk memasak bahan-bahan itu menjadi Nasi Lemak,tapi anda still tahu mereka boleh digunakan untuk dibuat Nasi Lemak.

Bagaimana pula dengan Atan,yang langsung tidak tahu bahan-bahan itu boleh digunakan untuk membuat Nasi Lemak?Walhal,barang-barang itu berada di hadapannya.

Rugilah Atan dalam kes ini.

Anda pun sama rugi.

Tapi kerugian anda tidak seteruk kerugian Atan.

Kerana anda masih ada pengetahuan tentang bahan-bahan itu.

Sekaligus membuktikan beza antara orang yang berilmu dengan tidak berilmu.

Tapi,dari segi keputusannya,kedua-dua anda dan Atan - adalah orang yang rugi.Kerana terus merungut hendak makan Nasi Lemak,tapi tidak menyedari bahawa Nasi Lemak itu sedang berada di hadapan anda selama ini.

Cuma perlu dimasak sahaja.

*** *** ***

Apa pengajaran dari kisah Atan,Anda dan Nasi Lemak?

Senang.

Sekadar mengetahui suatu perkara,tak cukup.

Dalam konteks Islamik,kita tahu kita akan mati dan bakal dihisab amalan di hadapan Allah,tapi tiada guna pengetahuan kita itu andai kita terus bermaksiat.

Kita tahu merokok,melancap,menghisap dadah,menonton porn,mengumpat,berzina,tidak menutup aurat itu berdosa - tapi rugilah kita jika kita sekadar tahu.Tapi tidak melaksanakannya.

Ini kerana di Hari Akhirat nanti,apa yang kita ingin jawab di hadapan Allah SWT andai ditanya kenapa kita tidak mengikut perintah-Nya,sedangkan kita tahu?

Astaghfirullahalazim.

Tiada guna tahu,tapi tidak mahu mulakan kick-start itu.

Ya,untuk berubah,atau untuk melakukan apa sahaja sekalipun,let's say kita mahu stop merokok,kita perlu ada kick-start.Habit merokok tidak boleh stop begitu sahaja andai kita tidak mengambil langkah untuk mengubahnya.

Sama juga dengan anda Para Gadis - jika anda sudah insaf mahu memakai tudung (menutup aurat etc) - jangan bertangguh lagi - aurat anda tidak akan tertutup dengan sendirinya andai anda masih lagi mahu memakai T-Shirt Maggi,Spaghetti,Tube whatever.Anda perlu bertindak.

Perihal komen orang lain?Abaikan mereka.Manusia memang sentiasa tidak berpuas hati jika kita hendak berubah melakukan perkara yang baik.And kita fikir sendirilah,kita hendak ikut Perintah Allah SWT yang Menciptakan kita semua,atau kita hendak dengar cakap Joyah yang memang ternyata niatnya tidak begitu baik terhadap kita?

Terpulanglah kepada anda.

Dan ya,adalah lebih malang,jika anda menjadi seperti Atan,yang langsung tidak tahu memanfaatkan mutiara yang berada di depannya.

Masih tidak clear?

Begini.Nama anda sudah Ahmad (misal kata).Kad Pengenalan sudah Islam.Ditanya orang,anda akan mengaku diri anda Islam.Tapi,anda tidak sembahyang,tidak puasa etc etc.Dalam kata lain,anda mengaku 'Islam',tapi anda tidak faham apa itu Islam.

Rugilah anda.Kerana apa?Islam itulah cara hidup yang terbaik di dunia.Dan yang paling penting,ialah satu-satunya cara hidup yang diredhai Allah SWT untuk umat manusia.Allah SWT - Tuhan yang Menciptakan kita semua,Pemilik Sekalian Alam - binasalah kita andai melanggar perintah-Nya.

Bacalah Al-Quran wahai 'Atan-Atan' sekalian.


*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Maaf bahasa berterabur.

Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya senang sahaja.

Jika hendak berubah,berubahlah.Mulakan langkah perubahan itu.Jangan hanya sekadar bercakap hendak berubah,tapi habuk pun anda tidak lakukan.

Walk the talk.Be strong.Orang yang lemah semangat tidak akan berjaya.I mean,orang yang pemalas berusaha,tiada motivasi - tidak akan berjaya.Dalam apa situasi juga.

Samalah dengan Syurga dan Neraka.

Tanya diri kita,kita ini lebih kuat usaha ke arah mendapatkan Syurga dan Redha Allah SWT,atau sedang giat ke arah mencari kemurkaan-Nya?

Astaghfirullahalazim.

Berubahlah.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya selalu memegang ayat ini dalam hidup saya - 'Tekun,Tekad,Tabah' - Tekunlah dalam melakukan sesuatu,Tekadlah dalam mencapai kejayaan dan Tabahlah andai dugaan/ujian melanda atau anda ditimpa kegagalan.Jangan sesekali berputus asa.

P/P/S : Jam 1209 19 September 2011 Malaysia (mungkin?).



No comments:

Post a Comment