22.9.11

Siri Bangkitlah Wahai Umat Islam (1) : Pilihan Yang Perlu Kita Buat.Atau Dalam Bahasa Inggerisnya Kita Panggil "The Choices That We Have To Make".

Prenote I : Tajuk asal Penulisan adalah Jangan Hanya Hidup Berdasarkan Semangat Najis Ayam.Tapi ditukar tajuknya selepas Penulis berkeputusan meletakkan Penulisan ini dalam Slot Siri Bangkitlah Wahai Umat Islam.

Prenote II : Penulisan mungkin sukar difahami.Kerana ianya ditulis dalam tempoh singkat.Maaf atas salah faham yang mungkin berlaku.Boleh tanya saya jika ada ke-tidak-faham-an.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Video Yang Perlu Ditonton Sebelum Memulakan Pembacaan.


Dua Pilihan,Atau Orang Putih Gelarkannya "Take It Or Leave It".

Beberapa tahun yang lepas,sebuah filem lakonan Jim Carrey yang memaparkan Beliau memainkan watak sebagai 'Tuhan' dihasilkan.Dan sampai satu ketika,filem itu (seperti filem-filem Barat yang lain yang dipaksa-tayangkan ke dalam pemikiran rakyat kita) hendak ditayangkan di Malaysia,tanah air tercinta kita.

Ketika itu,kecoh satu negara berarak itu dan ini membantah penayangannya kerana dikatakan tajuk filem itu menghina sensitiviti etc etc.

Memang ada kebenaran tindakan mereka itu membantah penayangan filem itu.

Setahun selepas kejadian itu,sebuah lagi filem bertajuk "Hellboy" hendak ditayangkan di Malaysia.

Punya ramai orang membantah itu dan ini.

"Kami mahu filem ini dibanned!",tegas seorang Presiden NGO.

Kenapa?

Kerana tajuk filemnya menggunakan perkataan 'Hell'.Direnung sekali lagi kejadian ini,dapatlah disimpulkan bahawa filem-filem ini dibantah hanya kerana tajuk-tajuknya yang mengandungi unsur menghina sensitiviti.

Bukannya hendak dibantah penayangannya kerana kandungannya yang boleh mengelirukan kefahaman akidah etc etc..Tidak.Mereka membantah kerana nama filem yang dikatakan mengelirukan.

Timbul persoalan (yang sebenarnya,masih terlalu awal hendak dikemukakan kerana Penulisan masih jauh perjalannya).

Apa kata kalau ada sebuah filem animasi bertajuk "Kanak-Kanak Comel" hendak ditayangkan,dan isinya sangat-sangatlah mampu menggugat akidah kanak-kanak,adakah ia juga bakal dibantah penayangannya?

Jika dilihat realitinya,saya pasti filem ini tidak akan dibantah penayangannya.Kenapa?

Kerana tajuknya yang 'comel'.Jadi,ditontonlah filem itu oleh kanak-kanak kecil.Malah,mungkin Ibu Bapa juga menonton bersama-sama.

Tanpa menyedari bahawa filem itu ada subliminal agenda.Apakah subliminal agenda?Dalam Bahasa Melayu bermaksud agenda halus (sila rujuk Artikel Konspirasi).

Ironi Besar Berlaku.

Tiga tahun selepas itu,sebuah filem sambungan kepada filem lakonan Jim Carrey itu tadi dihasilkan.

Dan,setelah beberapa tempoh,ianya bakal ditayangkan di Malaysia.

Suatu perkara yang amat-amat menakjubkan berlaku.Amat-amat menakjubkan.

Jika filem lakonan Jim Carrey dibantah habis-habisan penayangannya,sequel kepada filem itu yang dibintangi Steve Carell tidak diboikot.Tiada perarakan besar-besaran dilakukan (jika tidak silap saya,sila betulkan jika saya silap) untuk membantah filem ini.

Malah,yang lebih mengejutkan,filem ini telah dengan bangganya dipromosikan pada Papan Billboard besar Lebuhraya Tempatan.

Lantas saya yang ketika itu berumur belasan tahun tertanya,"Apakah semua ini?Di manakah semangat orang Malaysia itu hari?Padahal still ada perkataan almighty dalam filem sequel ini.Kenapa ianya tidak dibantah?Apakah kita semakin liberal?"

Liberal - apakah definisi perkataan ini bagi kita?

Saya teringat satu quote dalam satu video yang saya pernah tonton tidak lama dahulu.Quote yang berbunyi,

Kita boleh hanyut dalam dua cara.Kita boleh lost terkeluar dari landasan melalui dua kaedah.

Satu - kita terus terkeluar gedebuk jatuh.

Dua - secara slow dan slow.Perlahan dan perlahan.

Situasi kedua di atas - mungkin itulah yang sedang melanda kita semua.Dan saya yakin,ianya sememangnya telah berlaku.

Jika dahulu,jika ada adegan seks di kaca Televisyen,kita akan berasa segan hendak menontonnya di hadapan Ibu Bapa kita.

Tapi kini,perasaan segan itu sudah hilang.Malah,filem yang mengandungi Adegan Seks ditayangkan secara terbuka semasa Hari Raya!

Dan yang lebih mengejutkan,filem berunsurkan seks ini dilakonkan oleh orang Melayu kita sendiri!

Ke manakah hilangnya sensitiviti kita?

Atau lebih tepatnya,sedarkah kita betapa teruknya Iman kita semua pada hari ini?

Yang lebih ironi,dikhabarkan bahawa Adegan Maksiat ini dilakonkan untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muda.Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan 'bijak' ini.Apakah untuk memberitahu remaja kesan buruk dadah,kita perlu memberi mereka sedikit dadah dahulu?

Sambung cerita tadi.

Tidak lama selepas filem lakonan Steve Carell itu ditayangkan,sequel filem Hellboy menjelma.

Jika Hellboy 1 ditayangkan menggunakan nama 'Super Sapiens' (jika saya tidak silap,sila betulkan jika salah)
,ironi besar berlaku apabila bukan sahaja tiada bantahan besar terhadap Hellboy 2 dilakukan,malah filem ini berjaya ditayangkan atas nama Hellboy 2 tanpa perlu ditukarkan namanya kepada Super Sapiens 2!

What a life we are living,huh?

Kita Suka Bertindak Menggunakan Semangat,Bukannya Kefahaman.

Beberapa hari lepas,filem Hantu Bonceng dikhabarkan menghina Islam.

Sebenarnya,jujur cakaplah,melihat trailernya sahaja saya sudah tahu filem itu tidak berapa 'bermanfaat'.

Tapi,apa boleh buat.

Yang ironinya,walaupun filem ini dikhabarkan menghina Islam,ianya tetap mendapat kutipan yang besar.Apakah masyarakat kita semakin tidak kisah?Atau kita dilanda krisis kenipisan Islam dalam dada?

Jika dilihat,yang menonton filem itu konfem-konfem 90% orang Melayu yang kebanyakannya beragama Islam.

Apakah maksud semua ini?

Pendapat Saya Yang Naive Ini.

Sebenarnya,saya secara peribadi merasakan,dalam zaman yang penuh fitnah ini,kita perlu membuat pilihan yang matang dan bijak berasaskan kefahaman.

Kalau sudah terang satu-satu benda itu melekakan,dan terang-terang amat kurang bijak untuk ditonton,buat apa kita pergi gatal hendak tengok lagi?

Perbuatan kita menontonnya ibarat menyokong lagi Pengusaha Filem seperti ini untuk membuat filem-filem seperti itu lagi di masa hadapan.

Dan yang saya pelik,kenapa hanya nama filem sahaja yang perlu dibantah?Kenapa tidak filemnya sekali?Padahal banyak lagi filem berunsurkan maksiat yang dapat menstimkan (maaf atas bahasa kasar ini) Remaja-Remaja diluluskan penayangannya.Apakah penayangan mereka-mereka ini diluluskan kerana tajuk mereka yang tidak provokatif?

Apakah hanya filem bertajuk 'Bogel' baru diklasifikasikan sebagai filem yang perlu dibanned?

Kepada saudara-saudaraku sekalian,nasihat saya,janganlah memalukan diri lagi.Maksud saya,janganlah kita hanya bertindak atas dasar hangat-hangat tahi ayam.

Jangan bila kita kena jentik sikit dengan musuh-musuh Islam,kita terus sibuk pakat hendak boikot itu dan ini,tapi sebulan lepas tu senyap.

Apa agaknya yang difikirkan oleh rakan-rakan kita yang bukan Islam terhadap tindakan kita ini?

Pasti mereka akan berkata,"Lihat itu orang Islam.Perangai tidak konsisten".

Hurm.See.Mereka akan menyangka buruk dengan Islam akibat perbuatan kita.Jangan begitu.Konsistenlah.

Kepada orang bukan Islam,saya punya nasihat kepada anda,jangan judge Islam berdasarkan apa yang orang Islam lakukan.Sebaliknya,judgelah Islam berdasarkan ajaran Islam itu sendiri.Bacalah kitab suci Umat Islam,Al-Quran dan bacalah riwayat hidup Rasulullah SAW.Semoga anda mendapat kefahaman sebenar terhadap Islam saya doakan.Amin.


Occupied Maksudnya Asyik.

Kadang-kadang,saya merasakan kita terlampau mudah dimainkan emosi oleh musuh-musuh Islam.

Tidak percaya?

Cuba hari esok,keluar Isu Kartunis Hina Islam,saya yakin orang yang selama ini tidak ambil endah tentang Islam sekalipun akan bangun memberontak.

Tapi sampai bila hangatnya?Seminggu?

Apakah itu sudah cukup?

Selepas itu apa?

Saya berpendapat,bukan itu caranya mempertahankan Islam.

Cara sebenar adalah kita menyebarkan kefahaman dan ajaran Rasulullah SAW ini bersungguh-sungguh.Kita kena counter-attack kembali Serangan Provokasi Memburukkan Islam ini.Kita tidak boleh selamanya bersifat defensif dalam Isu seperti ini.

Entah.Banyak perkara yang hendak diungkapkan.Tapi sukar dijelaskan melalui penulisan.Kerana tangan sudah penat.

Pernah atau tidak anda terfikir,entah-entah Isu yang bermain dalam Media ini adalah satu taktik mengalihkan perhatian kita dari Isu yang sebenar berlaku di Palestin,Middle East sana?

Mari saya beri contoh,

Ketika melihat suatu kebangkitan dalam golongan kita,Musuh-Musuh ini berkata,"Alamak,mereka sudah hendak bangun".

Jadi mereka keluarkan kenyataan yang menghina Islam,dengan kata-kata,"Takpe,mereka pasti lupa Isu Palestin lepas kita buat Isu baru.Kenapa?Sebab mereka mudah dipermain dengan emosi".

Itu hanya fikiran saya.

Tapi pernahkah anda terfikir perkara ini?

Entah-entah ketika kita asyik terleka dengan memberontak Isu seperti filem Jim Carrey tadi,ketika itulah serangan semakin giat dilaksanakan.

Saya ingin bertanya kepada anda,jika kita sedar siapa musuh kita,kenapa kita tidak mengambil langkah menambah kekuatan pada diri kita?

Adalah menjadi ironi apabila kita semakin hari semakin bergantung kepada mereka.

Entah.

Sama juga dengan kes Politik.Kita terlalu mudah diapi-apikan.Kita lupakah kita ini satu Umat?

Ada ayat Al-Quran menyentuh isu 'kita ini satu umat'.Saya lupa ayat apa.Tapi,cuba kita buka mata kita,siapa yang sedang menang sebenarnya?

Entahlah.

Terakhir sekali,saya sekadar mahu mengulang Isi Penting penulisan ini.

Janganlah kita hanya bertindak mempertahankan Islam pada masa-masa tertentu sahaja.

Islam itu perlu dipertahan dan disebar keindahan Ajarannya kepada semua umat manusia pada setiap masa.

Saya tertarik satu quote oleh seorang manusia yang saya baca tidak lama dahulu,"Islam itu Agama yang Berbilion Umatnya,tapi ianya masih asing dalam kalangan Penduduk Dunia.Kenapa?"

Jawapannya senang sahaja : "Kita tidak mengamalkan Islam yang sebenar".

Mempertahankan Islam adalah dengan Ilmu.

Cara membuktikan kita cinta kepada Islam adalah dengan mengamalkannya.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,berikanlah kami petunjuk dan hidayah-Mu.Berikanlah umat ini kekuatan untuk bangkit kembali.Amin.

Berjuanglah.Jangan Sesekali Engkau Menghentikan Langkah Mencari Redha Ilahi Selagi Nyawa Dikandung Badan.

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [4:95-96]

Mungkin penulisan ini caca-marba.Tapi saya harap anda dapat tangkap apa yang ingin saya sampaikan.Kongsikanlah penulisan ini dengan Saudara/Kawan/Sahabat anda yang lain.Semoga beroleh keredhaan Allah SWT.

Maafkan jika ada terkasar bahasa.

Betulkan jika ada salah silap.

Saya tidak berniat berlagak hero ketika menulis penulisan ini.Sebaliknya,saya berpendapat ianya adalah satu keperluan untuk saya menulis penulisan ini.Semoga Allah SWT meredhai usaha ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


P/S : Berehat itu hanya di Syurga kelak.Hidup ini satu perjuangan.Perjuangan mencari redha Ilahi.Bangkitlah wahai Umat Islam!

P/P/S : Memang benar Hadis yang menyatakan "Umat Akhir Zaman ini ada penyakit wahan - terlalu cintakan dunia dan takutkan mati".Kenapa?Senang sahaja.Kita sebenarnya tidak perlukan pun filem-filem lawak bodoh seperti itu.Tidak perlu boikot pun sebenarnya.Takyah tengok sudah.Tapi kenapa kita still tengok?Penyakit wahan?Renung-renungkan.

P/P/P/S : Mohonlah kekuatan dari Allah SWT,Tuhan yang Maha Pencipta.Yang Menciptakan kita semua.Yang Memiliki Langit dan Bumi.



1 comment:

  1. Muallaf adalah org yg baru berjinak-jinak dgn Islam atau org yg baru masuk Islam. Usia dlm Islam bukan kayu pengukur tapi tahap ilmu dan kemantopan iman & amal. Bangkitlah wahai umat Islam. Jgn kekal dlm mod muallaf.

    ReplyDelete