25.9.11

Siri Bangkitlah Wahai Umat Islam (2) : Fahami Situasi Semasa.Analisisnya Berpandukan Al-Quran Dan As-Sunnah.Dan Lakukanlah Apa-Apa Perubahan Yang Termampu Oleh Kita.

Peringatan I : Ada beberapa Penulisan yang ditulis di Pena Maya memerlukan anda membuat kajian susulan selepas membacanya.Ini kerana memang salah satu matlamat kewujudan Pena Maya adalah untuk melahirkan Golongan Pembaca yang berfikir dan mengkaji.

Peringatan II : Dunia kita amat pelik pada hari ini.Jika orang tulis perkara yang melekakan,mungkar,mencaci orang - pasti majoriti suka.Malah,mungkin diangkat sebagai Hero.Tapi,bila ada Pihak cuba menyatakan kebenaran,menghalang kemungkaran - terus majoriti naik hangin.

Peringatan III : Penulisan ini ditulis oleh Penulis sebagai seorang hamba Allah SWT.Bukan sebagai Ahli Parti Politik A atau B.Bacalah ia dalam konteks yang lebih luas.

Peringatan IV : Nasihat saya secara peribadi,jangan baca komen di Blog Politik.Rosak otak.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam
dan hari ini
beberapa berita dilapor
sesuatu yang boleh digelar sebagai pembuka mata

atau yang digelar orang putih sebagai
an eye opener
dan mesej sebenar isu ini
adalah suatu no-brainer langsung bagi sesiapa yang teliti

apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
dengan siapa kita perlu bekerjasama?
dari siapa pula patut kita jaraki?
itu soalan yang perlu ditanya
dan dijawab oleh diri kita sendiri

hakikatnya
kita ini satu team
kita semua bersaudara
dan kita semua berpegang dengan jalan ini

selagi mereka mengucap kalimah ini
selagi itulah mereka saudara kita
selagi itulah mereka patut kita nasihati
dan bersatu bersama

wahai saudara-saudaraku
wahai diri yang sedang menulis
takutilah Allah SWT
Tuhan yang Maha Berkuasa
Tuhan yang Menciptakan Sekalian Alam
hanya Dia yang patut Disembah
hanya kepada-Nya kita memohon
bukannya kita takutkan manusia
bukannya kita takut hilang kuasa etc

dan ya
memaki hamun itu bukan cara kita
memaki hamun orang lain
bukan cara orang islam menunjukkan kecintaannya kepada Islam
carilah ilmu
bacalah sirah hidup Rasulullah SAW
kisah hidup manusia yang paling cemerlang

insya-Allah
semoga kita semua beroleh hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]

On the authority of Thawbaan , the Prophet (SAW) said:

“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.”

Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?”

He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.”

Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.” [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]

Terjemahan Hadis Di Atas Dalam Bahasa Melayu

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban RA,bahawa Rasullullah SAW bersabda,dengan mafhumnya:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka Para Sahabat RA pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW :

“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah SAW :

“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah SAW bersabda:

“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”.

Anda boleh baca Penulisan-Penulisan di bawah ini untuk maklumat lanjut :

Berjuta Tapi : Permulaan.

Berjuta Tapi (2) : Islamkah Kita?Atau Hanya Islam Pada Nama? (Satu Lagi Penulisan Yang Perlu Dibaca Oleh Setiap Orang Islam Yang Tahu Membaca Dalam Bahasa Melayu).

Berjuta Tapi (3) : Biar Berjuta Ceramah,Buku Dan Majlis Ilmu Kita Dengar,Baca Atau Hadiri,Ianya Tidak Berguna Selagi Kita Tidak Mengambil Pengajaran Daripadanya Dan Memulakan Langkah Untuk Berubah.


Bukalah mata anda.

Tapi,jangan sekadar buka.Sebaliknya,bergeraklah sekali.Mulakan langkah.

Kuatkan usaha mencari Ilmu.Kuatkan juga usaha menyebarkan Islam yang sebenar kepada semua umat Manusia.

Sentiasalah bertaubat.Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Adalah tidak munasabah ketika rakyat di sebelah sana sengsara,kita di sini khayal dalam dunia lulu-lala.

Itu sahaja untuk kali ini.

Link Cadangan Bacaan Tambahan Untuk Dikaji Dan Difahami Situasinya :

1) Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud.

2) Berani Kerana Benar - Kisah Ibn Taimiyyah Dan Raja Qazan.

3) Islamic Renaissance Real Task Ahead.

4) Link ini,Link ini, dan Link ini.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment