17.9.11

Tiga Peringatan Untuk Dijadikan Tauladan Kita Bersama-Sama : Pornografi/Saksi Akhirat/Pintu Taubat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini saya tidak mahu (atau lebih tepat tidak mampu) menulis panjang.

Sekadar mahu berkongsikan beberapa perkara secara ringkas di sini.

Ini kerana,kadangkala ada masanya berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata.

*** *** ***

Perkara Pertama

Untuk Para Penagih Pornografi (sila ambil perhatian istilah Penagih yang digunakan oleh saya instead of Penggemar),sila tonton video di bawah ini.Semoga dapat membantu anda menangani ketagihan bersalah ini.


Anda juga boleh membaca dua Penulisan di bawah ini untuk Motivasi Tambahan :

1) Adakah Benar Mengatasi Ketagihan Pornografi (Kelucahan) Itu Lebih Susah Daripada Mengatasi Ketagihan Dadah/Arak/Rokok?

2) Porn & Umat Islam (Ketagihan Tersembunyi Yang Membimbangkan).

*** *** ***

Perkara Kedua

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
[24:24-25]

Satu renungan untuk Para Pendosa semua (termasuk diri yang sedang menulis),jika terasa hendak berbuat dosa/perkara mungkar,ingatlah Ayat-Ayat Suci Al-Quran di atas ini.

Sedarlah.Setiap perbuatan kita yang dilakukan dengan anggota-anggota badan kita ini,akan dihisab di Akhirat kelak.Dan tangan-tangan kita ini semua akan menjadi saksi terhadap perbuatan kita ini semua.

Allah SWT Maha Melihat.

Bertaubatlah.Segeralah mencari keampunannya.

*** *** ***

Perkara Ketiga

Pintu Taubat itu terbuka luas untuk semua manusia.Jangan sesekali kita menghalang seseorang itu untuk bertaubat.Dan jangan sesekali kita menghina seseorang yang ingin bertaubat.Dan yang paling penting,janganlah menangguhkan lagi taubat kita.

Rasullullah (SAW) bersabda, “Setiap anak Adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat”. [HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas]

"Sebaik sahaja Allah S.W.T menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu". [H.R Bukhari dan Muslim]

*** *** ***

Dan perkara yang terakhir,dan yang paling penting (untuk kita jadikan renungan bersama),

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"
[39:53-59]

Bacalah ayat-ayat di atas ini dengan penuh penghayatan.Bukan baca 'for the sake of reading' sahaja.Sebaliknya,baca untuk memahami.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf dan betulkan kesalahan saya ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga Allah SWT Memberi kita semua petunjuk dan Hidayah-Nya.Amin.

P/P/S : Tajuk Penulisan penting untuk menarik perhatian orang membaca.Hakikatnya,ramai orang yang terjebak dalam ketagihan bersalah ini.Tapi malu untuk mendapatkan bantuan.Akibatnya,mereka tetap berada dalam masalah yang sama saban hari.Bantulah mereka.Janganlah gelakkan orang yang ingin berubah.



No comments:

Post a Comment