28.9.11

ZOG I : Mari Menjadi Si Ganjil.Mari Menjadi Si Pengembara.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apakah ZOG?

Zaman Orang Ganjil - merupakan jawapan bagi persoalan di atas.

Apakah Orang Ganjil?

Hadis di bawah ini insya-Allah dapat menerangkannya kepada anda,

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]

Hari ini,yang haram terlalu banyak dan mudah didapati.

Anda hendak Gadis untuk dicintai sebelum berkahwin?Ramai.Search sahaja di Facebook.Pandai mengayat,silap-silap anda boleh dapat 5 orang sekaligus teman berborak.Dan mungkin teman dating.

Anda hendak mencari teman berpesta?Ramai.Amat ramai.Tidak perlukan Facebook.Sekadar lihat di sekeliling anda,anda akan menjumpai ramai teman dengan kriteria sebegini.

And so on.Anda sendiri tahu apa yang saya maksudkan ini (melalui pengalaman anda sendiri).

Dan sebaliknya,yang halal walaupun nampak 'mudah' untuk diperoleh,hakikatnya amatlah sukar untuk melakukannya.

Kenapa?Kita sendiri yang menyukarkannya.

Situasinya begini.

Anda hendak cari Gadis yang tidak tergila-gilakan bergambar dan mengupload gambarnya di Facebook untuk dijadikan tatapan ramai?Amat sukar.Amat.Tapi sebenarnya mereka ada.Kalau anda hendakkan mereka,anda perlu mengubah diri anda dahulu menjadi seperti apa yang anda harapkan ada pada diri Si Gadis itu nanti.Cuma ianya sukar.Kenapa?

Anda hendak pergi mencari teman untuk ke Masjid untuk benar-benar beribadah kepada Allah SWT?Anda hendak mencari teman yang selalu mengingatkan anda apa yang haram,apa yang halal?Anda hendak mencari teman untuk dijadikan teman diskusi tentang sesuatu yang serius?Jawapannya - sukar.Amat sukar.Ada.Tetapi sukar.

Kenapa?

Ini kerana ini Zaman Orang Ganjil.

Akhir Zaman.

Renung kembali Hadis di atas.

Dan renung juga Terjemahan Ayat Suci Al-Quran di bawah ini,

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [2:155]

Tapi,ada berita baik untuk orang yang Ganjil dan Sabar semasa hidup mereka di dunia ini.

Berita baik itu adalah mereka bakal memperolehi ganjaran dan balasan baik dari Allah SWT serta keredhaan-Nya di Akhirat kelak.

Dan kejayaan itu adalah bersifat abadi.Selama-lamanya.Sementara 'kebahagiaan' dunia ini hanya bersifat sementara.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [3:14]

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[3:133-136]

Kalau anda rasa Dunia ini sudah menarik,bagaimana pula dengan Nikmat Akhirat?

Tapi,untuk mendapat Nikmat Akhirat,bukan semudah itu.

Anda perlu 'bersabar' dan mematuhi segala perintah dan suruhan Allah SWT,dan meninggalkan larangan-Nya.

Fikir-fikirkan.

Saya tertarik untuk berkongsikan sebuah phrase yang saya jumpa dari Twitter Page seorang Sahabat saya,

Let us be that stranger,that traveler.Beneficial yet unnoticeable,inshaAllaah. [Link]

Tentang stranger,anda sudah mengetahui Hadis di atas.

Tentang traveler di dunia ini,ada Hadis yang menyentuh tentang perkataan ini.Tapi,saya tidak terlalu rajin untuk menggoogle-nya kali ini.

Tapi,saya rasa anda faham apa saya cuba sampaikan.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Akan bersambung.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sambungan bagi Penulisan ini terus ditulis oleh saya pada ketika ini.Saya sengaja tidak sambung Penulisan ini terus.Kenapa?Supaya senang bagi orang yang tidak suka membaca untuk menelan maklumat yang cuba disampaikan oleh saya.

P/P/S : Boleh baca Siri Bangkitlah Wahai Umat Islam di sini juga.Siri itu bukan Siri Bersiri.Sebaliknya konsepnya adalah sama seperti Siri Pelaburan Akhirat.

P/P/P/S : Doakan saya.Amin.



2 comments:

  1. sambungan penulisan ini akan diterbit dalam masa 12 jam lagi mungkin.
    saya terpublish terus tadi.maaf.

    ReplyDelete
  2. penulisan ke dua akan dipublish tepat pukul 12 malam ,29/9/2011 malaysia.

    ReplyDelete