29.9.11

ZOG II : Jika Tidak Anda,Siapa Lagi?Jangan Terpedaya Dengan Helah Syaitan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kita semua Anak Adam (manusia) melakukan dosa.

Hendak-hendak pula berada pada Akhir Zaman ini,di mana terlalu banyak fitnah di sekeliling kita yang sedang berlaku - melakukan dosa itu satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Tidak kira anda siapa,pasti ada masa anda tergelincir melakukan dosa.

Tapi,apakah reaksi anda terhadap perbuatan anda selepas itulah yang membezakan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain.

Rasullullah SAW bersabda,

“Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat”. [HR.Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]

Ingatlah,Allah SWT itu Maha Pengampun,lagi Maha Penyayang.Dan Dia Maha Mengetahui setiap yang berada dalam dada-dada kita.

Ada baiknya untuk anda membaca dua Penulisan di link ini dan ini untuk memahami sedikit sebanyak tentang hal ini.Semoga kita semua dapat sama-sama menginsafinya dan mengambil Pengajaran daripadanya.

*** *** ***

Menjadi orang yang Ganjil,atau dalam kata lain orang yang 'sedar' pada hari ini - anda mempunyai tanggungjawab yang amat besar.

Apakah maksud orang yang 'sedar'?

Senang sahaja.

Tatkala orang lain hanyut lemas dalam perkara-perkara yang batil lagi mungkar,anda walaupun kadangkala turut 'terhanyut',tapi anda 'sedar' akan kebatilan perkara itu.

Persoalannya,apakah cukup untuk anda sekadar 'sedar'?

Apakah tindakan anda?

*** *** ***

Sebenarnya,tanggungjawab bagi kita yang 'sedar' ini terlalu banyak.

Amat-amat banyak.

Dan amat-amat besar.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Renunglah terjemahan ayat Al-Quran di atas.

"Wahai Orang-Orang yang Beriman (ya,ayat di atas ditujukan kepada kita),peliharalah (selamatkanlah) diri kamu dan ahli keluarga kamu dari Api Neraka..."

Ya.

Itulah yang patut menjadi Misi dan Inspirasi kita di dunia ini.

Mungkin ada kalanya anda melakukan dosa,sebagai contoh anda terbuat perkara yang 'mungkar',dan satu hari anda terlihat perkara mungkar yang sama dilakukan orang lain.

Anda hendak menasihati perkara itu,tapi tiba-tiba timbul dalam fikiran anda - "Eh,aku pun macam tu jugak dulu.Aku ni bukan baik sangat nak tegur orang.Biarlah diorang".

Maaf.Di situ anda telah melakukan kesilapan yang agak besar.

Itu sebenarnya hanya trick Syaitan.

Apakah jika dahulunya anda seorang Penzina,dan kini anda sudah bertaubat - anda tidak boleh menegur Anak-Anak Muda lain yang menghampiri jurang zina?

Anda salah dengan pemikiran sedemikian.

Sedarilah,Syaitan itu menyesatkan Anak Adam dengan pelbagai cara.Agak kreatif di situ.Kita sebagai manusia tidak boleh dengan mudah tertipu dengan trick mereka.

Ketahuilah,Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Para Sahabat sendiri,ada yang semasa berada pada Zaman Jahiliah melakukan dosa yang besar (mungkin lebih teruk daripada kita).Tapi,apakah itu menghalang mereka untuk berdakwah selepas mereka memeluk Islam?

Sama juga dengan kita.Jangan tertipu dengan Hasutan Syaitan.

Ini kerana,jika tidak kita,siapa lagi?

Yang penting,kita mestilah sentiasa berusaha bertaubat memohon keampunan-Nya.

Jangan sesekali berputus asa melakukan kebaikan.Boleh tonton video di bawah untuk kefahaman lanjut.


*** *** ***

Dalam sesebuah komuniti juga begitu.

Tidak semestinya seorang Tok Imam atau Ketua Agama dalam komuniti anda kebal dari melakukan kesilapan.

Akan ada masanya nanti,mereka tersilap.

Dan,mungkin pada masa itu orang lain tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan mereka (Tok Imam) itu.

Yang sedar,hanyalah anda seorang.

Apakah anda mahu berdiam diri?Menyembunyikan kebenaran?Membiarkan Tok Imam terus melakukan kesilapan?Atau anda hendak mengambil risiko dengan menegur mereka?

Tapi,yang penting,teguran itu mestilah berhikmah.Mungkin anda boleh mengatakan kepada mereka,"Cik,saya ni tegur bukan sebab apa.Saya tegur sebab kita ni Umat Islam.Saya tegur sebab kita bersaudara.Saya takut balasan Allah SWT menimpa kita bla bla bla".

Yang penting,teguran dilakukan ikhlas kerana Allah SWT.

Bukan hendak menjatuhkan mereka.

Jika kesalahan itu dilakukan oleh orang yang ramai,mungkin anda boleh menegurnya melalui Internet.Bukankah ini zaman Internet.Dan kebanyakan orang pada hari ini menghabiskan masa mereka di Internet?Kenapa tidak gunakannya untuk medium kebenaran?

Berani kerana benar.Itu yang patut kita pegang dalam kehidupan.


Tidak semestinya anda seorang Saudara Baru,anda tidak boleh menegur seorang Islam yang sudah lama memeluk Islam.

Hakikatnya,kadangkala seorang Saudara Baru itu lebih memahami Islam berbanding orang yang lebih lama memeluk Islam.

Orang Cina yang baru memeluk Islam - mungkin lebih tinggi penghayatannya terhadap Islam berbanding orang Melayu yang sejak kecil memeluk Islam.

Saya cadangkan anda membaca Penulisan ini untuk pemahaman lanjut.Penulisan oleh seorang Sahabat saya.

*** *** ***

Hakikatnya,hidup di dunia ini,tidak kira kita siapa,kita perlu sentiasa dinasihati.

Jangan terlalu bongkak.

Jangan terlalu angkuh.

Jika kita bongkak untuk dinasihati,tanya diri kita,"Adakah kita masih jujur?Atau kita sudah agak lost dalam perjuangan?".

Astaghfirullahalazim.


Bertaubatlah kita semua.

Hakikatnya menjadi orang yang Ganjil itu amatlah sukar.

Tapi,kita semua wajib dan perlu berusaha untuk menjadikan diri kita termasuk dalam Golongan yang Ganjil itu di Akhir Zaman ini.Kerana hanya orang yang Ganjil akan berjaya.

Ingatlah,

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

*** *** ***

Yang terakhirnya,elok diingatkan kembali kepada kita kisah lelaki yang pernah membunuh 100 orang manusia,kemudian bertaubat.

[Muslim :: Book 37 : Hadith 6662]

Abu Sa'id al-Khudri reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There was a person before you who had killed ninety-nine persons and then made an inquiry about the learned persons of the world (who could show him the way to salvation). He was directed to a monk. He came to him and told him that he had killed ninety-nine persons and asked him whether there was any scope for his repentance to be accepted. He said: No. He killed him also and thus completed one hundred. He then asked about the learned persons of the earth and he was directed to a scholar, and he told him that he had killed one hundred persons and asked him whether there was any scope for his repentance to be accepted. He said: Yes; what stands between you and the repentance? You better go to such and such land; there are people devoted to prayer and worship and you also worship along with them and do not come to the land of yours since it was an evil land (for you). So he went away and he had hardly covered half the distance when death came to him and there was a dispute between the angels of mercy and the angels of punishment. The angels of mercy said: This man has come as a penitant and remorseful to Allah and the angels of punishment said: He has done no good at all. Then there came another angel in the form of a human being in order to decide between them. He said: You measure the land to which he has drawn near. They measured it and found him nearer to the land where he intended to go (the land of piety), and so the angels of mercy took possession of it. Qatada said that Hasan told him that it was said to them that as death approached him, he crawled upon his chest (and managed) to slip in the land of mercy.

Jika lelaki yang pernah membunuh 100 orang manusia ini diterima taubatnya oleh Allah SWT,kenapa tidak kita merebut peluang ini juga?Boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya amat-amat mencadangkan untuk anda membaca link-link merah yang saya kongsikan dalam Penulisan ini.Banyak pengajaran yang boleh didapati daripadanya.

Ambil jernih,buang keruh.Maafkan saya jika terkasar bahasa.Betulkan jika ada kesilapan.

Sesungguhnya saya menulis untuk menasihati diri sendiri juga.Malah itulah tujuan utama penulisan ini.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Akan bersambung.

P/P/S : Ini link untuk ZOG Siri 1.

P/P/P/S : Sentiasalah basahi lidahmu dengan Zikir mengingati Allah SWT.



No comments:

Post a Comment