29.9.11

ZOG III : Jangan Sesekali Kita Memandang Mudah Akan Dosa-Dosa Yang Telah Kita Lakukan.Bertaubatlah Segera Memohon Keampunan-Nya.

Prenote : ZOG adalah singkatan bagi Zaman Orang Ganjil.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ini merupakan Penulisan ketiga dalam Siri ZOG.Anda boleh baca Penulisan terdahulu dalam Siri ini dengan melihat Arkib Penulisan Pena Maya di sebelah kanan blog ini atau boleh terus sahaja klik link ini.

Dan elok dimaklumkan,Penulisan ketiga ini agak panjang berbanding Penulisan sebelumnya.Kerana ini merupakan Penulisan yang paling penting dalam Siri ini.

*** *** ***

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata : Rasullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan". Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Daripada Hadis di atas,adalah perlu untuk kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk hidup ibarat seorang Pengembara di atas muka bumi ini.

Yang dalam kata lain bermaksud,hiduplah seperti mana seorang Pengembara yang sedang mengembara.Hidup ini laluan kita.Dunia ini tempat persinggahan kita.Akhirat itu destinasi terakhir kita.

Jika Akhirat itu telah diketahui oleh kita sebagai matlamat terakhir,melaburlah untuk kebahagiaan di sana kelak.Perlu diingat kita hanya ada sedikit sahaja masa dan Pelaburan Akhirat itu boleh dilakukan dalam pelbagai 'bentuk'.Yang penting,ianya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:7-8]

Renunglah ayat di atas.Fahami maksudnya.

Cukuplah Ayat-Ayat Allah SWT itu untuk menjadi peringatan buat orang beriman.

*** *** ***

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. [Link]

Di atas ini merupakan sebahagian dari maksud Doa Iftitah yang sering kita baca pada Rakaat Pertama Solat kita setiap hari.

Cuba renungkan maksudnya.

Saya sering berpendapat,kalaulah kita benar-benar hayati maksud bacaan dalam Solat kita (malah ketika kita mengaji Al-Quran juga),nescaya hati kita takutkan Allah SWT.

Jikalau satu hari nanti kita tergelincir sekalipun (mungkin kita tersilap langkah membuat dosa),ketika kita menunaikan Solat kembali,kita pasti insya-Allah (dengan izin Allah SWT) kembali kepada-Nya memohon keampunan-Nya.

Apakah yang hendak disampaikan di sini?

Hayatilah bacaan Al-Quran yang kita baca setiap hari itu.

Fahami maksud bacaan Solat yang kita lafazkan itu.Adalah menjadi kerugian jika kita setiap hari membaca Al-Quran,tapi kita masih gagal memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran itu.Sedarilah kita,Al-Quran itu panduan hidup dunia akhirat bagi seorang manusia.Jika kita amalkan betul-betul apa yang terkandung di dalamnya,nescaya kita akan memperoleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

*** *** ***

Saya tahu ramai di antara kita hendak berdakwah dengan menggunakan blog.Niat itu bagus.Alhamdulillah.Semoga lebih ramai orang ingin melakukan perkara yang sama seperti anda semua.

Tapi,saya ada sedikit nasihat ikhlas kepada kita semua yang menggunakan Internet sebagai medium dakwah.

Nasihat yang berbunyi : Janganlah kita menulis blog itu semata hanya kerana ingin banyak trafik yang masuk ke Blog kita.Janganlah tulis blog bernama Islam untuk mengaut keuntungan Dunia.Jangan.Apa akan jadi jika semua orang buat seperti kita?Apakah ikhlas tindakan kita itu nanti jika kita tulis blog 'Dakwah' untuk mendapat duit?Apa yang akan menjadi matlamat kita pada akhirnya nanti?

Fikir-fikirkanlah.Ini nasihat saya secara umum kepada semua Umat Islam.Syaitan ini memang banyak tricknya.Dan kita kena ingat,semua perkara yang kita lakukan dinilai berdasarkan niat kita.Dan tentang niat ini,kita tidak boleh menipu Allah SWT.Ini kerana,Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam dada dan hati kita.

Ini saya nasihat jujur dari hati.Sebab saya juga seorang Penulis di blog.Seperti anda yang lain.

Ingat,di sisi Allah SWT itu ada kebaikan yang amat besar,dibanding dengan apa yang kita lihat di dunia pada hari ini.

Astaghfirullahalazim.Janganlah dikoyakkan Akhirat semata-mata untuk mendapat secebis nikmat Dunia.

Banyak lagi cara lain untuk mendapat rezeki Dunia.Yang penting,usaha.Dan doa.Insya-Allah kita dapati sentiasa ada rezeki untuk kita.

*** *** ***

Sebentar tadi,saya dan seorang Sahabat berborak.

Sedang berlangsung Perbualan,tiba-tiba Beliau menyebut tentang perkara yang berbunyi lebih kurang sebegini,

Beliau : Kau tau tak,kita tak boleh cakap orang tu tak beriman,orang ni tak beriman.Kira kita tak boleh tuduh orang tu kafir etc etc.Sebab kau pernah dengar tak,ada orang tu dia masuk syurga walaupun mungkin orang tak sangka dia ni masuk syurga etc etc.

Saya : Betul-betul.Syurga ni Allah SWT yang tentukan.Kita sebagai hamba kena berusaha untuk mencari keredhaan-Nya semata.Dan Allah SWT tu Maha Adil.Allah SWT takkan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya.Kita je yang selalu zalimi diri sendiri.Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa dalam hati kita.

Beliau : Betul-betul.Sebenarnya,kita yang ada Ilmu ni kena lebih berusaha tingkatkan amal.Orang yang takde Ilmu,diorang buat dosa dalam keadaan diorang tak tau.Kita yang ada Ilmu kalau buat dosa jugak,teruk la.

Saya : Aah.Tapi tu bukan bermaksud kita tak perlu carik Ilmu.Ilmu perlu dicari.Tapi,maksudnya kat sini,kita jangan menipu diri sendiri.Sebab Allah SWT Maha Mengetahui.Orang lain mungkin tak tau,tapi Allah SWT Tahu.Contoh,kita tau benda tu haram,tapi kita buat gak.Maybe kita leh cakap kat orang kita tak tau,tapi sebenarnya kita tau.Kan?

Beliau : Betul-betul.Kesimpulan,jangan underestimate orang.Sentiasalah bersangka baik.Dan ingatlah,Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita fikirkan.Kita sembunyi camne pun,Allah still Tahu.

Pernah dengar Hadis tentang kisah seorang Wanita yang masuk Neraka kerana menzalimi kucingnya?

[Bukhari :: Book 3 :: Volume 40 :: Hadith 552]

Narrated Asma' bint Abi Bakr : The Prophet (SAW) prayed the eclipse prayer, and then said, "Hell was displayed so close that I said, 'O my Lord ! Am I going to be one of its inhabitants?"' Suddenly he saw a woman. I think he said, who was being scratched by a cat. He said, "What is wrong with her?" He was told, "She had imprisoned it (i.e. the cat) till it died of hunger."

Dan pernah dengar kisah seorang Pelacur yang mendapat keampunan Allah SWT hanya kerana memberi air kepada seekor Anjing?

[Muslim :: Book 26 : Hadith 5579]

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: There was a dog moving around a well whom thirst would have killed. Suddenly a prostitute from the prostitutes of Bani Isra'il happened to see it and she drew water in her shoe and made it drink, and she was pardoned because of this.

Lihatlah.Betapa Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Allah SWT itu Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam setiap hati kita.Bertaubatlah.Sentiasalah mohon keampunan daripada-Nya.Caranya?Mudah sahaja.Salah satu daripadanya adalah dengan beristighfar memohon keampunan-Nya.

Dan kita juga mesti renungkan kisah wanita yang masuk neraka kerana menzalimi kucingnya itu.Apakah pengajaran dari kisah ini?Seksaan Allah SWT itu sangat dahsyat jika seseorang itu melanggar perintah-Nya.Jangan sesekali kita memandang mudah akan dosa yang telah kita lakukan.Bertaubatlah segera.

Itulah sebabnya,di dunia ini,kita mesti berusaha memohon keampunan-Nya dan mengikuti segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Ingatlah,

"Sebaik sahaja Allah S.W.T menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu". [H.R Bukhari dan Muslim]

*** *** ***

Ini Zaman Orang Ganjil - di mana fitnah dan maksiat berleluasa.

Tapi,kita mesti sentiasa ingatkan diri,sesukar mana pun kelihatannya cubaan Akhir Zaman ini,apakah kita mahu hanyut sama?

Azab Api Neraka itu amat dahsyat.Astaghfirullahalazim.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar :

"Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya."

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

*** *** ***

Pintu Taubat itu sentiasa terbuka luas untuk hamba-hamba Allah SWT yang ingin bertaubat.Saya tertarik untuk berkongsikan Penulisan yang pernah saya tulis di Tumblr saya sedikit masa dahulu.

pintu taubat itu terbuka luas untuk semua manusia.tapi jalan perubahan itu banyak dugaannya.kerana dunia ini sememangnya satu ujian.

pelbagai halangan boleh muncul sepanjang jalan perubahan di depan kita.dan semua itu ada hikmahnya.Allah SWT Maha Mengetahui.

boleh jadi halangan itu dari keliling kita,rakan-rakan kita,atau mungkin diri kita sendiri?

ingat,akan ada sentiasa yang tidak berpuas hati dengan mereka yang cuba istiqamah.manusia - mereka boleh berkata apa sahaja.

tapi ketahuilah,Allah SWT bersama-sama orang yang sabar.dan hanya orang yang sabar mampu mencapai kejayaan ‘abadi’ itu.

…sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” [8:46]

*** *** ***

Renung-renungkan.

Itu sahaja untuk kali ini.

Jika ada terkasar bahasa,salah maklumat etc,saya minta anda maklumkan kepada saya dan maafkan saya di atas kesilapan diri ini.

Niat saya menulis Penulisan ini sekadar untuk menasihati dan mengingatkan diri sendiri.Kalau ada Pihak lain yang mendapat pengajaran,Alhamdulillah saya ucapkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika mahu kongsikan Penulisan-Penulisan saya di Pena Maya ini,saya minta kerjasama anda untuk menyertakan sekali link kepada Blog saya.Bukannya apa,ini supaya Penulisan saya yang lain-lain boleh dibaca oleh orang lain juga.Bukan saya hendak nama ke ape.Lagipun,kalau ada kesalahan dalam Penulisan saya (contohnya saya meletak Hadis Palsu etc),orang boleh maklumkan kepada saya.Saya boleh betulkan kesalahan.Kan?Harap difahami.Terima kasih.JZKK.

P/P/S : Akan bersambung.Insya-Allah.

P/P/P/S : Beruntung jika kita ada kawan yang sentiasa menasihatkan kita.Betul.Tidak tipu.Dapat seorang kawan macam ni pun dah cukup.



3 comments:

  1. Replies
    1. Boleh..tp sbnrnye lg bgus klu anda download trus ebook penuh ZOG di sini..free
      http://baikiminda.blogspot.com/p/koleksi.html

      Delete