29.9.11

ZOG IV : Fokuslah Kepada Matlamat Sebenar Anda.Mohonlah Agar Diberikan Kekuatan Oleh Allah SWT.Kerana Hakikatnya,Hidup Di Dunia Ini Sekejap Sahaja.

Prenote I : Anda adalah digalakkan untuk membaca Penulisan ZOG I,ZOG II,ZOG III sebelum membaca Penulisan ini.Ini bagi memudahkan Pemahaman anda.Terima kasih.

Prenote II : Sebarang salah silap,terkasar bahasa,minta anda maafkan saya.Dan tolong maklumkan kepada saya jika ada kesalahan dalam Penulisan ini (Hadis Mencurigakan/Salah Maklumat etc).Terima kasih didahulukan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pernahkah anda merasakan anda seorang yang pelik?Pernahkah anda merasakan anda amat berbeza dengan orang lain?Anda tidak menghadapi sebarang masalah,tetapi anda still dianggap pelik oleh majoriti masyarakat.

Pernahkah?

Jika pernah,dan anda masih merasakan diri anda pelik,jangan bimbang.Tiada apa yang hendak dibimbangkan dengan kepelikan anda.

Kerana hakikatnya dunia hari ini memang sudah terbalik.

Mari saya berikan beberapa contoh keterbalikan dunia pada hari ini untuk kita fikirkan bersama.

Dalam Konteks Sukan

Hampir 90% orang Majoriti Remaja hari ini mengaku mereka minat bola.Lepak di Mamak bersama-sama.Bila ada orang tidak minat tengok bola,mereka ini dianggap amat-amat pelik.Walhal yang menonton bola itu,bukan semua minat bola.Tapi mereka tengok bola semata-mata hendak blend-in.Kononnya.

Dalam Konteks Muzik

Lihat sahaja di Radio kita.Lagu apa yang dimainkan.Video Muziknya pula mengeksploitasi tubuh badan wanita.Orang mendengar Muzik semata untuk bajet cool.Walhal,yang didengar hanya lagu pura-pura cool.Orang yang benar-benar minat dengar Muzik,tapi tidak dress-up melampau,dianggap tidak cool.Entah.

Dalam Konteks Bakat

Seorang yang benar-benar berbakat dalam suatu bidang tidak akan boleh sell-out (laris) jika tidak sanggup berkompromi dalam beberapa perkara.Tapi,orang yang langsung tidak berbakat,tapi sanggup berkompromi dan menjual tubuh (contohnya),akan mampu menjadi sell-out paling besar dalam suatu industri misalnya.

Dalam Konteks Fizikal

Semua benda nak diupload di Facebook.Seolah-olah dunia hari ini,kita hidup hanya untuk papar kepada masyarakat awam.Mana perginya privacy?Dalam Facebook semua perkara seolah-olah kena perfect,padahal hakikatnya yang kelihatan perfect di Facebook itu di luarnya sangat-sangatlah... (memboringkan?)

Dalam Konteks Urusan Kemanusiaan/Kepimpinan

Dilantik Pemimpin bukan berdasarkan kebolehan.Tetapi berdasarkan Populariti dan kebolehan buat lawak Jaguh Kampung yang lucah.Kalau ada Pihak yang bercakap suatu yang benar,tapi tidak Popular pada pendapat Majoriti,Pihak yang benar akan dipulau dan dipinggir sepinggir-pinggirnya.

Dalam Konteks Kenduri Kahwin

Perkara pertama yang difikirkan dalam kepala adalah : Glemer ke tak glemer kenduri nanti.Duit biar papa.Tapi janji glemer.Walhal,baiklah duit itu digunakan untuk membeli barang Perabot untuk memulakan hidup nanti.Dan baiklah duit tu bagi makan kat orang susah etc.

Dalam Konteks Penggunaan Intenet

Bila seseorang itu 24 Jam guna Twitter untuk berhubung dengan rakan sesama sendiri buat lawak sia-sia tidak henti-henti,tiada siapa pun yang membuka mulut tidak berpuas hati.Tapi,bila seseorang itu guna Internet untuk membaca,dan post something yang bermanfaat,walaupun post itu sekadar dua tiga jam sekali,dan sudah tentu tidak mengganggu orang lain,pasti ada mulut yang tidak berpuas hati terbuka sambil berkata."Eh eh kau ni duduk depan laptop je ke?".

Dalam Konteks Kelas

Orang ponteng kelas dianggap cool.Orang pergi kelas dianggap skema.Walhal,hakikatnya berintegriti itu tidak menjadikan anda seorang nerd.Tidak berintegriti tidak menjadikan anda seorang cool.Cool itu tidak boleh dicipta dan dibuat-buat.Cool itu datang sendiri.

Dan banyak lagi perkara lain.Tapi,yang jelas,ada satu trait yang sama berlaku dalam semua konteks di atas.

Trait yang berbunyi : Majoriti Masyarakat Dunia hari ini dilanda sindrom "Hidup mesti mengikuti trend semasa,walaupun kita tak faham kenapa majoriti buat macam tu.Hidup mesti ikut persepsi orang ramai.Kalau orang ramai cakap salah,even kita sengsara,kita kena ikut apa majoriti cakap".

What a life.

*** *** ***

Pembuka bicara itu ditulis bagi memberikan anda sedikit gambaran akan hidup kita pada hari ini.Agar anda tidak merasa kecewa dengan kepelikan anda yang tidak sama seperti majoriti masyarakat dunia pada hari ini.Ingat,Majoriti tidak semestinya betul.Tambahan pula pada zaman ini.

Itu dari konteks duniawi.

Dari konteks yang lebih luas seperti Islamik,pun begitu.

Jangan risau.Perkara ini sudah dikhabarkan awal-awal lagi oleh Rasulullah SAW kepada kita semua dalam suatu Hadis yang bermaksud,

Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]

Sekarang ini maksiat,kebatilan berlaku dengan amat berleluasa.Perbuatan meninggalkan sembahyang dianggap ringan ibarat perbuatan seseorang yang meninggalkan sarapan pagi (sekadar suatu perbandingan).Sangat casual kelihatannya.

Padahal perkara pertama yang akan dihisab di Akhirat kelak adalah soal Solat.

[Dawud :: Book 3 : Hadith 863]

Narrated AbuHurayrah :

Anas ibn Hakim ad-Dabbi said that he feared Ziyad or Ibn Ziyad; so he came to Medina and met AbuHurayrah. He attributed his lineage to me and I became a member of his lineage.

AbuHurayrah said (to me) : O youth, should I not narrate a tradition to you? I said: Why not, may Allah have mercy on you?

(Yunus (a narrator) said: I think he narrated it (the tradition) from the Prophet (peace_be_upon_him):) The first thing about which the people will be called to account out of their actions on the Day of Judgment is prayer. Our Lord, the Exalted, will say to the angels - though He knows better: Look into the prayer of My servant and see whether he has offered it perfectly or imperfectly. If it is perfect, that will be recorded perfect.

If it is defective, He will say: See there are some optional prayers offered by My servant. If there are optional prayer to his credit, He will say: Compensate the obligatory prayer by the optional prayer for My servant. Then all the actions will be considered similarly.

Sama juga dalam perkara lain.Perempuan yang menutup Aurat akan dipandang pelik,mungkin oleh Rakan-Rakannya yang beragama Islam sendiri.

Orang yang cuba menghidup Sunnah Nabi Muhammad SAW - juga dianggap pelik.

Pendek kata,hari ini seseorang yang cuba mengamal Islam secara praktikal (bukan teori semata),akan dianggap pelik.

Ketahuilah wahai orang-orang yang Pelik dan Ganjil ini semua,sesungguhnya kamu semua beruntung kerana kepelikan kamu.Tidak percaya?

Renungi Hadis di atas kembali.

*** *** ***

Perlu diingat,dalam hidup ini,tidak semestinya jika anda seorang yang kelihatan Alim semasa hidup akan memperoleh pengakhiran yang baik juga di akhir nanti.

Dan tidak semestinya jika anda seorang yang kelihatan jahat semasa mudanya,akan mati dalam keadaan jahat juga di akhirnya.Tidak.Berapa ramai kita dapat lihat orang yang dahulunya 'jahat',kini sudah berubah?Dan berapa ramai kita lihat orang yang dahulunya bersekolah agama,tapi kini lebih lincah dari 'budak nakal' yang sama umur dengannya?

Allah SWT Maha Penerima Taubat.Dia tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya.Kita sahaja yang sering menzalimi diri kita sendiri.Dan Allah SWT Maha Mengetahui setiap perkara yang berada dalam dada-dada kita.

Itulah sebabnya,kita kena sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan pengakhiran yang baik (husnul khotimah adalah istilah bagi perkara ini dalam bahasa Arab jika tidak silap saya) di akhir hayat kita.Agar dimatikan kita ini dalam keadaan beriman.

Astaghfirullahalazim.

Itulah sebabnya kita tidak boleh pandang rendah pada orang yang dahulunya jahat,tapi kini ingin berubah.Orang seperti ini,kita perlu bantu dan beri semangat kepada mereka.Orang seperti ini perlu sentiasa dinasihati dan diberi Ilmu.Perlu diberi motivasi agar mereka betul-betul kuat untuk menjalani perubahan.

Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata seperti ini kepada orang yang ingin berubah,"Ala weh bajet-bajet je kau nak Solat Jemaah.Kau tu dulu Solat pun tak".

Jangan.Jangan sesekali kita menghalang orang daripada Jalan Allah SWT.Jangan sesekali kita membuatkan seseorang itu berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Jangan.

Renungi Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini (jika anda sudah tahu sekalipun,saya amat-amat galakkan anda baca dan hayatinya kembali),

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" [39:53-59]

Saya sedih apabila melihat komen-komen pada beberapa buah video yang menunjukkan seorang Artis Tempatan yang ingin berubah.Ada beberapa buah komen di situ sangat-sangat boleh melemahkan semangat Artis terbabit jika dibacanya.

Ada juga yang menulis komen sebegini,"Kau Bahasa Arab pun tak pandai.Ada hati nak dakwah".

Astaghfirullahalazim.Apakah ini?Kepada Para Penulis Komen seperti di atas ini,saya nasihatkan carilah Ilmu.Jangan disebabkan komen yang ditulis,anda kelihatan kurang bijak gayanya.Allah SWT sendiri membuka Pintu Taubat yang amat luas kepada hamba-hamba-Nya.Kenapa kita pula hendak larang orang dari kembali kepada jalan Allah SWT?

Bertaubatlah.

Saya tertarik ada suatu ayat yang saya baca di Tumblr beberapa bulan yang lepas.Ayat yang berbunyi,

Jangan terlalu sibuk dengan 'Perihal Akhirat' orang lain.Tapi sibuklah dengan 'Perihal Akhirat' diri sendiri.Tanya diri kita,apa yang kita sudah buat?Mereka yang kita sibukkan itu,entah-entah mereka sudah bertaubat.Dan entah-entah Allah SWT sudah Terima taubat mereka.Kita ini?Adakah kita sudah bertaubat?Sucikanlah hati kita.

Lebih kurang begitulah quote yang saya baca.Tapi itu bukan bermaksud kita tidak perlu menasihati orang lain.Tidak.Kita perlu menasihati orang lain.Tapi menasihati dan mengutuk adalah dua perkara yang amat-amat berbeza.Sila rujuk Kamus Dewan anda untuk memahami perkara ini.

*** *** ***

"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [65:2-3]
[Artikel Menarik Untuk Dibaca]

Hidup ini satu perjuangan.

Dan hidup ini satu Ujian.Ujian membuat pilihan.Pilihan yang bakal membawa kita kepada keredhaan Allah SWT,atau mendapat kemurkaan-Nya.

Jadi,kepada anda yang Ganjil kerana keIslaman anda (seperti dalam Hadis di atas),bersabarlah.Jika anda disakiti,berdoalah kepada Allah SWT.

Nescaya Dia akan Mengadakan jalan keluar bagi anda.

Dan ingatlah,orang-orang yang beriman itu tidak akan dilanda kesedihan.Mungkin orang melihat mereka tiada harta,tapi ketahuilah,hati mereka sentiasa tenang.Tenang kerana mengingati Allah SWT.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. [10:62-63]

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [46:13]

*** *** ***

Saya teringat kata-kata Ayah saya semasa saya pulang ke Tanah Air baru-baru ini,

Tembakan Ayah yang paling tepat sepanjang Ayah hidup adalah ketika Ayah fokus pada sasaran tembakan itu.Tidak fikir benda lain.Just shoot.

Begitulah cerita Ayah saya menerangkan kisah semasa Beliau pergi menembak.

Ada pengajaran yang agak besar yang boleh diaplikasikan kita semua dalam kehidupan kita dari kata-kata ringkas Ayah saya ini.

Apakah ia?

Senang sahaja.

Fokus.Itu kata kunci penting.Fokuslah pada sasaran kita.Jangan terlalu occupied dengan perkara yang tidak penting di sekeliling kita.Jangan pedulikan sangat kata-kata orang lain yang menghunus hati.Jangan pedulikan sangat kritikan yang tidak membina oleh orang-orang yang tidak berapa sihat hatinya.

Dalam Konteks Ibadat,ikhlaskanlah hati kita semata-mata kerana Allah SWT untuk mencari keredhaan-Nya dalam merubah diri.Carilah Ilmu agar diberi kefahaman yang lebih luas tentang suatu perkara dalam Islam.

Dan sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan sifat Istiqamah.Insya-Allah,kita boleh.

*** *** ***

Apakah matlamat kita yang sebenar?Tanyakan pada diri sendiri.

Semua orang mahukan Syurga.Tapi,apakah tindakan kita?

Semua orang mahukan keredhaan Allah SWT.Tapi,apakah tindakan kita?

Apakah dengan cara hidup kita pada hari ini,kita mampu memperoleh keredhaan Allah SWT?

Fikir-fikirkan.

Penulisan ini ditulis sebagai Motivasi kepada Orang-Orang Ganjil di seluruh dunia (jika anda pandai membaca dalam Bahasa Melayu) dan sebagai peringatan kepada diri saya terutamanya.

Semoga kita semua kuat dalam mengharungi cabaran,ujian dan fitnah yang kuat melanda pada hari ini.

Ingatlah,

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” (mengingati Allah SWT) itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya.

P/P/S : Saya galakkan anda untuk mengambil masa membaca link-link merah yang saya kongsikan dalam Penulisan ini.

P/P/P/S : Sentiasalah beristighfar.Istighfar yang luhur adalah ubat kepada pelbagai masalah,jawapan kepada pelbagai harapan dan keajaiban yang tidak disangkakan.Lihat Surah Nuh : 10-12 [Link].

P/P/P/P/S : Sentiasalah bersangka baik.Bersihkan hati kita.



No comments:

Post a Comment