9.10.11

Benar.Ianya Berat.Tapi Ini Bukan Waktu Untuk Berputus Asa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sedang membuat sedikit tugasan 'akademik' ketika mula menulis penulisan ini.

Sekadar ingin mencoret beberapa perkara ringkas sebelum terlupa.

*** *** ***

Kita Memang Ada Tanggungjawab Besar

Zaman sudah berubah.Kemahiran menggunakan Internet sudah menjadi kewajiban hidup pada hari ini (setidak-tidaknya untuk Generasi Muda).

Tapi,kebaikan Internet itu hanya akan kelihatan jika seseorang itu menggunakannya dengan Ilmu.Tanpa Ilmu,Internet boleh menjadi bencana yang amat besar kepada seseorang.

Malah,Internet mampu menukarkan seorang manusia menjadi 'binatang yang hidupnya hanya berpaksikan nafsu' jika seseorang itu melayari Internet tanpa Ilmu dan Akal.

Berita baiknya - Internet ada potensi besar untuk mengubah dunia.

Amat besar potensi itu.

Kita pada hari ini tidak perlu menjadi seperti Che Guevara untuk menukar dunia.

Kuasa ada di tangan kita.Tapi kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Sebagai hamba Allah yang beriman kepada-Nya,mari kita semua menyeru manusia kepada Jalan Allah SWT melalui medium ini.Jangan pernah berputus asa.

Jadikanlah Internet sebagai Pelaburan Akhirat.

Jika bukan kita,siapa lagi?

Cuma,kita kena sedikit tabah dan kerja keras untuk melaksanakan misi ini.

Berdoalah.

*** *** ***

Memang Ianya Seperti Menggenggam Bara Api

Untuk mengikut agama ini dengan sepenuhnya pada zaman ini,amat sukar.Tapi bersabarlah.

Jangan berputus asa.

Amat mencabar kerana kita perlu menjaga diri kita.Kemudian kita perlu mengingatkan Ibu Bapa kita,Adik Beradik kita,Kawan-Kawan di sekeliling kita dan Masyarakat Dunia umumnya.

Adakah kita mampu menjalankan tugasan ini jika kita mahu berehat-rehat sahaja?

Fikir-fikirkan.

Rehat kita hanya di sana kelak.Dunia ini bukanlah tempatnya untuk kita berehat.

*** *** ***

Anda boleh baca link ini dan ini untuk maklumat lanjut.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya.

P/P/S : Semakin besar kebolehan,semakin besar tanggungjawab.Kita tidak boleh sekadar menyorokkan kepala kita melihat segala krisis masalah dalam dunia ini.Bangunlah!



2 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=hHLh4HvyuLw

    ada baiknya anda tonton video ini

    http://www.youtube.com/watch?v=hHLh4HvyuLw

    ReplyDelete
  2. smg sama2 belajar tuk menjalankan amanah sebaik-baiknya..

    ReplyDelete