6.10.11

Benar.Ianya Seperti Menggenggam Bara Api.Bersabarlah.Allah SWT Bersama Orang-Orang Yang Sabar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

*** *** ***

Hari ini,dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah,saya baru faham dan nampak dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan Hadis di atas ini.

Hari ini selepas pulang dari kelas,dalam perjalanan ke asrama,saya singgah di sebuah Shopping Complex.

Tujuannya - saya ingin mencari Jacket untuk Musim Sejuk (sekarang sudah sejuk,hari tu nampak Anjing baring tepi jalan,kasihan Beliau sejuk).

Jacket lama?Masih ada.Tapi,nafsu membeli saya meningkat secara tiba-tiba pada waktu itu.Kelas yang tamat 30 minit lebih awal dari waktu sepatutnya juga menjadi faktor kepada penaikan nafsu ini.

"Awal lagi ni.Tak payah balik dulu la",fikir saya bermonolog.

*** *** ***

Jujur cakap,saya ini secara peribadi seorang yang sangat-sangat high-taste.

Sejak dari dahulu lagi,saya memang sukakan sesuatu yang bergaya.Mungkin apa yang ditakrifkan oleh saya dengan perkataan bergaya tidak sama dengan definisi orang lain terhadap perkataan itu,tapi apa yang saya tahu,saya suka barang yang rare dan cool.

Lonsdale,Fred Perry,Reebok Classic,Merc - merupakan Jenama yang saya minati.Bukan ikut-ikutan.Tapi memang saya minat.Sila ambil perhatian di situ.

Masih tidak faham?

Senang cerita saya suka Pakaian seperti Band-Band Britpop pakai.

Apa-apapun,saya sekadar suka.Suka tidak bermaksud saya perlu memiliki.Ini kerana,bukan saya pernah beli kesemua peragaan jenama di atas.

Saya beritahu perkara ini,agar anda dapat faham line-line Jenama yang saya minat,dan agar anda nampak flow yang cuba saya sampaikan melalui Penulisan saya ini.

Tentu ada yang tertanya,"Dia ni nak syok sendiri ke hape?".

Ada sebabnya saya kongsikan.Tunggu dahulu.

*** *** ***

Jadi,saya masuk ke dalam Shopping Complex itu tadi.

Saya lihat kedai-kedai yang ada.Tapi,semua yang saya minat harganya mahal.Mahal yang saya katakan di sini adalah 'amat mahal'.Moscow ini Kos Sara Hidupnya tinggi.Kasihan Pakcik-Makcik yang berniaga sayur di tepi jalan itu semua.Sehari dapat berapa sangatlah jual sayur.Duit sewa rumah,kos perubatan lagi.Hurm.

Kalau ikutkan nafsu membeli saya,saya beli sahaja Jacket yang berada di hadapan mata itu.Rupanya ada lebih kurang begini.Nama Jacket ini Parka.Bukan Jacket biasa kerana ianya agak panjang.Sampai separuh Betis.Pergh style.Haha.

Tapi saya tak beli.

Kerana saya terfikir,kalau hendak beli,tapi guna duit amanah Rakyat (duit scholar),baik tidak payah.

Duit scholar ini duit Amanah.Dan di Akhirat nanti,kita akan ditanya ke mana kita gunakannya.Samada ke arah kebaikan atau keburukan.

Beli Jacket - itu tidak salah.Itu keperluan.

Tapi beli secara melebih-lebih,itu membazir namanya.Adalah sangat selfish untuk saya beli barang yang mahal-mahal tatkala ramai lagi orang yang susah di Malaysia yang mengharapkan bantuan.

Tapi,minat tetap minat.

Minat saya itu tidak boleh dipadam.Cuma saya membuat keputusan untuk tidak membelinya.Atas faktor-faktor yang saya bincangkan di atas.

Lagipun,baiklah duit itu digunakan ke arah benda lain yang lebih bermanfaat.Sama seperti anda,jika anda mahu beli sesuatu yang harganya melebih-lebih melebihi keperluan,lihat kembali keperluan membeli sesuatu barang itu.Seperti kes kenduri kahwin etc.Baik duit itu kita gunakan untuk membantu orang susah etc.

*** *** ***

Saya keluar dari kedai.Kelihatan ramai wanita-wanita memakai pakaian menjolok mata di sekeliling.Penuh dengan 'panahan Syaitan'.Dan inilah salah satu sebab utama saya kurang gemar untuk keluar di Moscow ini.

Kerana terlampau banyak dugaan.Dan saya akui,saya juga manusia biasa.Lemah dalam bab ini.

Wanita dan lelaki ini memakai baju yang bergaya,dan berjalan dengan mendabik dada.

Sesiapa yang melihat,pasti tertarik dengan mereka.

Astaghfirullahalazim.Terlalu kuat dugaan hidup di Negara ini kadangkalanya.Kadangkala bagaimana hendak Fokus jika Guru yang mengajar kita pun pakaiannya mendebarkan dada.Ya Allah,berikanlah aku dan rakan-rakanku kekuatan.Saya bukan poyo tulis Artikel ini.Tapi itulah realiti kami di sini.Saya yakin anda-anda yang berada di Luar Negara memahami Situasi kami di sini.

Marilah sama-sama kita renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini,

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. [4:120]

Dunia ini memang kelihatan indah dari pandangan Nafsu kita.Tapi ketahuilah,ini semua satu Ujian untuk kita.

Janganlah kita tertewas dengan Godaan Syaitan di dunia ini.

Benar,beriman di Akhir Zaman ini sememangnya ibarat menggenggam bara api.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Bila saya lihat ramai Gadis-Gadis yang mendebarkan dada di sekeliling,lantas saya teringatkan Hadis di atas (Hadis Genggam Bara Api).Kemudian satu persatu Hadis-Hadis dan Terjemahan Ayat Al-Quran yang lain menyusul muncul dalam kepala saya.

Hadis-Hadis dan Terjemahan Ayat Al-Quran itu adalah,

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]”

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [2:155]

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Ya.Sekali lagi saya ulang.

Menjadi orang yang cuba mengamalkan Islam dengan sebenarnya pada Akhir Zaman ini memang ibarat menggenggam bara api.

Tapi,anda renunglah Hadis-Hadis di atas.Dan anda fikirkan sedalam-dalamnya.

*** *** ***

Hidup di Akhir Zaman.

Memang boleh kalau saya hendak kejar wanita,ikut nafsu hati.Siapa yang tidak mahu.Lelaki.

Memang boleh jika saya hendak mengikut nafsu saya pergi ke Glastonbury,Reading dan Festival Muzik yang lain.

Memang boleh jika kita hidup ini hanya mengikut nafsu.

Tapi,tanya diri kita,kita hidup ini bertuhankan nafsu kitakah?

Tentunya tidak sama sekali.

Sebaliknya,kita ini hamba kepada Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam.

Boleh baca sini untuk bacaan tambahan.

*** *** ***

Saya renung ke dalam kedai-kedai itu.Saya lihat lelaki dan wanita di dalamnya.Masing-masing kelihatan segak di luaran.Tapi dalamannya bagaimana?

Saya teringat kepada Gerombolan Makcik-Makcik Penjaja yang menjaja di hadapan Mall ini.Tiada siapa pedulikan mereka.Apakah ini namanya pembangunan yang kita bangga-banggakan?

Kita bangga dengan Pencakar Langit etc,tapi dalam kesibukan kita mengejar 'kemajuan dunia',semakin hari semakin hilang nilai 'kemanusiaan dan rohani kita'.

Contoh mudah.

Mungkin anda seorang Doktor - nampak hebat berkereta Audi ke klinik sendiri.Tapi,anda punya akhlak?Teruk.Anda tidak menjaga Ibu Bapa etc.Ini salah satu bukti mudah yang menunjukkan bahawa Pemodenan yang Manusia amalkan pada hari ini hanya mementingkan nilai luaran.Dalamannya?Terkontang-kanting (tidak semua Doktor sebegini,saya sekadar memberi contoh bagaimana seseorang itu boleh nampak hebat luaran,tapi dalamannya teruk,harap maklum).

Bukti?

Cuba mengembara ke Negara-Negara Maju.Anda akan dapat lihat perkara ini.Mungkin fizikalnya cemerlang.Tapi,jika kita teliti deep down inside masyarakat mereka - kita akan dapati banyak masalah yang berlaku.

Tidak percaya?Jika apa yang saya katakan ini salah,mengapa ramai Rockstar yang membunuh diri hatta mereka telah punya harta,gadis etc?Bukti yang menunjukkan manusia tidak akan mencapai kebahagiaan sebenar melalui material itu semua.Kebahagiaan sebenar hanya dapat dicapai melalui kebahagiaan dan ketenangan hati.Dalam kata lain,kita hanya boleh mencapai kebahagiaan dengan kembali kepada Allah SWT.


*** *** ***

Hidup akhir zaman ini,bagi seorang hamba Allah yang beriman,yang mahu mengikut jalan-Nya - ibarat menggenggam bara api.

Sangat pedih.Sangat bisa.

Seperti bara api yang memedihkan tangan.Begitulah juga jika seorang Mukmin itu mengamalkan Islam pada Akhir Zaman ini.Pasti ianya memedihkan Gelodak Jiwa Nafsunya.Kerana di sekeliling kita penuh dengan fitnah.Fitnah Akhir Zaman.

Tapi,jangan terlalu cepat berputus asa.Kerana inilah perjuangan kita.Ingat,Allah SWT bersama-sama dengan orang yang sabar.Dan di sisi-Nya ada kemuliaan yang amat besar.Hakikatnya nikmat dunia ini terlalu kecil compare dengan Nikmat Akhirat.Dunia itu sementara.Akhirat pula sifatnya abadi.

Itulah hakikat hidup di Akhir Zaman ini.

Merenung kembali suasana di dalam Mall itu tadi,membuat saya terfikir sesuatu.

Dunia yang kita kejar-kejar ini,akhirnya nanti akan musnah juga.Dan kita semua manusia akan dihadap ke hadapan Allah SWT untuk diadili.

Apakah yang hendak kita jawab apabila ditanya oleh-Nya nanti?Saya cadangkan anda baca Terjemahan Surah Az-Zumar lengkap di sini.

Saya tidak mahu kongsikannya di sini bimbang nanti terlalu panjang.Menyebabkan orang yang tidak gemar membaca takut untuk membaca penulisan ini.

*** *** ***

Hadis di atas ternyata benar.

Dan itulah yang perlu kita umat Islam akhir zaman yang benar-benar beriman pegang dan sentiasa ingat.

Kita kena ingat.Ada tiga jenis manusia ini.Beriman,kafir dan munafik.

Kita ini kategori apa?

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
[4:145-147]

Kita sebagai manusia tidak boleh mengatakan seseorang itu kafir/munafik etc kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui tentang perkara itu.

Tapi,tanya diri kita,kita ini kategori apa?

Bertaubatlah.

Cuba dengar Video di bawah ini.


*** *** ***

Jadi,saya membuat keputusan,untuk terus cuba menggenggam bara api ini sehingga ke akhirnya
,cuba menjadi Golongan yang disebutkan dalam Hadis di atas.

Sebenarnya,saya dan anda tiada pilihan.

Kita kena terus menggenggam bara api ini sehingga ke akhirnya,biar apa juga yang berlaku.Dalam kata lain,kita mesti terus mempertahankan Iman kita sehingga mati.Kita mesti terus berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan mengamalkan Islam.

Kita kena,kena dan kena.Tidak boleh berehat selagi masih bernyawa.

Renung kembali Ayat-Ayat Al-Quran yang saya kongsikan di atas ini.

Dan cuba sampaikan Islam kepada kawan-kawan dan Saudara-Mara kita.

*** *** ***

Jadi,biarlah kita dilihat sebagai seorang loser oleh golongan so-called-hipster.Jika anda mahu berubah,biarlah mereka panggil anda 'skema' (dari istilah merekalah).

Biarkan mereka.

Yang penting,ketahuilah anda,Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita lakukan,dan perbuatan kita walau sekecil mana sekalipun,di Akhirat sana kelak tidak akan disia-siakan.Semuanya akan dihisab.

Rebutlah peluang membuat amal.

Hidup ini tidak lama.Masa semakin lama semakin pantas meninggalkan kita.

Dan kepada Para Wanita,biarlah anda digelar tiada taste atau 'bajet baik' oleh 'kawan-kawan anda' jika anda mahu berubah memakai tudung.Ketahuilah,kejayaan adalah milik orang yang bersabar di dunia ini.

Orang lain mungkin tidak tahu.Tapi Allah SWT Maha Mengetahui.

*** *** ***

Saya tulis ini untuk semua orang yang berada dalam kondisi seperti saya - yang sedang berada dalam Proses Perubahan.Agar kita semua terus kuat dan istiqamah.Sentiasalah berkongsi dan membaca Ayat-Ayat Al-Quran.Itu semua panduan untuk kita di dunia dan Akhirat kelak.

Perkara ini berlaku bukan sahaja di Negara Barat.Malah di Malaysia juga.Dan yang lebih memeranjatkan,orang yang benar-benar mahu cuba mengamalkan Islam di Negara kita ditentang oleh orang yang mengaku dirinya Islam!

Astaghfirullahalazim,

Genggamlah,jangan kau lepaskan.

Genggamlah.Biarlah engkau menderita sekarang.Sakit pedih di dunia ini.Kerana akhirnya,dengan izin Allah SWT,engkau akan memperoleh kejayaan itu.Sentiasalah berdoa kpeada-Nya.Syurga itu manis.Tapi memerlukan pengorbanan untuk mencapainya.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya tulis dalam keadaan rushing.Salah silap,sila betulkan.Terkasar bahasa,minta maafkan.

Ini bukan penulisan bajet warak/bajet baik.Saya juga tidak cuba cakap 'o-i-am-so-pious'.

Astaghfirullahalazim.

Sebaliknya,saya kongsi sebab saya rasa ada manfaat boleh dikongsi bersama umat Islam yang lain.

Mungkin penyampaian saya kurang baik.Tapi saya rasa anda dapat faham apa saya cuba sampaikan.

Sekadar Coretan Realiti Hidup oleh seorang Anak Muda di Negara Soviet ini yang diharap boleh dijadi pedoman.

Saya tidak cakap saya tidak akan tersasar.Itu Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Tapi,sebagai seorang hamba di Akhir Zaman ini,bara api itu perlu saya genggam.

Dan saya berdoa semoga Allah SWT memberikan saya dan anda semua yang membaca Penulisan ini serta semua umat Islam kesudahan yang baik.Amin.

Semoga Allah Redha akan usaha kita semua.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika masih belum Muat-Turun,boleh Muat-Turun PDF Kedua Penerbitan Pena Maya di sini.

P/P/S : Sentiasalah dampingkan diri dengan Al-Quran.



5 comments:

  1. boleh baca link ni juga

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11169.0

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. Terima ksih utk peringatan ini. Nafsu ni mmg kena tekan. Kena,kena dan kena (ckp kat diri sendiri) lebih kurangla kehidupan kat spore ni,Iman lemah mmg habisla. Huhu ada je pandangan dan kata2 yg meruntuhkan semangat/Iman
    YaAllah.. Moga Allah beri kekuatan utk tetap istiqamah dlm urusan agama,biar apa pun yg dtg menguji. Amin..
    Insyaallah terus genggam biar sampai rentung asal tk dilepaskan.

    p/s: video tu membuatkan hati ini tersentak,lantas air mata yg bertakung di tubir mata tk dpt tahan. Mengingatkan bila hari terakhir aku...tdkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. ank_ayah - secara jujurya,terima kasih ,jzkk atas komen saudara .sangat brmkna.

    ReplyDelete
  4. setuju 100% dgn artikel enta.... ana baru lepas berborak dgn kawan2 berkenaan beli rumah atau sewa rumah...ana ckp ana mmg xkn beli rumah sbb akan pasti terlibat dgn riba... dan mcm2 hujah dan alasan yang mereka bagi...ana hanya mampu sabar dan tahan je dlm hati...perit dengar hujah2 diorg... bagi kebykn umat islam skng riba dah mcm xde mslh skit pon...mmg di dunia ni akan rase senang dan secure sbb ade aset atau rumah sendiri..tapi di akhirat nti untung rugi sbb terlibat dgn riba kita xtau lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah SWT teguhkan pendirian,iman enta.amin.

      Delete