11.10.11

Berehat Boleh.Tapi Janganlah Berlebih-Lebihan.Dan Berehat Bukan Bererti Berhenti.Ingat,Jangan Elitkan 'Jalan Ini' Untuk Kelompok Kita Sahaja.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tajuk di atas ini,konteksnya luas.

Tapi,secara spesifik saya tujukan kepada kita semua Umat Islam dalam tanggungjawab menyeru manusia kepada kebenaran dan mengajak mereka meninggalkan kejahatan.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104]

Dalam tempoh beberapa hari ini,saya agak sibuk.

Tugasan akademik di kampus dan beberapa urusan lain yang perlu diuruskan menyebabkan penulisan saya agak tergendala sebentar di blog ini.

Itulah sebabnya,saya hanya kerap update Twitter beberapa hari ini.Ini kerana pada pendapat saya,tidak dapat tulis di sini,at least retweet status Twitter yang bermanfaat untuk para Follower.

Sekurang-kurangnya,ada perkara baik yang boleh saya lakukan.Maksud saya di sini,kita janganlah kalau tak dapat buat benda baik yang 'besar gempak',kita terus putus asa berbuat kebaikan.Jangan begitu.Kebaikan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara.Senyum kepada Jiran kita - itu pun satu kebaikan.

Jadi,janganlah kita sesekali memandang rendah akan perbuatan baik yang nampak macam 'tidak glemer'.Sentiasalah berusaha mencari redha Allah walau apa juga caranya.


Ini kerana,kalau sudah mati,tiada lagi peluang berbuat kebaikan.Berusahalah.Bukannya kita rugi pun buat kebaikan.Tak 'overdose' punya.Yang penting,niat kena sentiasa diperbetul.Check again kalau rasa cam riak je.

*** *** ***

Saya hari ini habis kelas agak awal.

Jadi,saya fikir mahu tulis beberapa penulisan.Dan simpan dalam draft.Dan publishkannya mengikut schedule yang ditetapkan.

Boleh sahaja saya berehat bergelak ketawa kosong.Tapi saya fikir - 'rehat yang lama daripada tugas mengingatkan diri dan orang lain' - hanya akan membawa saya kepada 'kondisi kelekaan'.

Sama jugalah dengan anda yang lain Para Pendakwah sekalian.Mungkin Istilah 'Pendakwah' itu sendiri agak formal.Tapi hakikatnya ketahuilah,kita semua ada tanggungjawab menyedarkan orang di sekeliling kita.

Paling kurang,keluarga kita.Atau paling tidak mampu,kita perlu mengingatkan diri kita sendiri.

Kita perlu selamatkan mereka-mereka ini dan diri kita dari melakukan perkara yang bakal menimbulkan kemurkaan Allah SWT.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [66:6]

Rehat yang panjang bakal menyebabkan misi kita tergendala.Ingat,semakin 'sedar' diri kita,semakin besar tanggungjawab kita untuk menyedarkan orang lain.Lakukanlah dalam apa juga bentuk sekalipun.Sekarang Zaman Internet.

*** *** ***

Sebenarnya saya menulis ini ringkas sahaja.Sebagai kick-start mood menulis pada hari ini.

Terakhir sekali,saya ada pesanan kepada Para Pendakwah Muda sekalian.Terutama yang mengambil bahagian dalam 'Usrah'.

Pesanan ringkas sahaja.Tapi saya pesan ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa,sebaliknya sebagai peringatan kita bersama.

Pesanan itu berbunyi,

Jangan kita 'Elit'kan Islam ini untuk kalangan kita sahaja.Dan ingat,bila kita sudah berada di atas jalan perjuangan ini,kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan/saudara-mara kita yang lain.Lakukan ianya kerana Allah SWT.Bukan untuk mencari redha manusia.Memang kita mungkin akan tersilap langkah.Tapi janganlah tangguhkan taubat selepas itu.

Mungkin ada yang cakap,"Ala,kami budak Usrah manusia biasa juga".Janganlah begitu.Kita patut menunjukkan contoh yang baik.Janganlah kita sama turut hisap rokok bla bla bla.Saya tulis ini untuk ingatkan diri sendiri.

Apa guna kita masuk Usrah semua tapi tiada beza antara kita dengan orang lain?

Ingat,kebaikan yang kita buat akan dapat manfaat untuk diri kita juga.Semoga Allah SWT Meredhai.

Kita golongan yang sedar ada tanggungjawab yang besar.Kalau kita yang 'sedar' ni pun nak bermalas-malas nak sebar kebenaran (Islam) ini,siapa lagi mahu sebarkan?Jadi,jangan pelik tatkala banyak masalah melanda kita Umat Islam.Allah SWT Maha Melihat.Ingat!

Itu sahaja untuk kali ini.

Giveaway yang dijanji tetap akan dilaksana.Watch this space.Kongsikan juga Penulisan-Penulisan saya bersama rakan-rakan/saudara-mara kita yang lain.Bukankah Indah jika saya menulis,anda kongsikan.Last-last,ramai orang insya-Allah akan tersedar.Kan?Kita semua ada tanggungjawab.Ingat.Lakukan ia kerana Allah SWT.Ya Allah,lindungilah kami dari perasaan riak.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf dan betulkan.Maaf isi berulang-ulang.Saya tulis rushing.


2 comments:

  1. sape2 belum download - downloadlah link ini . E-Book Kedua saya .

    http://www.mediafire.com/?zjbxocg4qf2k3h6

    ReplyDelete
  2. masalah kita skang.. x letih pon nk berehat.. saya la tu

    ReplyDelete