28.10.11

Catatan Seorang Pengembara : Tamadun Yang Berakarkan Kejahilan/Bersabarlah Wahai Ghuraba-Ghuraba Sekalian!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. [5:54-56]

*** *** ***

Assalamualaikum.

27 Oktober 2011 - merupakan Tarikh yang terpampang di Kalendar Komputer saya semasa saya mula menaip penulisan ini.

Siang tadi saya tiada sebarang kelas,oleh kerana Para Pelajar Russia mempunyai kelas latihan 'Persediaan Perang' hari ini.

Jadi,saya berkeputusan untuk keluar.Keluar mengambil angin.Menyegarkan minda.Pergi ke tempat yang saya tidak pernah pergi di Moscow ini.

Keputusannya?Saya bertolak menuju ke Muzium Pusat Seni Russia (itulah nama tempat itu jika diterjemahkan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu).

Sengaja saya pergi ke sana.Kerana saya hendak melihat Budaya masyarakat di sini.Bukannya apa,sudah lebih 36 bulan berada di sini,rugilah kiranya saya tidak mencedok sebanyak mungkin Ilmu yang tiada di dalam Buku Teks.Lagipun,itulah tujuan sebenar mengembara ke luar negara bukan?

*** *** ***

Dipendekkan cerita,saya tiba di sana dan setelah membeli (tiket dengan harga Student RM 10),saya masuk ke dalam dewan Pameran.

Untuk pengetahuan anda,tempat ini amat besar.Saya rasa inilah muzium yang paling besar saya pernah pergi seumur hidup saya.

Di dalamnya terdapat Pameran Lukisan-Lukisan dari Seluruh Russia.Ada juga Monumen-Monumen.

Banyak yang saya ingin sampaikan (atau yang lebih tepat - kongsikan) dengan anda setelah trip saya ke sana hari ini.Jadi,saya akan bahagikan Penulisan ini kepada beberapa bahagian.

Perlu diingat,ini bukan Penulisan Fakta Sejarah,sebaliknya adalah sebuah Penulisan Pendapat Peribadi seorang manusia biasa terhadap apa yang dilihat berada di depannya.

*** *** ***


Akar Yang Sudah Rosak

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".[30:42]

Sejak belajar menuntut 'Ilmu Dunia' di Negara Barat ini,saya sering berpendapat,tamadun 'Barat' ini walaupun mungkin hebat 'luarannya',tapi sebenarnya ia merupakan tamadun yang tidak sihat - sebuah tamadun yang dibina dengan akar yang sudah rosak.

Ya.

Di Muzium itu tadi,ada banyak Patung dan Monumen yang berimejkan Lelaki dan Wanita yang berbogel.Dan ada di antaranya yang terlalu graphic ukirannya.Dalam kata lain,ada di antara patung itu sebenarnya jika dipaparkan dalam negara kita - pasti orang kata itu Patung Lucah.

Tapi,di sini,ianya tidak lucah kerana kononnya ia satu 'Seni'.

Masih tidak jelas?

Kebanyakan Ukiran itu dibuat lebih Satu Abad terdahulu (atau mungkin lebih dari itu - 5 Abad mungkin?).Kebanyakan Ukiran itu diukir semasa tempoh kebangkitan Tamadun Barat.

Apa yang saya hendak sampaikan di sini?

Kadangkala kita tertanya-tanya apakah Punca kenapa manusia di sebelah sini sehingga kini menganggap Wanita sebagai Simbol Seks etc.Mereka tidak mengatakan perkara ini,tetapi 'action speaks louder than words'.

Wanita diprovok supaya berpakaian terdedah sana sini.Media (yang 99% dikuasai kaum Lelaki) digunakan untuk menjayakan matlamat ini.Akibatnya,wanita yang tidak mendedahkan Lurah Bola Dadanya (maaf,tapi ini sahaja perkataan paling sopan mampu difikir saya) dianggap kuno.

Pada saya,ini satu keadaan yang sangat tidak adil untuk Para Wanita.Wanita - tanpa disedari oleh mereka diterapkan dengan pemikiran bahawa mereka (wanita) hanya jelita jika mendedahkan tubuh badan mereka.

Berbalik kepada cerita Patung dan Monumen tadi.

Setelah melihat Pameran-Pameran ini,saya berpendapat,Tamadun Barat ini sebenarnya dibina dengan Akar yang sangat-sangat tidak sihat dan tidak berperikemanusiaan.

No wonder hari ini,kita dapat lihat sebuah Tamadun yang mampu membina Pencakar Langit di sana sini,tapi dihuni oleh sekumpulan 'binatang' yang bertopengkan manusia.Mungkin perkataan ini agak harsh.Tapi lihatlah di sekeliling anda.Anda boleh memejam mata anda.Hakikatnya Realiti tetap Realiti.

Ini berbeza dengan Ajaran Islam yang telah menuntut Umatnya menghormati Wanita etc sejak lebih 1400 Tahun yang lepas lagi.

Sebenarnya,bukan itu sahaja contoh yang menunjukkan betapa 'tempangnya' Tamadun Barat ini.

Contoh lain adalah 'Riba'.Saya bukan Pakar Kewangan Islamik,tapi saya rasa semua orang terang-terang tahu bahawa Sistem Ekonomi Dunia yang diamalkan pada hari ini amat-amat berunsurkan Riba.

'Riba' ini hakikatnya - sangat-sangat tidak adil dan menzalimi manusia lain.

Anda boleh lihat video di bawah ini untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan.


Berbeza dengan Ajaran Islam yang menyuruh manusia yang kaya agar membantu yang miskin.Dan Islam juga menyuruh manusia supaya tidak hidup sekadar meminta-minta etc.

Teringat saya satu quote kata-kata oleh Para Tokoh Islam zaman dahulu kala yang saya tidak pasti siapakah Empunya Pemilik Kata,

Allah SWT telah Memuliakan kita (manusia) dengan Islam.Janganlah kita menghinakan diri kita dengan mencari yang lain selain dari Islam.

Orang yang tidak memahami apakah itu Islam mungkin melihat Islam sebagai sebuah Ajaran Yang 'Tidak Moden' (dari pandangan mereka).Tapi sebenarnya,inilah keadilan yang sebenar.

Tapi,kita tidak boleh terus memarahi mereka jika mereka bertanyakan kita tentang Islam.Adalah menjadi Tanggungjawab kita untuk menerangkan kepada mereka.

Saya teringat semasa saya masih bergelar Pelajar Tahun Pertama di sini,semasa mengikuti sebuah Trip,saya berjalan bersama Pemandu Pelancong kami ketika itu.Beliau seorang Wanita Muda.Beliau bertanyakan kepada saya,'Kenapa wanita anda memakai Tudung?'.

Soalan seperti ini - walaupun kelihatan seperti satu 'pandangan rendah kepada Islam' - kita tidak boleh terus memarahi Beliau.Ada kemungkinan Beliau benar-benar hendak memahami Islam.

Jadi,sebagai seorang Islam,kita perlu menerangkan kepada mereka perkara sebenar.Dan itulah pentingnya mencari Ilmu.

Hakikatnya,dituntut pemakaian Tudung adalah untuk menjaga Maruah seseorang Wanita.Kerana hakikatnya,banyak lelaki di luar sana yang amat Gila Seks.Lelaki seperti ini pasti meng-usya Perempuan yang memakai dedah-dedah.

Saya tidak tipu.Jika anda Para Wanita tidak percaya,cuba jika anda naik Bas,LRT - anda perhatikan mata Lelaki-Lelaki di sekeliling anda.Pasti anda akan nampak ada di antara mereka yang asyik dok mengusya wanita.

Apakah anda Para Wanita mahu tubuh badan anda diusya oleh Lelaki Pervert Sembarangan?Sudah pasti anda tidak mahu bukan?Jadi,tutuplah Aurat.Ketahuilah,Islam inilah kebenaran.Kerana ia datang dari Maha Pencipta kita.Setiap yang Dia Perintahkan untuk kita,ada kebaikan di sebaliknya yang mungkin tidak diketahui oleh kita.

*** *** ***

Manusia Memang Memerlukan Petunjuk

"...dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." [5:49]

Di Pameran itu tadi,ada beberapa Patung Falsafah Ajaran Karut yang sempat saya lihat.

Ada juga Ukiran-Ukiran yang kelihatannya seperti Berhala,dan pelbagai lagi Ukiran Mitos-Mitos Dongeng dipaparkan di sana.

Manusia - memang fitrahnya mereka ini seorang hamba.Hamba kepada Maha Pencipta.

Tapi,akal manusia - ada batasnya.Manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib - Syurga,Neraka etc.

Itulah sebabnya Allah SWT menurunkan Wahyu-Nya kepada manusia melalui Rasulullah SAW.Dan Baginda menyampaikan Islam kepada kita semua.Begitu juga Umat-Umat yang terdahulu.Mereka menerima Ajaran ini melalui Rasul-Rasul yang terdahulu.

Manusia tidak mampu untuk memikirkan tentang perkara-perkara Ghaib ini.Mereka tidak mampu mengetahui tentang kebenaran hidup ini,melainkan melalui Rasul yang dipilih oleh Allah SWT.Jika mereka cuba memikirkan juga,itulah yang timbulnya Ajaran-Ajaran Karut yang tidak masuk akal etc.

Di dalam kelas Filosofi (Falsafah) yang saya hadiri beberapa Semester yang lepas,dapat saya saksikan perkara ini.Jika anda tidak percaya,cuba lihat Falsafah oleh So-Called Tokoh-Tokoh Falsafah terkenal dunia.Kadangkala ada Idea yang dikeluarkan mereka sangat mengarut.Tapi,Tamadun Moden menerimanya.

Bukti yang menunjukkan walaupun Tamadun ini kelihatan Maju,tapi sebenarnya ianya kosong dalamannya.

Hakikatnya Islam sahajalah kebenaran.

Anda masih tidak percaya?

Bacalah Al-Quran.Nescaya anda menemui kebenaran.Hakikatnya kebenaran dan kebatilan itu adalah dua perkara yang amat-amat jauh bezanya dan amat jelas sekali kebenaran itu berbanding kebatilan.

Hanya yang ego dan angkuh sahaja yang masih mahu menidakkan kebenaran.

Anda boleh download Tafsir Al-Quran secara Percuma dalam Bahasa Inggeris di sini dalam bentuk PDF Files.

*** *** ***

Kita Sudah Moden 1400 Tahun Dahulu

Rasulullah SAW sudah memodenkan manusia lebih 1400 Tahun dahulu.Manakan tidak,Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk menjaga kebersihan,mandi etc ketika manusia di zaman itu tidak mandi,tidak membersihkan Najis etc.

Malah sehingga kini,manusia yang tidak mengenal Islam - masih ramai yang tidak tahu cara menyucikan Najis dengan sempurna.

Anda tidak percaya?Percayalah.

Tapi,adalah menjadi satu Ironi apabila ada sesetengah manusia yang mengatakan bahawa Islam itu tidak Moden.

Benarlah.Tidak sama orang yang buta dengan orang yang celik.

*** *** ***

Salah Kita Umat Islam

Selepas saya pergi ke Muzium itu,saya bergegas menuju ke Masjid utama di Moscow.

Perjalanan menuju ke sana menaiki Metro Train mengambil masa lebih kurang 30 Minit.

Adalah menjadi suatu perkara yang sangat heartbreak apabila kita menyebarkan kepada orang ramai dengan bersungguh-sungguh bahawa Islam inilah kebenaran - tapi apabila orang pergi ke Masjid,mereka melihat perkara yang sebaliknya berlaku di sekelilingnya.

Apakah yang dimaksudkan oleh saya?

Pernah dengar ayat ini,

Aku pergi ke Barat,aku melihat Islam tanpa Muslim.Aku pergi ke Timur,aku melihat Muslim tanpa Islam.

Ketika saya berjalan kaki ke Masjid,sebelum masuk Masjid lagi,sudah berderet-deret Peminta Sedekah mengeremuni Pejalan Kaki di situ.Yang lebih menyedihkan,ada di antara mereka yang meminta sedekah dengan menggunakan Ayat-Ayat Al-Quran.

Meminta sedekah dengan membawa Bayi mereka.Duduk di tengah Jalan ketika Suhu Sejuk 0'C.Orang bukan Islam akan berfikir,'Inikah kebenaran dan keadilan yang digembar-gemburkan orang Islam?'.

Yang lebih memberi tamparan hebat adalah tidak jauh dari situ ada segerombolan wanita Tua bukan Islam yang menjual barangan-barangan sebagai Sumber Pendapatan.

Jika Wanita Tua berumur hampir satu Abad ini mampu mencari Rezeki,tidak berputus asa begitu sahaja dengan terus meminta sedekah,apakah rasional mereka yang mengaku Islam ini dengan mudah duduk di tepi jalan dan meminta duit orang ramai dengan lagak yang agak menakutkan?

Inikah Islam yang mengajarkan Umatnya agar berusaha?

Teringat saya kata-kata oleh seorang Tokoh Islam zaman ini,

Jangan judge Islam melalui apa yang Muslim buat.Judgelah Islam melalui Al-Quran dan As-Sunnah - anda pasti menjumpai kebenaran.Judge Islam melalui apa yang Muslim buat - tidak semua mereka mengamalkan Islam dengan sepenuh hati.

Tapi itulah realitinya.

Manusia melihat Islam melalui peribadi seorang Muslim.

Perkara ini memang sangat mengecewakan.

Muslim - bangunlah!

Saya kadang-kadang agak sedih melihat keadaan Umat Islam di sini.Bukan Umat Islam Russia sahaja.Malah Umat Islam Malaysia yang menetap di Russia.Ada di antara kami yang mengabaikan Tanggungjawab sebagai Pelajar.

Ini semua secara tidak langsung memberi Imej yang buruk kepada Islam.

Bagaimana orang hendak percaya Islam itu cara hidup terbaik jika kita tidak mengamalkan Islam dengan sepenuhnya?Apakah alasan kita untuk tidak mengamalkan Islam?Hakikatnya,inilah cara hidup yang terbaik.

Oh,carilah Ilmu wahai manusia.Janganlah terus berada dalam kebodohan dan kejahilan.Janganlah terus tertipu dengan nafsu syahwat-mu.

*** *** ***

Ada Yang Lebih Heartbreak

Saya terbaca sebuah berita baru-baru ini.Berita seorang kanak-kanak 7 Tahun diliwat oleh sekumpulan Pelajar Sekolah Rendah.

Guess what,siapakah yang melakukan perkara ini?

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,berikanlah petunjuk dan Hidayah-Mu kepada kami semua.

Sebenarnya,ini salah kita.Kita menyukarkan perkara yang halal.Menyenangkan perkara yang haram.Dalam masa yang sama,kita meninggalkan Islam.Dan mengambil selain daripada Islam.

Akibatnya?

Mungkin ini satu peringatan dari Allah SWT.Ya.Semua yang sedang berlaku terhadap Umat Islam hari ini - sebenarnya boleh jadi satu peringatan agar kita kembali semula kepada-Nya.

Tapi,apakah kita mengambil pengajaran?

Berubahlah wahai manusia!

The thing is,Islam sahajalah kebenaran.Dan kita yang mempunyai Ilmu,perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk melahirkan Masyarakat Islam yang takutkan Allah SWT.

"Ala,susah la :( ",ujar seorang Anak Muda.

Ya,ianya memang susah.

Tapi cuba renungi Hadis-Hadis di bawah ini.

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka) [Hadis Riwayat Muslim]”

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Dan ketahuilah,ada ganjaran yang amat besar di sisi Maha Pencipta untuk golongan yang bersabar ini.

Teruslah berjuang.

*** *** ***

Kebenaran Dan Kebatilan Itu Jauh Bezanya,Teruslah Mencari Kebenaran

Hakikatnya,Islam sahajalah kebenaran dan Solusi yang ada untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang melanda Umat Manusia ketika ini.

Hanya Islam yang dapat menyatukan Kulit Hitam dan Putih.Hanya Islam yang dapat menundukkan Ego Si Bangsawan untuk membantu Si Fakir.Hanya Islam yang dapat menjadikan seorang Sultan tidak berlaku zalim kepada rakyatnya kerana takutkan balasan dari Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Fikirkanlah.

Kita Umat Islam - amat perlu menunjukkan contoh yang baik kepada Umat Manusia.Bacalah Sunnah Kehidupan Rasulullah SAW.Anda pasti terharu dan menangis melihat kebaikan peribadi Baginda SAW.

Inilah kebenaran.

Bukalah mata anda.

Kita sedang hidup dalam dunia material Tamadun yang tidak berperikemanusiaan.Hanya Islam sahaja Solusi.Bangkitlah.

Cadangan Link Untuk Dibaca

Oleh kerana topik ini amat penting untuk kita Umat Islam hari ini,saya mencadangkan anda untuk membaca link-link di bawah ini sebagai bacaan tambahan :

1) Benar.Ianya Seperti Menggenggam Bara Api.Bersabarlah.Allah SWT Bersama Orang-Orang Yang Sabar. (Link)

2) Sistem Manusia : Mungkin Kita Kelihatan Maju Pada Luarannya.Tapi Hakikatnya,Selagi Kita Meninggalkan Kebenaran Ini (Islam),Selagi Itulah Kita Akan Menjadi Manusia Yang 'Lompong Dan Kosong' Dalamannya. (Link)

3) Benar.Ianya Berat.Tapi Ini Bukan Waktu Untuk Berputus Asa. (Link)

4) Zaman Orang Ganjil (Link).

5) Explicit : Bila Terlampau Banyak Kebodohan Yang Berlaku Di Sekeliling,Kadangkala Kita Hanya Mampu Mengatakan 'Hurm'.Tapi Sampai Bila? (Link)

6) Indahnya Islam Itu Kerana... (Link)

Mungkin anda merasakan terlalu banyak untuk dibaca.

Tetapi ketahuilah.Tanggungjawab kita sebagai Umat Islam yang beriman pada zaman yang penuh kejahilan ini amat banyak.

Rehat kita bukan di dunia ini.Rehat kita di Syurga sana.

Berjuanglah kerana-Nya.Berjuanglah untuk mendapat redha-Nya.

Allah SWT Maha Adil.Allah SWT Maha Melihat.Hanya kepada-Nya kita akan kembali.

Akhir sekali,saya ingin berkongsikan sebuah Poster Propaganda Zaman Soviet yang saya beli di Muzium itu tadi.


Dalam Poster di atas tertulis ayat - "как работал так и заработал".

Ayat yang bermaksud "Bagaimana kita berusaha,sebegitu jugalah yang kita dapat".

Ayat ini ditulis dalam konteks duniawi.Tapi,cuba kita ambil ayat ini,dan aplikasikan dalam konteks Pelaburan Akhirat.

Berapa banyak yang kita usahakan amal di dunia ini,begitu jugalah insya-Allah kita akan dapat di Akhirat.

Bagaimana kita hendak expect Allah SWT hendak redha akan kita jika kita tidak berusaha mencari redha-Nya?

Fikir-fikirkan.

Jangan asyik menyalahkan orang lain menuding jari.Hulurkanlah tangan untuk membantu menyelesaikan Krisis Umat ini.

"Allah SWT tidak akan mengubah sesuatu kaum yang tidak ingin mengubah diri mereka" - ingat ayat ini.

Itu sahaja.

Salah silap,minta betulkan.

Ini sekadar satu coretan saya sebagai seorang Pengembara di Bumi Soviet ini.

Untuk berkongsi dengan anda apa yang saya tahu.Semoga ada pengajaran yang anda dapat di sini.

Salah silap,terkasar bahasa - minta anda maafkan dan betulkan.Saya bukan seorang Ustaz.Sebaliknya,hanya seorang hamba Allah yang sedang merubah diri.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada bagusnya sesekali kita mengembara membuka minda melihat keadaan manusia.Ianya dapat menjadi motivasi untuk kita.

P/P/S : Oh ya,saya terlupa.Tadi saya ternampak ada satu Papan di salah sebuah Stesyen Metro Moscow tertulis - 'Siap dibina pada tahun 1938'.Satu perkara yang menarik mengenai Tamadun Soviet ini,mereka cinta akan Sains.Negara kita juga mengimpikan Pembangunan Sains.Tapi usaha yang dilakukan kita pada ketika ini tidak berapa tepat.Kenapa?Akan saya ulas dalam Penulisan akan datang.

P/P/P/S : Banyak sebenarnya yang saya tidak dapat coretkan hasil Pengalaman Trip saya hari ini.Nanti insyaAllah ada masa saya sertakan dalam Penulisan akan datang.



6 comments:

  1. oh ya,gambar yang 1st kat ats tu nampak je kecil.sebenarnya besar.

    and ada satu lukisan tadi sebesar separuh padang futsal kot.
    pergh.

    ReplyDelete
  2. salam alayk~ syukran jazillan atas perkongsian yang bermanfaat,,moga istiqamah,, ana nak minta izin untuk print out enta punye ebook ya,, about terasing,,,

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam..

    Enta nak print yang zaman orang ganjil ke? Sila2. Boleh baca terma kondisi dekat dalam buku tu ada ana tulis ..

    Tapi boleh je print.smoga dredhai Allah.jzkk atas doa

    ReplyDelete
  4. Sebuah perjuangan itu perlu bersungguh2. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Rasulullah terpaksa bersusah-payah selama 23 tahun untuk menegakkan risalah Islam, sedangkan Allah berkuasa memberikannya tanpa susah payah itu. Tapi Allah mahukan kita bersusah-payah dan bersungguh2 berusaha yang terbaik untuk mencapai sebuah kejayaan dalam apa jua misi. Siti Hajar berlari ke hulu ke hilir mencari air antara bukit safa dan marwa. Allah boleh memberi air itu segera. Tapi Allah nak mengajar manusia supaya berusaha gigih dan mengharap pada Allah, Keluarlah air zam-zam yg dapat manusia nikamati ke hari ini, hanya dengan hentakan kaki seorang bayi iatu nabi ismail, ajaib bukan? Allah Maha Berkuasa, tapi kena usaha. Kejayaan hampir mustahil datang bergolek.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.ini komen paling bagus saya dapat sepanjang saya berblog.. banyak nasihat.jzkk..

    ReplyDelete
  6. Semoga anda juga menghargai setiap komen yang diberi dan diterbitkan. :)

    ReplyDelete