22.10.11

Explicit : Bila Terlampau Banyak Kebodohan Yang Berlaku Di Sekeliling,Kadangkala Kita Hanya Mampu Mengatakan 'Hurm'.Tapi Sampai Bila?

Prenote : Penulisan Explicit.Ditulis bukan dengan emosi walaupun kelihatan beremosi.Dan mungkin tidak semua orang mampu menerima apa yang ditulis.But,well.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

saya sebenarnya sedang membuat kerja rumah
ketika mula menulis penulisan ini
then saya terfikir
"apa motif sistem pelajaran hari ini"
manusia bukan lagi mencari Ilmu for the sake of seeking knowledge
sebaliknya
manusia masuk Universiti
semata untuk mendapat Sijil
nak dapat gaji besar
tak percaya?
anda hanya menentang realiti ini
jika anda berumur atas 40 tahun
hakikatnya
Generasi Y ini
tidak berminat langsung dengan sistem pelajaran ini
sistem pelajaran yang membunuh kreativiti dan produktiviti mereka
bagaimana anda mampu untuk fokus dengan begitu banyak 'perkara luar'
mungkin boleh menonton video ini untuk kefahaman


saya ada menulis tentang perkara ini
tapi masih dalam buku
saya tuliskannya ketika berada dalam kelas
kelas yang sepatutnya dihadiri 40 orang
tapi hanya 6 orang yang konsisten selalu hadir
saya salah seorang daripadanya
saya hanya pergi ke kelas itu atas dasar amanah kepada rakyat
kerana hakikatnya kelas itu sangat membosankan

apa guna mendapat sijil
jika bukan 'manusia' yang dilahirkan kelak,
tapi sebaliknya 'robot'
apa guna berharta
jika duit itu hanya diguna untuk memuas nafsu binatang
berapa banyak kita lihat hari ini
syarikat korporat yang berniaga
hanya untuk mengayakan golongan mereka
dalam masa sama menindas golongan manusia lemah lain
apakah ini definisi kemajuan bagi anda semua

kita dapat lihat hari ini
artis yang kaya raya
tapi hidup hanya untuk membeli dadah
berkahwin dengan pelakon porno
hidup bertukar pasangan
apakah ini namanya kemanusiaan?
apa anda tidak tahu?
renung luar jendela anda
anda akan sedar perkara ini

kadang-kadang
saya terasa sangat benci dengan sistem manusia hari ini
dan saya tahu
bukan saya seorang sahaja yang membencinya
benci bukan sekadar 'membenci untuk membenci'
bukan benci tanpa sebab
tapi benci kerana ketidak-adilan yang berlaku

anda sudah lihat video manusia dilanggar kereta?
then takde orang yang tolong budak itu
selama 10 minit keadaan itu berlaku
sehingga budak itu dilanggar dan digilis kenderaan lain semula
anda sudah lihat?
tidak perlu tonton pun tidak mengapa
tapi inilah bukti bahawa betapa teruknya kemanusiaan manusia hari ini
apakah kita sedang melihat binatang dalam tubuh manusia?
apa guna wajah yang cantik
tapi dilacurkan untuk mendapat wang
di manakah maruah manusia?
kalau jadi jutawan
tapi dalam diri hanya mahukan seks
tiada guna satu sen pun duit itu

penulisan ini tidak ditulis dengan emosi
tapi supaya difikir
berani kerana benar
itu yang saya fikir semasa menulis penulisan ini
buat apa hendak bimbang
saya hanya menulis sesuatu yang saya lihat
dan ianya sedang dan masih berlaku

berbalik kepada video budak kena gilis kereta tadi
kalau kita tengok video ini di youtube
banyak komen yang bergaduh-gaduh itu ini
tapi gaduh untuk apa?
tiada tindakan diambil
gaduh sekadar gaduh
keluar daripada rumah kita
bila komputer ditutup
kita lupakan segala pengajaran tadi
kita tidak amalkan apa yang kita cakap
betullah
ilmu hanya bermanfaat jika diamal

tiada guna berbangga dapat membuat senapang
jika senapang itu diguna untuk membunuh anak kecil dan wanita
dan hakikatnya
yang menembak itu sebenarnya sedang membunuh dirinya juga
apakah yang dibunuh pada dirinya itu
kemanusiaan dalam dirinya
ya
itulah yang sedang dibunuhnya

dan tiada guna berwajah lawa
tapi
entah

rasuah
maksiat
buang anak sana sini
siapa yang salah?
manusialah

ilmu dicari hari ini untuk berlagak hebat
bukan untuk bantu orang
apa gunalah ada PhD kalau setakat nak bergaya dengan gelaran
tapi sumbangan pada manusia tiada

narcissist sungguh

Apabila kita membaca al-Quran dan as-Sunnah,kita dapati Maha Adilnya Allah SWT yang tiada suatu pun untuk dibandingkan.Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnahkan sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.

Sama seperti mana manusia memusnahkan ekosistem alam ini,manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia.

Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia,demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia.

Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”. [Sumber : Link]

entah
saya sekarang hanya mahu menunggu habis belajar

sementara itu
saya akan cuba menegakkan keadilan
menyebarkan kebenaran
melalui platform dan cara yang ada
mengikut apa yang saya mampu
melalui apakah itu?
melalui blog ini
dan saya harap anda juga semua begitu

dan perlu diingat
kita menegak keadilan
bukan nak berlagak gengster
kemon la
itu childish

kesimpulannya
bila terlampau banyak kebodohan berlaku di sekeliling kita
kadangkala kita hanya mampu mengatakan 'hurm'

tapi sampai bila?
bangkitlah
jangan biarkan terlalu banyak kejahilan yang berlaku
tapi mungkin juga ini berlaku akibat terlalu ramai manusia yang tiada ilmu
tapi merasa dirinya pandai
jika anda golongan seperti ini
berubahlah
jangan memusnahkan dunia
semata kerana ego anda
cerminlah diri anda

kepada golongan beriman
berjuanglah
jangan berputus asa
dan kalau anda ada ilmu
gunakanlah ilmu anda untuk membangunkan manusia
bukannya hanya tahu mencari salah orang
melabel orang sesat la apa la
adoi la
grow up
kadang-kadang orang yang digelar 'sesat' itulah yang memenuhkan masjid
anda yang 'benar' ini?
di manakah hilangnya anda?
kalau benar mereka salah
tegurlah mereka
okay?
jangan hanya tahu memaki
ini nasihat untuk diri sendiri juga

Allah SWT Maha Melihat
ingat

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

Allah SWT bersama kita

jika ada harta
walau sedikit
bantulah orang yang susah
mari kita menjadi umat Islam yang beramal dengan Islam
bukan hanya umat yang hanya tahu bercakap
tapi tidak melaksana

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

boleh baca sini untuk maklumat lanjut

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [4:135]

sebelum terlupa
satu lagi contoh dunia kita sudah terbalik
tonton video ini


perkara macam ini
orang kita tidak mahu ambil tahu
tapi bila artis terkenal yang 'kaya hanya untuk diri mereka' bercerai
satu dunia kecoh
bertanyakan 'mengapa ini terjadi'
kenapa kita tidak mahu ambil tahu tentang kebuluran?
cukupkah gelengan kepala kita itu?
kenapa?
oh sebab ada orang yang sudah buat 'tanggungjawab' ini?
boleh baca sini

hurm
orang mungkin berkata
penulisan ini terlampau harsh
tapi inilah realiti hari ini
sebelum anda marahkan saya
lihat dahulu blog-blog politik melayu yang mengaku 'islam'
dan anda akan faham kenapa saya menulis penulisan ini

ingat
kita semua akan kembali satu hari nanti
kembali ke mana?
kembali = mati
dan kita akan dihisab amalan
ingat

anda mungkin boleh mengikat tubuh manusia
tapi kebenaran tidak akan terpadam
anda tidak akan mampu mengikat jiwa manusia yang mahukan kebenaran

dan ketahuilah
hanya islam sahaja solusi bagi masalah ini
islam sahaja satu-satunya kebenaran dalam dunia ini
tidak percaya?
bacalah terjemahan Al-Quran
dalam bahasa ibunda anda pun tidak mengapa
jika anda masih menidakkan kebenaran
terpulanglah

itu sahaja

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Allah SWT Maha Melihat.

P/P/S : Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.Manusia sahajalah yang sering menzalimi diri mereka.



4 comments:

  1. Salam. Mungkin apa yang saya nak tanya ni agak off topic sedikit. Cuma dari dulu dok ingat nak tanya: Adakah masa kecik-kecik dahulu saudara duduk di luar negara/bersekolah di luar negara?

    Sebab...cara pemikiran saudara agak tidak sama dengan corak pemikiran tipikal seseorang Melayu.... maksud saya, in a good way.

    - Terima kasih atas perkongsian video yang pertama tu. Seronok ditonton dan bermanfaat (andai di-extract ke tindakan susulan), insya-Allah.

    - Moga penulisan seperti ini diteruskan.

    - Dan.... Selepas gambar "hurm...." di bawah itu ada tersesat huruf "F" satu.. Huhu.

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam...

    haha.tak pernah sekolah luar negara.even tak pernah pergi luar negara pun b4 dis.saya datang dari family biasa yang tak kaya.sekolah kat sekolah malaysia.and membesar di 'bandar yang tidak besar'...

    tapi maybe sebab cara ibu bapa saya besarkan ..Alhamdulillah.tu sebab saya rasakan cara ibu bapa besarkan anak dia amat penting ..seorang nelayan pon leh besarkan anak yang cemerlang kalau dia nye pemikiran bagus.

    di samping tu,saya rasakan pemikiran sebegini - satu anugerah yang Allah bagi untuk saya.

    yang perlu saya manfaatkan untuk kegunaan manusia..

    tapi satu kelemahan masyarakat kita - mereka sukar terima pandangan yang membuatkan 'zon selesa' mereka tercabar..

    takpe..kita jangan buat hanya untuk masyarakat kita.kita buatlah kerana Allah SWT.untuk kemaslahatan umat Islam seluruh dunia..

    di situ kalau direnung,itulah indahnya Islam.

    video tu memang bagus.tapi orang taknak laksanakan sebab kepentingan pihak tertentu mungkin?

    jangan risau..
    insya-Allah satu hari nanti Islam akan bangkit kembali..tapi bila kita sebut Islam akan bangkit,ramai orang even orang Islam sendiri paranoid.apakah itu?padahal jika seseorang itu faham secara jelas apakah itu Islam,pasti mahukan Islam bangkit kembali.hurm.. kejahilan boleh membunuh..tapi tidak mengapa.kita berusaha sahaja..

    -insyaAllah akan ditulis lagi.tapi saya agak sibuk sekarang.doakan saya.

    - F tu seriously tak tau camne leh terlepas.hahaha.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. TQ sdra atas perkongsian ini. Video yg dipaparkan itu sangat menarik. Teruskan pancarian dan perkongsian untuk kebaikan.

    "Sekiranya kita dapat Allah, kita dapat segala2nya. Sekiranya kita hilang Allah (tiada dalam hati) kita hilang segala-galanya."

    Namun paparan video youtube ini acap kali juga dicampur adukkan dgn video2 perusak. Mungkin itu agenda musuh2 Islam untuk mengkorupkan minda umat Islam supaya tidak fokus, tetap kekal lara.

    ReplyDelete