15.10.11

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Oktober 2011).

Prenote : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Waktu yang dijanjikan telah tiba.Apakah waktu yang dimaksudkan itu?

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?"

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini ingin memulakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai bulan ini (Oktober 2011).

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.

Buku Apa Yang Diberi?

Setiap bulan,Penulis akan mencadangkan tiga judul Buku yang dirasakan bagus dan bermanfaat oleh Penulis (dan sila ambil perhatian,buku-buku yang akan dicadangkan ini telah dibaca oleh Penulis).

Antara Tiga Buku ini,hanya sebuah buku yang akan diberikan kepada Para Pembaca bertuah.Pilihan memilih buku itu diberi kepada Para Pembaca yang bertuah itu nanti.Kiranya,Pembaca ini perlu pilih salah satu dari tiga buku itu untuk diposkan kepadanya.

Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk nak dapat buku tu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini - "Apa Masalah Sebenar Kita Umat Islam Hari Ini?Apakah Punca Sebenar Terhadap Semua Masalah Kita Umat Islam?"

3) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

4) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Pengkomen pertama yang komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.


Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam)

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan Tiga Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Yang akan diberi sebenarnya satu buku sahaja setiap bulan.Haha.Tapi untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda kebebasan membuat Pilihan.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan ini,anda kenala bagi can kat orang lain pulak.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia tiga tajuk buku itu.

1) Untukmu Wanita Oleh Ustaz Zaharuddin


Penerangan : Buku ini amat perlu dibaca oleh Wanita-Wanita sekalian.Menerangkan tentang fitnah yang berlaku pada hari ini etc etc.Amat bagus kalau anda hendak bagi buku ini kepada Ibu,Kakak,Adik,Isteri anda atau mungkin anda sendiri hendak baca.Tak salah pun.Janji Ilmu itu sampai.

2) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui mphonline.com.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

3) Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu Penerbitan Yayasan Restu


Penerangan : Yang ini,saya juga amat syorkan.Sebabnya untuk Pengetahuan anda - Terjemahan Al-Quran keluaran Yayasan Restu ini amat-amat bagus.Bahasa Melayunya mudah difahami etc.Tapi sayang,sukar didapati di kedai-kedai buku.Mungkin di KL banyak,tapi bukan semua orang duduk KL kan?Saya juga ada tulis banyak Penulisan tentang Yayasan Restu ini punya produk.So,ada baik juga anda buat pilihan yang ini.Anda boleh bawa Al-Quran ini dalam kereta mungkin.Baca bila ada masa terluang selepas Solat etc.Kan?

Itulah dia tiga tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?

So,buatlah pilihan yang terbaik.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "siapa yang first komen dan jawab soalan saya,diala yang dapat buku tu".

P/P/S : Kalau anda di luar negara,tapi nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.

P/P/P/S : Kenapa satu buku sebulan?Sebab saya nak buat benda ni konsisten.Hehe.



12 comments:

  1. salam. saya berkenan dengan buku number 2.buku ni InsyaAllah khas ditujukan untuk keluarga saya supaya kami dapat sama2 mendalami agama.
    jawapan kpd persoalan masalah sebenar umat islam pada hari ini ialah kita jauh dari Allah, jauh dari Al-Quran malah dekat dengan dosa dan maksiat.Punca Sebenar Terhadap Semua Masalah Kita Umat Islam ialah kurangnya kefahaman agama dalam diri seseorang yang mengaku Islam tetapi tidak memahami secara total maksud Islam itu sendiri.wallahualam
    leh hubungi saya ezansahizzah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    terima kasih atas perkongsian pendapat.

    insya-Allah .saya sudah hubungi anda melalui email.

    assalamualaikum.semoga buku itu nanti memberi manfaat kepada anda sekeluarga.
    semoga kita semua dapat pahala berpanjangan dan diredhai Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. kepada anda yang lain,boleh cuba next month insya-Allah.

    tapi kalau still ada jawapan kepada soalan saya,boleh share kat sini.

    assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. aaaa. terlambat beberapa jam....buku free

    ReplyDelete
  5. Sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi yang pernah melintasi fikiran saya, mengenai persoalan yang telah saudara kemukakan. Masalah sebenar umat Islam hari ini, pada pendapat saya, adalah berpunca dari keterpisahan antara golongan-baik dan golongan-kurang-baik/golongan-yang-agak-bermasalah.

    Golongan yang baik terus menjadi baik, dan bertambah-tambah baik.

    Golongan kurang baik pula terbengkalai.

    "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar" oleh golongan baik tidak kesampaian kepada golongan kurang baik.

    Maksud saya...aaaaa... kiranya.... macam terwujud dua kelompok yang berasingan. Golongan baik duduk dalam kelompoknya yang tersendiri dan tidak bergaul dengan kelompok kurang baik.

    Tiada jambatan yang menghubungkan dua kelompok ini.

    Tapi kalau hendak dikatakan setiap orang baik perlu bertanggungjawab ke atas golongan kurang baik pon tidak juga...emmmmm........ Kerana tugas orang-orang baik itu bukan untuk memastikan setiap muslim akan ke syurga. Tetapi sekadar untuk memberi peringatan. Dan menyampaikan peringatan.

    Jadi kewujudan individu-kurang-baik itu tak dapat dielak. Oh. Give up. Idea ini sudah mula berpusing-pusing di dalam minda saya mencari punca sebenar. Kini saya mula hendak menyalahkan ibu bapa mereka yang tidak mendidik mereka dengan betul pula. Tetapi bila difikir mengapa ibu bapa mereka tiada kesedaran untuk mendidik anak-anak dengan betul: adalah kerana persekitaran zaman sebelum kita yang tidak menitik beratkan hal itu (hal untuk mendidik anak dengan betul).

    Dan kini saya teringin pula hendak mengatakan "Itu memang takdir". Telah ditakdirkan bahawa: memang akan wujud dua golongan: golongan baik dan golongan kurang baik.

    Jadi.....huhu... saya sendiri sudah mula pening.

    Maaf kerana point saya berterabur. Sekadar perkongsian pendapat peribadi. Huhu.

    Wassalaamu'alaikum.

    ReplyDelete
  6. @maher next time boleh cuba lagi.hehe.

    @elhafidz

    walaikumsalam
    saya setuju dengan point anda yang di atas.

    tapi untuk beberapa point anda bahagian bawah tu,saya ingin menjelaskan beberapa perkara..

    Allah SWT Maha Mengetahui setiap yang berlaku,depan dan belakang.
    dan Allah SWT juga Maha Adil.Dia takkan menyeksa seseorang melainkan setelah diberi petunjuk kepada mereka.

    bagaimana petunjuk itu diberi kepada seseorang?itu bukan urusan kita.

    tapi percayalah,setiap orang akan ada masanya di mana dia perlu buat pilihan..

    dan ya.Allah SWT memberikan kita pilihan dalam hidup ini.
    pilihan samada nak ikut perintah-Nya atau langgat perintah-Nya.

    tapi kedua2 nya ada keputusan yang akan menyusul di Akhirat kelak.Syurga atau Neraka.

    tidak perlu fikir jauh.
    berapa ramai kita lihat orang yang dahulu jahat,then jadi baik?
    ini semua kuasa Allah SWT.

    kita hanya perlu berusaha.
    dan berusaha.

    mengenai tanggungjawab orang beriman pula,memang kita kena sampaikan kebenaran kepada orang ramai.

    orang terima atau tidak,bukan urusan kita.sekali lagi saya ulang,kita ini hanya manusia,hamba kepada Allah SWT.dan Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
    [136]
    Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. [4:135-136]

    berdoalah kita semua agar ditetapkan hati,diberi kefahaman, dan dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam.syaitan ini tricknya banyak.

    assalamualaikum.maaf jika kelihatan seperti kasar bahasa saya.tapi saya sekadar mahu berkongsi apa yang saya tahu.tapi saya secara peribadi stuju sbb takde jambatan antara budak2 baik dan kurang baik.

    tapi apa yang kita lakukan untuk mengubah keadaan ini?sama2 kita usahakannya.

    ReplyDelete
  7. dan hendak tambah,saya sendiri dahulunya adalah manusia yang 'tidak baik'. amat berbeza dengan saya yang sedang menulis ini.tapi Allah SWT Maha Berkuasa.

    Dia memberikan kita pilihan.ingat.

    jadi kita yang sedar perlu menyedarkan orang ramai.

    assalamualaikum again.

    ReplyDelete
  8. salam ~~Muhammad Elhafidz ,ana nk tmbh apa tuan blg tlis di ats.kish psr mlm.katakan kita prgi psr mlm nk bli buah.ad dua gerai.satu gerai jual syur baek.1 lg jual teruk.kdai yg mne kte mhu plih?sdh smstinye kdai yg baek bkn?bknkh sudh nyata yg baek dgn bruk? huu -.- maaf klu ana silp..... ~~

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalaam.

    @Saudara/i Anonymous. Aha! :D Saya bersetuju dengan pendapat saudara/i! Cuma....Huhu... Saya gagal mengaitkannya dengan point di atas... Kerana saya kurang pasti ia merujuk kepada penambahan point yang mana satu... Hukhuk ^^".. Maaf kerana saya ni terkadang lembab...

    @Saudara Umar... Aha! Saya sudah cuba berfikir semula dan kini saya bersetuju dengan apa yang saudara katakan. Andai ibu bapa tidak dapat mendidik anaknya dengan baik sekalipun, tidak bermakna individu itu terus hilang potensi untuk berubah ke arah kebaikan. Begitu, kan?

    Jadi point untuk menyalahkan ibu bapa terus mati di situ.... apatah lagi hendak menyalahkan takdir yang telah menetapkan kewujudan keturunan baik-baik dan tidak-baik. Sedang iman itu bukan diperoleh dari jalan warisan.

    Owho! Sudah clear sekarang. Terima kasih atas pembetulan & penjelasan.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..

    betul tu... semoga kita semua dirahmati Allah SWT.dan kita sendiri,kena nasihatkan ibu bapa kitalah kalau mereka lost.kay?

    @anon terima kasih.jzkk

    ReplyDelete
  11. saya terlewat ... saya suka buku pertama, nanti kalau buat lagi masukkan lagi ye buku pertama tu..mana tahu waktu itu ada rezki saya..tq

    ReplyDelete