21.10.11

Indahnya Islam Itu Kerana... - Penulisan Ini Perlu Dibaca Oleh Umat Islam Yang Pandai Berbahasa Melayu.Dan Diharap Pembacaan Itu Nanti Tidak Sekadar Menjadi Satu Lagi Pembacaan Untuk 'Mengisi Masa Lapang'.Ilmu Hanya Bermanfaat Jika Diamalkan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Islam itu
sesuatu yang amat indah
dikurniakan Maha Pencipta
kepada umat manusia
untuk menyelamatkan mereka

menjadi umat Islam
dan mengamalkannya
boleh membawa ketenangan hati
kejayaan hidup
baik di dunia
dan juga Akhirat

indahnya Islam
kerana seseorang Muslim yang beriman
akan menjadi seorang yang humble
tidak bongkak
perkataan yang diucap
bukan semata hendak berlagak hebat
tapi kerana mencari redha-Nya
untuk menyebar kebenaran

indahnya Islam
kerana seorang Mukmin
memberi sesuatu
bukan untuk mendapatkan balasan dari manusia yang diberi itu
sebaliknya
pemberiannya ikhlas
dilakukan hanya kerana Allah SWT
Tuhan yang Menciptakannya
yang Memiliki Sekalian Alam
untuk mencari keredhaan-Nya

indahnya Islam kerana
biar kaya mana sekalipun orang itu
jika tiba waktu sembahyang
dia akan bersolat sama baris,berlaga bahu dan kaki
bersama orang yang mungkin miskin di luarnya
tapi mereka sama-sama bersujud
baik berkulit hitam,atau putih
semuanya sujud kepada Maha Pencipta
subhanAllah
tidak ada cara hidup lain lagi dalam dunia ini
yang boleh membuat seseorang begitu rendah diri
subhanAllah
bukalah mata kita

indahnya Islam
kerana seorang lelaki,jejaka yang mengamalkannya
secara automatik akan menjadi Jejaka Idaman Gadis
masakan tidak
lelaki Mukmin adalah lelaki yang takutkan Allah
lelaki Mukmin adalah lelaki yang mengikut peribadi manusia terbaik
peribadi Muhammad SAW
lelaki Mukmin hormatkan wanita
lelaki Mukmin bertanggungjawab
lelaki Mukmin ayah penyayang
rajin,berkaliber,berkepimpinan etc
dan yang lebih indah
lelaki Mukmin lakukan itu semua hanya kerana mencari redha-Nya
bukan untuk memarketkan diri
bukan juga untuk digilai gadis-gadis

indahnya Islam
kerana seorang wanita yang mengamalkannya
dengan penuh kesabaran
akan menjadi wanita yang rendah diri
penuh maruah
berilmu
dan sudah semestinya wanita yang beriman kepada-Nya
juga adalah seorang Ibu yang baik
yang boleh melahirkan
dan membentuk peribadi Generasi Masa Depan Mukmin
yang mulia
yang berintegriti
hiasannya bukan untuk 'jantan'
sebaliknya hanya untuk lelaki yang bergelar Suami

indahnya Islam
kerana Muslim yang beriman
sudah pasti akan menjadi seorang yang berilmu
seorang Mukmin tidak akan membuang masanya sia-sia
membuat perkara yang kurang bijak
atau dalam kata lain bodoh
semata hanya untuk mencari 'redha' manusia yang bersifat sementara
pandangannya jauh
cita-citanya - mencari redha Ilahi

terlalu banyak kata-kata yang boleh ditulis tentang indahnya jalan ini
tapi mustahil ditulis
kerana terlalu banyak

tapi sayang
manusia yang mengaku Islam hari ini
kebanyakannya hanya mengaku
tapi tidak melaksanakan
apalah gunanya

siapa yang rugi?
manusia itu juga
tercari-cari jalan hidup terbaik
sedang jawapannya sudah ada di depan mata
Islam itulah sahaja kebenaran
umat Islam - hatinya tenang

cakap banyak tiada guna
kembalilah
kembalilah kepada Islam yang sebenar
bukan Islam 'puak'
bukan Islam 'IC'
bukan Islam 'retorik cakap kosong hipokrit'
bukan Islam 'politik'

sebaliknya
marilah menjadi Muslim yang mengamalkan Islam
seperti yang diajarkan Baginda Rasulullah SAW kepada kita

kembalilah
nescaya engkau akan mengetahui
bahawa inilah kebenaran

kebatilan dan kebenaran itu memang jauh ternyata perbezaannya
ibarat seorang bohsia dan wanita solehah
ibarat seorang mat rempit dan juga lelaki mukmin
bukankah jauh perbezaan antara mereka semua?
begitulah juga jelasnya hakikat kebenaran

hanya yang dibutakan nafsu mampu menidakkan kebenaran ini
dan ketahuilah
hanya dengan iman yang kukuh kepada Allah dan Rasul-Nya
seseorang mampu mengikuti cara hidup ini sepenuhnya
kembalilah
berdoalah kepada-Nya
sesungguhnya hanya orang yang bersabar mampu mendapat redha-Nya
mampu memiliki Syurga itu

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Diharapkan Penulisan ini tidak sekadar menjadi satu lagi Penulisan yang kita baca/tulis tanpa mendapat satu habuk pengajaran pun.Pengetahuan itu tidak bermanfaat andai kita tidak mengamalkan apa yang kita tahu.Wallahualam.

P/P/S : Bacalah Al-Quran.



4 comments:

  1. if a person who is affected by a mysterious illness [something from ghaib, or unseen] without his willingness - for example : saka, sihir [buatan orang], will his faith not be counted?

    ... or changes in his behaviour due to the unseen 'matter' inside his body. for example : he used to read Quran every night, but after he got the illness, he became lazy and feels so disturbed whenever he's trying to retain his faith. even during his salah [prayer] he feels that something is wrong, his heart is no longer bothered by sins as he was before.

    i'm not sure if u've ever had anyone around u having this sort of problem. but i'd appreciate any point of view.

    thanks.

    ReplyDelete
  2. Satu penulisan yang sangat menyentuh hati dan perasaan. SubhanAllah.

    ReplyDelete
  3. @anon
    assalamualaikum.wat up.

    btw,saya nak komen tentang issue anda naikkan ni,tapi saya takde ilmu.so saya tanya sahabat saya yang dirasakan lebih layak ..

    ni jawapan dia..

    "wasalam wbt umar,
    jujurnye aku pun xtahu jawapan secara praktikal yg org tue nakkan.
    tetapi kalau ape yg aku dpt dalam usrah adalah mengamalkan surah al-falaq supaya dilindung kita dari sihir,gangguan,dan hasad dengki org.

    aku rasa jawapan yg ko boleh beri pada org tue adalah dgn pergi berubat di darulsyifa atau mane2 ustaz yg boleh handle.sebab perkara2 ghaib nie,mmg bukan sesuatu yg aku leh senang2 nk setelkn.memerlukan org yg diamanahkan utk setelkn.

    wallahualam.ape2 pun.meskipun sihir tue menyebabkan fizikal malas beribadah,tetapi kita perlu igt bahawa hati kita xde sape boleh ambil kuasa kecuali Allah.so..back to basic..jika malas beribadah.maknanya kene bersihkan hati,kene didik hati supaya lebih dekat kpd Allah." [SAHABAT KEPADA UMAR ZAKIR]

    so,itu pendapat dia..
    memang betul pon..
    hati ni hanya Allah SWT punya kuasa.
    orang mungkin boleh rantai fizikal kita,tapi mereka tidak boleh 'rantai' hati kita.

    tapi apa2 pon,makhluk halus memang wujud.

    tapi ...... tak perlu takutkan mereka sehingga melebihi ketakutan kepada Allah SWT.

    Allah SWT akan sentiasa melindungi kita jika kita memohon kepada-Nya.

    dan ingat,mungkin ini satu ujian.
    berdoalah.

    ni link darussyifa yang kawan saya cakap tu

    http://www.darussyifa.org/

    ustaz haron din punya ...

    semoga disembuhkan penyakit keluarga anda itu.atau penyakit anda.

    sentiasalah mohon kepada Allah SWT.hanya kepada-Nya kita sembah dan mohon...

    maaf kerana saya kurang pandangan tentang isu ini.sebab saya taknak bagi komen tentang sesuatu yang saya kurang ilmu..

    saya rasa leh kemukakan soalan ni kat page http://www.ustaznoramin.com/ .. dia rajin balas komen orang yang datang blog dia..

    harap jawapan saya membantu
    assalamualaikum.

    @blogger muslim
    semoga bermanfaat insya-Allah

    ReplyDelete
  4. tambahan @anon

    boleh tengok ni

    http://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/300684_205495459522974_202752153130638_499421_522646006_n.jpg

    ReplyDelete