13.10.11

Kadangkala,Kita Terlalu Cepat Menjustifikasi Seseorang.Janganlah Begitu.Semua Orang - Ada Potensi Untuk Menjadi Baik.Sama-Sama Kita Berusaha Menjayakannya.Insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kadangkala,ada masanya,kita terlalu cepat menjustifikasi (menilai luaran) seseorang.Tapi,pernahkah kita bertanyakan kepada mereka apa yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu?Atau pernahkah kita cuba menerangkan kebenaran kepada mereka dahulu?Jika mereka menolak apa yang kita katakan,itu bukan tanggungjawab kita.Tapi,kalau mereka menerimanya,Alhamdulillah,itu satu bonus bagi kita.

Ini yang perlu kita sebagai Golongan yang 'Sedar' renungkan.

Saya tertarik untuk berkongsikan suatu artikel yang saya baca di Tumblr sedikit masa dahulu.

(Sajak ini diambil dari link ini.Oleh kerana ini bukan Penulisan Pena Maya,saya memohon maaf jika ada sebarang kesalahan tatabahasa yang berlaku).

Dahulu,ketika Muhammad mendapatnya,
terus diberi kepada beribu-ribu manusia.
Dahulu,ketika Abu Bakar mendapatnya,
terus diberi kepada manusia-manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.

Dahulu,ketika Bilal mendapatnya,
terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.
Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya,
terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.

Dahulu, ketika Umar mendapatnya,
kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.
Itu dahulu.

Sekarang .. ?
Kita mendapatnya,
lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.
Kita mendapatnya,
lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.

Kita mendapatnya,
lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya .
kita merasa tidak layak,
padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.

Bila mulai merasa layak,
kita melakukannya pula demi segugus nama.

Pedang yang tumpul harus diasah.
Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.

Musuh kita al bathil,
Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama.

Tawadhuklah.
Berusahalah !
Buatlah kerana mardhatillah.
Bukan kerana diri sendiri. =)

Sudah baca?

Sekali lagi saya ulang,Sajak itu diambil dari link ini.

Banyak kali saya terjumpa orang yang kelihatannya seperti 'jahat',tapi jika kita bergaul dengan mereka,kita akan dapati mereka ini ada potensi untuk berubah.Orang seperti ini kadangkalanya bukan tidak mahu berubah,tapi keadaan sekeliling menyebabkan mereka sukar berubah.

Di sinilah terletaknya tanggungjawab kita Golongan yang 'Sedar'.

Jika anda ada kawan yang kelihatannya ingin berubah,approachlah mereka.Berikan mereka kata-kata perangsang.Dan kita kena faham Golongan ini biasanya (mereka-mereka yang ingin berubah,tapi agak lost) kebanyakannya bukan dari latar belakang Pendidikan Agama,jadi gunakanlah pendekatan yang berhikmah.

Contoh :

Mereka ini biasanya tidak begitu selesa apabila kita menggunakan terlalu banyak istilah 'Arab' dalam perbualan dengan mereka.Segan mungkin?Jadi,carilah jalan untuk membolehkan mereka tertarik dengan kebenaran ini.Jangan menyebabkan mereka semakin lari.

Yang saya hendak sampaikan di sini adalah,selagi seseorang itu berpegang dengan kalimah Syahadah,mereka ada potensi untuk berubah.Kita yang sedar tentang perkara ini perlu bekerja keras untuk menasihati mereka.Perlahan dan perlahan.

Dan oleh kerana ini zaman Internet,dan banyak masa kehidupan kita dihabiskan dengan melayari Internet (terutamanya Golongan Muda),apa kata kita kongsikan dengan rakan-rakan kita ini link-link yang bermanfaat (contoh : Blog Pena Maya yang anda sedang baca ini) yang boleh mereka baca untuk santapan rohani mereka.Kadangkala mereka ini tidak tahu apa yang ingin dibaca.Akibatnya,mereka tertewas membuang masa.

Ingat,tanggungjawab kita besar.

*** *** ***

Semalam,ada dua perkara berlaku menyebabkan saya tertarik untuk menulis Penulisan ini.

Yang pertama,saya berbual dengan seorang rakan saya.Atau ayat yang lebih tepat adalah - saya berbual dengan seorang Sahabat.Ya.Ada beza yang besar antara seorang rakan dengan Sahabat.Sahabat ini pada pendapat saya adalah seseorang yang walaupun Beliau tidak sama 'kepala' dengan kita,tapi perhubungan kita dengan mereka mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.Ini biasanya berlaku (dengan izin Allah SWT) melalui nasihat dan kata-kata perangsang yang diberikan mereka kepada kita.

Berbalik kepada cerita saya tadi.

Kami (Saya dan Sahabat ini) berbual tentang banyak perkara.

Dan Beliau menanyakan kepada saya,"Sebenarnya,kita berdakwah ini untuk mencari Redha-Nya.Untuk manfaat diri kita juga.Supaya diampunkan dosa kita.

Saya mendengar sambil menunjukkan muka berisyarat 'question mark' - tanda tidak faham.

Lantas Sahabat saya membacakan satu keratan dari Al-Quran Surah As-Saff diikuti maksudnya.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. [61:10-13]

Ya.

Perjuangan kita ini jika dilakukan untuk mencari redha-Nya,insya-Allah Allah akan mengampunkan dosa kita.

Jadi bersabarlah.Mungkin kita tidak dapat lihat keputusannya hari ini.Tapi ketahuilah kita,di Akhirat nanti ada ganjaran untuk kita menanti.

Berjuanglah dengan ikhlas.

Jika difikirkan,memang benar.Mungkin kita tidak memiliki harta berjuta,tapi ketahuilah,ganjaran kita telah dijanji oleh Allah SWT.Bersabarlah.Dan terus berjuang.

Peristiwa kedua yang saya maksudkan adalah,

Ada seorang Pembaca menghantarkan mesej kepada saya di Internet.Mengatakan Beliau tersentuh dengan salah satu Penulisan saya.

Alhamdulillah saya ucapkan.

Tahu apakah maksudnya di sini?Senang sahaja.

Tugas kita - hanya menyampaikan dan terus menyampaikan.Cuba sedaya upaya.

Jangan fikir soal orang mahu terima atau tidak.Itu semua - Allah SWT yang tentukan.

Tapi,insya-Allah jika kita lakukan bersungguh-sungguh,akan ada orang yang terbuka hatinya.

Jadi,kita janganlah berputus asa.

Jangan pernah sesekali menghentikan perjuangan ini.Ini kerana,di dasar hati setiap umat Islam,saya yakin mereka semua mahu berubah dan kembali.Kita perlu bekerja keras untuk menarik mereka.

Tertarik saya untuk berkongsi sebuah petikan dari buku The Ideal Muslim yang sedang saya baca pada masa ini.Sebenarnya saya pernah baca buku ini dahulu.Tapi saya ulang pembacaan itu sekali lagi kerana ia amat menarik.

"With this clear understanding of the reality of worship in Islam,the Muslim cannot but be a man with a mission in this life,a mision aimed at establishing the rule of Allah alone,in all aspects of life.

His Islam cannot be complete unless he shoulders the responsibility for fulfilling this mission and devotes concerted,sincere efforts to that end.It is this mission that gives the Muslim a true sense of belonging to Islam,and that is the only thing that will make him join the ranks of the believing,striving Muslims and give meaning to his life,as befits his role as a khaleefah (vicegerent) on this earth,one whom Allah SWT has preferred over most of His creation :

"We have honored the children of Adam;provided them with transport on land and sea;given them for sustenance things good and pure;and conferred on them special favours,above a great part of Our Creation..." [Quran 17:70]

No wonder that the sincere Muslim joyfully embraces this mission and eagerly devotes all his resources - his time,his energy and his wealth to fulfilling it.It is the distinguishing characteristic of his life,for it entitles him to draw closer to Allah.Without it,his life has no meaning,and there is no guarantee of earning the pleasure of Allah except by devoting ongoing efforts to accomplishing this mission.

Striving to establish the rule of Allah on earth is the greatest form of worship that the Muslim can undertake,for it brings him closer to Allah and affords him the means of earning His Pleasure.

So,the Muslim continually strives to make this goal a reality.He gives allegiance to no other cause,carries no banner except that of Islam,and adheres only to the principles of this religion."

Excerpt di atas diambil dari buku The Ideal Muslim yang anda boleh baca di sini.

Itulah misi kita.

Dalam apa juga bidang yang kita lakukan,kita harus meneruskan misi ini.Iaitu menyebarkan kebenaran ini.

Insya-Allah.Kerana manfaatnya akan didapati oleh diri kita juga pada akhirnya.

Semoga Allah Meredhai usaha kita semua.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan Giveaway akan diterbitkan hari esok Insya-Allah.

P/P/S : Jika kita ada Idea yang bagus yang boleh digunakan untuk manfaat umat Islam,jangan takut untuk kongsikannya.Orang terima atau tidak,itu soal lain.Yang penting kita cuba utarakan dahulu idea itu.Insya-Allah boleh dilaksana.



No comments:

Post a Comment