18.10.11

Kembali Kepada Allah SWT - Adalah Sesuatu Yang Perlu Disegerakan Oleh Kita.Ianya Bukan Sesuatu Yang 'Hanya Budak Baik/Skema' Perlu Lakukan.Sebaliknya,Semua Kita Manusia Perlu Bertaubat.Kenapa?Kerana Satu Hari Nanti Kita Semua Akan Mati Dan Dibangkitkan Kembali Di Hadapan Allah SWT.Menangis Ketika Itu - Tidak Berguna Lagi.Berubahlah Sementara Masih Ada Kesempatan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Astaghfirullahalazim.

Saya berdoa agar Allah SWT mengampunkan dosa-dosa yang telah saya (dan anda semua) lakukan,samada secara sedar atau tidak,yang besar atau kecil dan yang sengaja atau tidak disengajakan.

Dan saya juga menyeru kita agar kita semua meningkatkan usaha kita membuat perbuatan baik untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Kenapa saya katakan tentang perkara ini?

Senang sahaja.

Ini kerana perbuatan baik dapat menghapuskan perbuatan jahat yang kita telah lakukan.

Masih tidak faham?

"Bertakwalah di manapun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya ia akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik."

[Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi dari Abi Dzar. Tirmizi berkata: hadits ini hasan sahih. Dan Al Hakim mensahihkannya atas syarat Bukhari dan Muslim, dan disetujui oleh Adz Dzahabi dan Al Baihaqi dalam Asy-Syu'ab. Dan Ahmad serta Tirmizi dan Al Baihaqi juga Thabrani meriwayatkannya pula Mu'adz. Adz Dzahabi berkata dalam kitab Muhadz-dzab: sanadnya adalah hasan. (Al Faidl: 1/121)]

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. [11:114]

Mungkin apa yang saya tulis ini agak cliché,dan mungkin akan ada yang mengatakan penulisan yang mengajak orang kembali kepada kebenaran (Islam) sebagai 'skema',tapi come on la beb.

Kita semua satu hari nanti akan mati.Tidak kira anda siapa.Sehebat mana sekalipun anda di dunia ini,anda akan mati.Gaddafi,Najib Razak,Nik Aziz malah Pelakon Porno pun - akan mati.Semua manusia!

Dan semua kita akan dibangkitkan kembali untuk dihisab amalnya.Masa di dunia ni la kita nak buat benda kebaikan.Takde guna dah masa mati tu kita baru nak menangis.Ingat,hanya ada dua destinasi kelak - Syurga atau Neraka.Ini bukan main-main punya perkara.


Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

(Sila klik pada gambar di atas untuk Imej lebih besar)

So,beb-bebs sekalian,biarlah apa orang nak cakap kat kita - skema ke,loser whatsoever ke - Allah SWT Maha Mengetahui.Kita doakan sahaja mereka agar diberi petunjuk dan hidayah-Nya.Jangan kita pergi maki hamun pula orang yang maki kita itu.Itu bukan cara Islam ajarkan.

Renung ayat di bawah ini dengan mendalam.

And the servants of (Allah) Most Gracious are those who walk on the earth in humility, and when the ignorant address them, they say, "Peace!" [25:63]

Ya.

Islam mengajarkan kita dengan sikap rendah diri.

Kita cuba mengamalkan peribadi baik,mengikut perintah Allah SWT,meninggalkan larangan-Nya etc ini - bukan sesekali untuk mencari pujian manusia.

Tapi sebaliknya,kita cuba mengikut ajaran yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah SAW semata untuk mencari keredhaan-Nya.Kerana hakikatnya,inilah kebenaran (Islam).

Ya.Betulkan kembali niat kita andai telah tersalah langkah.

Janganlah pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Dengarkan video di bawah untuk sedikit nasihat.


Astaghfirullahalazim.Terlalu besar rahmat Allah SWT itu kepada kita.Kita sahaja yang sering berpaling daripada-Nya.Kembalilah.

Saya sebenarnya hendak tambahkan banyak lagi ayat Al-Quran dan petikan Hadis,tapi oleh kerana sasaran Penulisan ini adalah kepada Golongan yang tidak berapa gemar membaca,saya gantikannya dengan video,gambar etc.

Anda boleh kongsikan Penulisan ini di Facebook,Twitter anda etc.Semoga ada yang terbuka pintu hati untuk berubah nanti.Dan semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Dampingkanlah diri dengan rakan-rakan yang baik yang dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT.Mungkin kawan-kawan yang 'baik' ini tidak glemer,tapi ketahuilah,sahabat yang paling baik sebenarnya adalah sahabat yang dapat menyedarkan kita tentang kesilapan diri.Bukannya menggalakkan kita membuat kejahatan syaitan.Kerana hakikatnya,masa akhirat nanti,semua orang hanya memikir tentang nasib diri sendiri.Jadi,kembalilah kepada Allah SWT sekarang.Sedarkan rakan-rakan kita.

*** *** ***

Dan kepada orang yang ada 'ilmu' dalam suatu komuniti pula,tingkatkan usaha anda menyedarkan orang ramai.

Janganlah melakukan dakwah untuk kepuasan diri anda semata.Jangan.Jangan pernah sesekali membenarkan perasaan angkuh 'rasa bijak dari orang lain' menguasai diri anda.

Tapi,ini tidaklah bermaksud anda perlu berkompromi dengan kebenaran.Kebenaran perlu ditegak.Cuma anda perlu berhikmah di sini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,salah maklumat - bagitahu pada saya.Dan minta anda maafkan jika ada terkasar bahasa.

P/P/S : Saya pada mula hendak tulis Penulisan dengan tema lain,tapi entah macam mana (dengan izin Allah SWT) saya tertulis Penulisan ini.

P/P/P/S : Selagi orang itu berpegang dengan kalimah Syahadah,Al-Quran dan As-Sunnah,selagi itu mereka team kita.Kenapa perlu kafir/sesatkan orang lain?Mungkin mereka ada tersilap.Tapi bukankah kita boleh nasihatkan mereka.Jangan sesekali memperjuang kehebatan 'suatu puak' melebihi kepentingan Islam.

P/P/P/P/S : Sebagai permulaan,mungkin boleh baca Al-Quran dan Sembahyang Berjemaah - mungkin?



2 comments:

  1. kalau bace surah assajadah ayat 12 pon da cukup untuk warning kita supaya cpt kembali.. nice post

    ReplyDelete
  2. Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

    as sajdah 12

    ReplyDelete