22.10.11

Off Topic : Motivasi Comel,Jangan Pernah Putus Asa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya tidak mahu menulis kali ini.

Tapi,saya sekadar mahu berkongsi tiga video untuk sedikit motivasi kepada anda-anda di luar sana yang merasakan diri anda 'malang'.

Ketahuilah,di luar sana,banyak lagi makhluk yang lebih susah dari kita.Jangan putus asa,okay?

Selamat Menonton.

Amazing Legless Cat



A Two Legged Kitten



3-Legged Kitten



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". [3:190-195]

Itu sahaja.

Boleh baca Penulisan saya yang lama-lama di 'belakang' sana.

Maaf sekarang saya jarang menulis Penulisan berat.Agak sibuk.

Doakan segala urusan dipermudah.

Semoga Allah SWT mematikan kita dalam keadaan beriman dan memberikan kita keredhaan dan Syurga-Nya.Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada sesuatu yang dipanggil etika dalam bidang 'kreativiti' ini.

P/P/S : Esok insya-Allah kalau saya siap beberapa tugasan,saya akan tulis kembali.



1 comment:

  1. Salam...
    Dalam Mustika bulan ni ada cerita pasal 'Hero' si kucing kudung yang telah dikudungkan tangan depannya gara2 mencuri ikan 5 tahun dulu..alhamdulillah kucing tu hidup lagi sampai sekarang...kat kucing bleh plak nak buat hukum hudud..macam2..
    boleh tengok blog tuan pada 'Hero' ni kat kakimotong.blogspot.com

    ReplyDelete