29.10.11

Pagi Dari Soviet : Bercerita Tentang Effort,Waktu Solat Dan Kejayaan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Selamat Pagi.

Saya sebenarnya sedang menulis Penulisan ini (atau lebih tepat menyalin - kerana ianya sudah ditulis tangan beberapa hari lepas dalam buku nota saya) ketika saya mendapat komen dari salah seorang Pembaca Setia Blog saya.

Sebuah perjuangan itu perlu bersungguh2. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Rasulullah SAW terpaksa bersusah-payah selama 23 tahun untuk menegakkan risalah Islam, sedangkan Allah berkuasa memberikannya tanpa susah payah itu. Tapi Allah mahukan kita bersusah-payah dan bersungguh2 berusaha yang terbaik untuk mencapai sebuah kejayaan dalam apa jua misi. Siti Hajar berlari ke hulu ke hilir mencari air antara bukit safa dan marwa. Allah boleh memberi air itu segera. Tapi Allah nak mengajar manusia supaya berusaha gigih dan mengharap pada Allah, Keluarlah air zam-zam yg dapat manusia nikamati ke hari ini, hanya dengan hentakan kaki seorang bayi iatu nabi ismail, ajaib bukan? Allah Maha Berkuasa, tapi kena usaha. Kejayaan hampir mustahil datang bergolek.

Komen di atas ini ditulis oleh Tuan School Of Tots di Artikel ini.

Jujur cakap,saya merasakan inilah antara komen terbaik saya pernah dapat sepanjang saya berblog.Dan secara jujurnya,komen seperti inilah yang saya harapkan dari Para Pembaca.Kerana komen sebegini - ada nasihat untuk saya di situ.

Anda boleh lawati blog Tuan School Of Tots di link ini.

*** *** ***

Memang benar.Kejayaan hampir mustahil datang bergolek.Itulah fitrah kehidupan.Itulah pentingnya effort dalam kehidupan ini.

Jam sekarang menunjukkan waktu 0747 Waktu Tempatan di sini.Masih gelap.Subuh hanya akan tamat pada Jam 0830.Lewat bukan?Ini masih belum masuk Kemuncak Musim Sejuk.Anda boleh klik sini untuk melihat Jadual Solat di sini.Sangat cepat berubah waktu.Tidak seperti di Malaysia.Siapa yang lalai,amat mudah tertinggal solat.Tapi janganlah begitu,solatlah.Kerana Solat ini perkara pertama yang akan ditanya kelak.

Tambahan pula,Sistem Daylight Saving sudah dihapuskan.Makin bertambahlah lewat Subuh masuk.Ini semua satu cabaran yang harus ditempuh oleh kita dalam kehidupan.

'...maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya'
[107:4-5]

*** *** ***

Dalam hidup,adalah penting untuk kita belajar menerima teguran.

Saya semalam melihat sebuah video Youtube Melayu.Dan di bahagian komennya,situasi menyedihkan berlaku.

Masing-masing komen hendak tunjuk pandai.Menegakkan ego diri masing-masing.

Pada saya,jika kita ada pandangan,Youtube/Facebook bukanlah tempatnya.Kerana di situ orang hanya berkomunikasi untuk berlagak hebat.Last-last kita pulak yang tension emo.

Sebaliknya,jika anda merasakan anda ada pandangan,bukalah sebuah blog.

Banyak platform Blog Percuma yang anda boleh gunakan hari ini.

Blogspot,Wordpress,Tumblr etc.

Daftarlah.Dan menulislah anda idea anda di situ.Tapi ingat,Allah SWT Maha Melihat.Tangan kita nanti akan menjadi saksi apa yang dituliskan kita.Tulislah sesuatu yang bermanfaat.

Dan kongsikanlah penulisan anda itu bersama rakan-rakan di Twitter atau Facebook.Nak lebih bagus,tambahkan sekali Ayat Al-Quran/Hadis dalam Penulisan.Tidaklah orang baca 'kosong' sahaja nanti.Ha,kan bagus kalau semua orang buat macam ni.Boleh jadi satu bentuk Pelaburan Akhirat juga kalau kita ikhlas kerana Allah SWT.

Tulis untuk berkongsi idea.Itulah konsep sebenar blog yang sehingga sekarang ramai 'orang kita' masih tidak faham.Blog bukan untuk mencari duit ya adik-adik.Renung-renungkan.

Anda boleh tanya saya bagaimana hendak buat blog jika tidak reti.Saya akan membantu.Tanya di E-Mail pun boleh.

Itu sahaja untuk pagi ini.

Sebelum mengakhiri Pembacaan anda,apa kata renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini,

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. [23:1-11]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyakkan zikir,istighfar mengingati Allah SWT.


No comments:

Post a Comment