20.10.11

Pelbagai Perkara Dalam Satu Penulisan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang sedih.Sedih dengan diri sendiri.Sedih kerana sering melanggar perintah-Nya.Kecewa.

Benar kata orang,"kadang-kadang perkataan tidak dapat menggambarkan apa yang sedang dirasa oleh seseorang terhadap sesuatu".

Tapi,kita sebagai manusia,hamba kepada Maha Pencipta,janganlah pernah berputus asa dengan rahmat-Nya.

Saya tertarik untuk berkongsikan satu quote yang saya jumpa di Twitter tadi,

Bila iman tidak lagi menyala-nyala,
Diri mula kehilangan momentum syurga,
Maka janganlah duduk membiarkan sahaja,
Bergeraklah segera membaiki prestasi jiwa! [Link]

*** *** ***

Saya sebenarnya menulis Penulisan ini untuk berkongsi beberapa perkara.Secara ringkas.

Masa yang kita punyai setiap hari kelihatannya semakin sedikit,walau pada hakikatnya kuantitinya tetap 24 Jam.

Renungi Hadis di bawah.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

*** *** ***

Ada berita baik saya ingin kongsikan.

Saluran Youtube Islamik Khalifahklothing sudah kembali berfungsi.Alhamdulillah.

*** *** ***

"...Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." [5:48-49]

*** *** ***

Janganlah kita mengamalkan Islam hanya mengikut trend,hype semasa.

Istiqamahlah.Carilah Ilmu.Ingat,Allah SWT Maha Melihat.Kita semua akan mati juga satu hari nanti.Dan yang paling penting,akan diadili oleh-Nya.

*** *** ***

Amal baik itu banyak cara boleh dilakukan.Membuang sampah dalam Tong Sampah pun boleh jadi satu bentuk Ibadat kalau kita lakukan ikhlas kerana Allah SWT.

*** *** ***

Tugasan Akademik yang perlu dilakukan pada ketika ini - amat banyak.

Kadang-kadang saya............

Entah.

Okay.Saya tidak mampu menulis hari ini.

Otak saya sedang berserabut.Doakan saya.Dan Umat Islam semua.

Anda boleh baca Penulisan-Penulisan saya yang lama di blog ini.

Moga ada manfaat.

Kongsikannya juga dengan orang lain.

Ingat,dunia hari ini semakin hari semakin 'pelik'.

Tanggungjawab kita besar.

Kalau kita yang sedar ni pun nak turut sama ikut kepelikan ini,tiada siapa boleh dipersalah.

Berubahlah.

Banyakkan beristighfar.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.


No comments:

Post a Comment