11.10.11

Penulisan Ringkas Yang Mesti Dibaca Oleh Umat Islam : Ciri-Ciri Orang Beriman Di Dalam Al-Quran.

Prenote : Penulisan ditulis sebagai peringatan kepada diri sendiri dan umat Islam yang lain.Marilah kita sama-sama menjadi Golongan yang dikatakan dalam Al-Quran ini.Insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini,Channel Youtube Islamik - Khalifahklothing telah ditutup.

Pada saya,ini satu kerugian kerana banyak Video menarik boleh didapati di situ.Tapi tidak mengapa.

Sentiasa ada peluang untuk kita mencari Ilmu di mana-mana sahaja.Jangan jadikan penutupan Channel ini sebagai alasan 'kita tidak dapat menonton video Islamik'.

Ada banyak lagi Channel lain.

Antaranya,Channel Shaykha.Channel ini pada pendapat saya bagus.Cuma sebelum ini saya jarang menontonnya kerana saya selalu menonton Channel Khalifahklothing.

Apa-apapun,tadi saya sempat membuka Channel ini dan menjumpai satu video menarik.

Amat menarik pada pendapat saya.Menyentuh hati.

Jadi,saya amat-amat menggalakkan anda di luar sana untuk menonton video berdurasi 10 minit ini.

Tajuknya,Description Of The Believers In Quran.Bahasa Inggeris yang digunakan agak mudah.Jadi,jangan bimbang.Insya-Allah anda akan faham.

Selamat Menonton!


Di bawah ini saya sertakan Terjemahan Ayat Al-Quran yang dibacakan dalam video di atas.Cuba anda baca dan hayatinya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan

Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
[25:63-77]

Astaghfirullahalazim.Sama-sama kita tingkatkan usaha mencari redha-Nya.

Semoga Penulisan ini ada manfaatnya untuk anda semua.

Kongsikanlah ia dengan Umat Islam yang lain.

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap,terkasar bahasa,minta anda maafkan dan maklumkan kepada saya kesilapan yang saya lakukan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Boleh jenguk Saluran Youtube Rasmi Pena Maya di link ini dan Saluran Youtube Kedua Pena Maya di link ini.


No comments:

Post a Comment