7.10.11

Penulisan Serius : Nyatakan Dan Sebarkanlah Kebenaran Walaupun Perbuatan Anda Itu Bakal Menyebabkan Anda Kehilangan 'Dunia'.Tanya Diri Kita,Keredhaan Siapa Yang Kita Cari?

Prenote I : Jika hidup terasa bermasalah,bertahajjudlah memohon kepada Allah SWT.Luahkan segala yang terbuku di hati.Mohon keampunan,pertolongan dari-Nya.

Prenote II : Sebarang salah silap,minta kerjasama anda betulkan dan maklumkan kepada saya.Jika ada terkasar bahasa,minta dimaafkan.Terima kasih didahulukan.Semoga Allah SWT Meredhai anda semua.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam Penulisan kali ini,saya ingin menyentuh beberapa perkara.Atau lebih tepat,saya ingin kongsi/ulas tentang beberapa perkara yang saya baca di Tumblr/Twitter hari ini.

Jadi,jika anda seorang yang kurang rajin membaca,atau sebelum ini tidak pernah membaca Penulisan di blog ini kerana mungkin 'terlalu panjang',kali ini saya amat galakkan anda untuk membaca Penulisan ini.

Kerana insya-Allah ada manfaat yang boleh didapati anda.

*** *** ***

Bahagian yang ini dalam Penulisan ini - mungkin ramai akan salah faham apa saya cuba sampaikan jika tidak membacanya betul-betul.Tapi saya mahu tulis juga kerana saya rasa ianya penting.Dan saya akan cuba menulisnya agar mudah difahami.

Bagi saya,'Golongan Pendosa Liberal' adalah lebih berbahaya dari 'Golongan Pendosa Yang Tahu Dan Mengakui Akan Salahnya'.

Kenapa?

Saya tidak mahu memberi label kepada sesiapa di sini.Tapi ditulis label itu supaya memudahkan pemahaman anda.Dan saya sendiri yakin anda faham apa saya cuba sampaikan melalui istilah yang diberi itu.

Golongan yang 'Liberal' ini - apabila mereka buat suatu dosa,mereka mengatakan 'tidak mengapa' untuk perkara itu.Ada setengah mereka mengatakan 'well zaman dah berubah'.Kemudian,mereka update pula Status Twitter/Facebook mereka dengan ayat yang seolah-olah 'menghalalkan apa yang haram'.Yang lebih menyedihkan adalah kerana kebanyakan mereka ini punya Pengikut/Follower yang ramai dalam Internet.Jadi,ramailah orang-orang yang 'kurang Ilmu' terpengaruh dengan mereka ini.Apabila dinasihat mereka katakan orang yang menasihat itu Ignorant Jumud etc.Hurm.Golongan seperti ini sangat menyedihkan.Kita yang sedar akan hakikat ini perlu lebih bekerja keras untuk melawan balik ideologi yang disebar mereka.Kita perlu bekerja keras untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada orang ramai tentang Islam.Islam yang dibawa Rasulullah SAW.Bukan Islam MyKad.Lakukannya kerana Allah SWT.Bukan untuk memaki hamun mereka kembali.Tapi sebaliknya untuk memperbetulkan fahaman orang ramai terhadap Islam yang sebenar.

Ini kerana mereka ini berbeza dengan Golongan yang kedua tadi yang mana jika mereka buat silap,mereka tidak kata perbuatan mereka itu betul,sebaliknya mereka akui kesilapan itu.Dan mungkin mereka bertaubat.Contoh mudah,katakan mereka (Golongan Kedua) meminum Arak.Mereka tahu itu salah.Tapi,mereka tidak mengatakan minum arak itu 'halal'.Berbeza dengan Golongan Pertama.

Tapi,ini bukan bermaksud saya kata kita perlu buat dosa.Astaghfirullahalazim.Tidak.Jangan sesekali memandang rendah akan dosa kita.Neraka itu sangat dahsyat.Bertaubatlah segera.

Tapi sekadar berkongsi realiti dalam kalangan Umat Islam hari ini.Anda sendiri dapat lihat di Facebook/Twitter/Blog etc anda saban hari.

Berubahlah.Carilah Ilmu.

Mungkin boleh baca Penulisan ini sebagai bacaan tambahan.

*** *** ***

"Pahitkan kebenaran?"

Saya terdiam apabila membaca ayat di atas yang merupakan Status Twitter seorang Sahabat yang juga merupakan Schoolmate saya dahulu.

Ya.

Kebenaran merupakan sesuatu yang pahit untuk diterima jika kita sedang berada dalam kondisi kebatilan.

Tapi,sepahit mana sekalipun untuk diterima dan diucap,kita harus menyatakan kebenaran itu walaupun perbuatan kita menyatakan kebenaran itu akan membuatkan kita menerima tentangan dari satu dunia.

Sebagai contoh kita mahu beri kebenaran tentang Islam.Pasti ada manusia yang menentangnya.

Tapi,apakah itu membuatkan anda berputus asa dalam perjuangan?Tanya diri,keredhaan siapa yang anda cari?

Saya mahu kongsikan beberapa perkara untuk kita sama-sama renungi.Dan hayati.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
[4:137-139]

Dalam ayat di atas Allah SWT terang-terang mengatakan kepada kita tentang perkara ini.Dalam kata lain,apa yang saya faham adalah janganlah kita semata-mata hendakkan 'keredhaan' manusia,nak disukai manusia lain - kita menjual agama kita.

Selain itu,di bawah ini ada beberapa lagi perkara untuk dikongsi.Masih dalam tema yang sama.

"Orang yang beriman berada di antara lima kesukaran; orang Muslim lain yang hasad kepadanya, orang munafik yang membencinya, orang kafir yang mahu membunuhnya, syaitan yang mahu menyesatkannya, dan nafsu yang sentiasa menentangnya :)" [Sumber : Link]

Dan anda juga boleh baca artikel-artikel di link ini,ini dan ini.

Hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan. [Hadis riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya]

"Demi jiwaku ditangan-Nya, hendaklah kamu terus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau jika tidak dibimbangi Allah akan mengutuskan satu azab ke atas kamu kerananya. Kemudian jika kamu berdoa kepada-Nya, tidak pula akan diperkenankan doamu itu." [Riwayat At-Tirmizi]

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [4:135]

Kesimpulannya,tegakkanlah kebenaran.

Memang kita perlu berhikmah dalam menyebarkan kebenaran - itu perlu kita sentiasa ingat.Tapi berhikmah bukan bermaksud kita berkompromi dengan kebenaran.Ada beza besar di situ.

Tanya diri kita kembali,keredhaan siapa yang kita cari?

*** *** ***

Saya ingin berkongsikan dua perkara dalam bahagian ini.

Yang pertama Status Twitter saya sebentar tadi.

'RIP' - tiada RIP jika di dunia tidak mahu beriman kepada Maha Pencipta.Rujuk Terjemahan Al-Quran Az-Zumar Ayat 54-60 untuk sedikit pedoman. [@PenaMaya]

Yang kedua,Terjemahan ayat Al-Quran di bawah ini.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -

"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ' -

"Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!"

Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?

Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
[39:54-63]

*** *** ***

Saya hendak kongsikan banyak lagi perkara.Tapi ini sudah agak panjang.Esok,Insya-Allah saya sambung.

Ingat,jangan takut menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit.Kerana hakikatnya,kita sedang hidup dalam keliling yang penuh dengan kebatilan.

Carilah Ilmu.Mohonlah agar diberi kekuatan.

Berubahlah.Berubah dan terus berubah.

Jangan cari redha manusia.Pasti anda akan menyesal kelak.Sebaliknya,carilah Redha Ilahi.Dia Maha Pencipta yang Menguasai dan Memiliki Sekalian Alam.

SubhanAllah.Astaghfirullahalazim.

Saya juga cadangkan anda untuk follow Tumblr ini jika anda ada Tumblr.Saya mendapati di sana banyak Post bermanfaat.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sudah Oktober.Seperti dijanji,tidak lama lagi saya akan memberi sedikit Giveaway.Siapa mahu buku percuma?

P/P/S : I'm missing something.



2 comments:

  1. jika masih belum download ebook kedua penulisan saya - ini linknya www.mediafire.com/?zjbxocg4qf2k3h6

    selamat membaca!

    p/s : kepada para golongan liberal,kembalilah.janganlah terlalu ego.baca al-quran.

    ReplyDelete
  2. :) baca al Quran.
    Oh ya,buku percuma apa?

    ReplyDelete