16.10.11

Penulisan Untuk Sahabat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"walau aku pernah kau sakiti
walau kau pernah aku sakiti
itu tidak bermakna engkau musuhku
aku tetap mahu berjumpa denganmu di syurga sana"

ayat yang ringkas ini
yang dibaca entah di mana

tidak berapa lama dahulu
amat mendalam maksudnya

membawa seribu maksud
yang menyentuh isu kemaafan,persahabatan dan persaudaraan

sahabat yang baik
adalah tempat kita berkongsi masalah

sahabat yang baik
adalah tempat kita menaruh kepercayaan

sahabat yang baik
adalah yang mampu menarik kita kepada kebaikan

dan dalam mencari sahabat yang baik
kita perlulah dahulu menjadi sahabat yang baik

ibarat siang dan mentari
malam dengan bintang

semoga persahabatan yang baik akan terus bersinar
seperti terbangnya lebah dan rerama itu

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." [18:28]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat di samping orang tersayang.Semoga Allah SWT Meredhai kamu berdua.Amin.


No comments:

Post a Comment