9.10.11

Random Rant Malam Ini : Begitu Pantas Masa Berlalu Sehingga Kita Tidak Menyedari Bunyi Jarum Yang Berdetik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan ini saya akan tulis ringkas sahaja.

Pantas bukan masa berlalu meninggalkan kita?

Pernahkah anda diberi suatu tugasan oleh Majikan/Guru anda.Dan anda ada dua minggu untuk siapkannya.Anda fikir,"Ah,takpe.Lambat lagi".

Zap-zap-zap masa berlalu.

Anda kini sudah berada pada hari di mana tinggal sehari sahaja lagi untuk anda menyerahkan tugasan anda.

Banyak kali bukan perkara ini berlaku?

Dan masa semakin lama semakin pantas bukan meninggalkan kita?

Begitulah juga hidup.

Hidup ini amat pantas.

Semua manusia ingin berubah.Semua manusia ingin kejayaan.Semua manusia ingin kaya.Semua manusia ingin bahagia.Dan yang paling penting,semua manusia mahukan Syurga.

Tapi,berapa ramai manusia yang berusaha gigih mengejar matlamat?Berapa ramai pula yang kecundang dalam perjuangan?

Berapa ramai juga yang terlupa terus cita-cita itu?

Hidup ini sebenarnya - kita 'berlawan' dengan masa.

Apa beza antara orang yang sukses dengan orang yang gagal?

Salah satunya - kebijakan menguruskan masa.

Kita semua diberi masa oleh Allah SWT setiap hari 24 Jam.Sama banyak.

Tapi,apa yang kita buat dengan masa itu?

Penulisan ini mungkin agak cliché.Tapi ketahuilah.Sebenarnya yang anda katakan cliché itulah yang sering kita lupa.

Cuba renungi ayat di bawah ini dengan sepenuhnya,

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bila kali terakhir anda memohon keampunan dari Allah SWT?Bila kali terakhir anda bangun bertahajjud?Bila kali terakhir anda berdoa untuk Ibu Bapa anda?Tidakkah anda sayangkan Ibu Bapa anda?Kenapa tidak doakan Ibu Bapa anda?Tahukah anda betapa pentingnya doa anak soleh?Bilakah kali terakhir anda merancang berbuat baik?Jangan terlalu banyak membuat 'perancangan untuk hari esok'.Apa kata,hari ini,kita mulakan langkah.Kenapa tidak mula bertahajjud pada malam ini sebagai contoh?Fikir-fikirkan.

P/P/S : Giveaway akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Tapi sekarang ini saya agak sibuk dengan tugasan Akademik.Doakan semoga dipermudah.Sentiasalah beristighfar.Astaghfirullahalazim.

P/P/P/S : Beruntunglah sesiapa di antara kita yang menyedari dan sentiasa alert akan pergerakan jarum itu.Tidak terleka dengan permainan dunia ini.



No comments:

Post a Comment