16.10.11

Sistem Manusia : Mungkin Kita Kelihatan Maju Pada Luarannya.Tapi Hakikatnya,Selagi Kita Meninggalkan Kebenaran Ini (Islam),Selagi Itulah Kita Akan Menjadi Manusia Yang 'Lompong Dan Kosong' Dalamannya.

Prenote : Kenapa saya mengatakan Islam itu kebenaran?Jika anda seorang manusia yang belum lagi mengenal apakah itu Islam,saya menjemput anda membaca Al-Quran dan Terjemahannya.Anda boleh dapatkan Al-Quran di kedai berhampiran anda.Atau mungkin anda boleh cari di Internet sahaja mungkin.Tapi,pastikan link yang boleh dipercayai.Takut ada versi yang telah disabotaj oleh tangan-tangan khianat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Astaghfirullahalazim,Astaghfirullahalazim - marilah kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang tidak putus-putus kita lakukan.

*** *** ***

Saya sedang membaca buku The Ideal Muslim sebelum saya menulis Penulisan ini.Buku The Ideal Muslim ini untuk pengetahuan anda adalah hadiah Giveaway untuk sesi bulan ini.Dan penghantaran buku ini kepada Penerima Bertuah sedang berjalan.

Dan,saya sebenarnya hendak menyentuh tentang Topik 'Perlunya Kita Menghormati Dan Melayani Ibu Bapa Dengan Baik' dalam penulisan ini.Tapi,ketika mula menulis,banyak pula Idea yang datang (dengan izin Allah SWT),jadi terlahirlah penulisan ini.Semoga bermanfaat.

*** *** ***

Dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW,banyak disebutkan betapa perlu kita melayani Ibu Bapa kita dengan baik.Malah,perbuatan ini diangkat begitu tinggi sekali dalam Islam.

'Abdullah ibn Mas'ood RA said :

"I asked the Prophet (SAW), 'Which deed is most liked by Allah?' He said, 'Prayer offered on time.' I Asked him,'Then what?' He said, 'Kindness and respect towards parents.' I asked him, 'Then what?' He said, 'Jihad for the sake of Allah.'" [Bukhari and Muslim]

SubhanAllah.Betapa tinggi dan mulianya perbuatan baik kepada Ibu Bapa itu sehinggakan diletakkan sebaris dengan Jihad di jalan Allah SWT.

Banyak lagi ayat Al-Quran lain yang menyentuh tentang perkara ini.

Antaranya,

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; [4:36]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. [29:8]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [31:14]

*** *** ***

Tapi memang benar.Ada benarnya kenapa Allah SWT Memerintahkan manusia memuliakan Ibu Bapa.

Saya tidak tahu jika anda bersetuju atau tidak,tapi mengikut apa yang saya lihat,salah satu punca keruntuhan Akhlak manusia pada zaman ini adalah akibat perbuatan mereka menderhaka kepada Ibu Bapa dan juga tidak melayani Ibu Bapa mereka dengan baik.

Sejak saya merantau di Negara Barat,saya dapat melihat,ramai Wanita-Lelaki Tua di tepi jalan yang masih berniaga (atau perkataan yang lebih tepat di sini adalah - menjaja) di kala usia mereka sudah mencapai 9 Dekad.

"Di manakah Anak mereka?" - mungkin itu yang ditanya anda.

Tetapi,itulah realitinya.Anak-anak mereka tidak menjaga mereka.Kenapa?Sistem Manusia yang kita jalani pada hari ini mengajarkan manusia untuk 'hidup hanya untuk diri sendiri'.Melupakan tanggungjawab kepada Ibu Bapa.Apabila manusia itu mengabaikan tanggungjawab pada Ibu Bapa mereka,telah hilanglah nilai kemanusiaan dengan skala besar dari diri mereka.Dan kitaran itu diteruskan sehingga kepada Generasi seterusnya.

Akibatnya,jika diteliti,manusia walaupun luarannya kelihatan semakin maju dengan Teknologi iPhone,Android whatsoever - tapi dalamannya - mereka semakin miskin dan mundur dengan nilai kemanusiaan.

Malah kadangkala,haiwan yang digelarkan 'binatang' oleh manusia itu sendiri lebih bersifat 'kemanusiaan' daripada manusia - yang ada masanya lebih menyerupai 'binatang' dari menjadi insan.

Tidak percaya?

Anda pernah lihatkah 'kucing' membuang anak?Tapi tentu anda pernah lihat 'manusia' membuang anak bukan?

Astaghfirullahalazim.Saya sering berpendapat,manusia akan menjadi lebih teruk dari binatang jika mereka meninggalkan Jalan Hidup yang sebenar ini (Islam) dan hidup mengikut nafsu mereka semata.Anda bersetuju atau tidak,itu saya tidak tahu.Tapi,bak kata seorang Pembaca Blog saya,kebenaran dan kebatilan itu jelas perbezaannya.Manusia sahaja yang sering membutakan mata mereka menidakkan kebenaran.

Cuba renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini.Ada benarnya.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]

Kita mungkin merasakan Kemodenan inilah yang paling baik bagi kita,tapi sebenarnya apakah kemodenan ini baik untuk kita?

Sudah beberapa episod 'Murid Kurang Hajar Kepada Guru Yang Sudah Tua' saya saksikan sepanjang saya hidup di Negara Barat yang majoriti manusia gelarkan sebagai Negara Maju 'Teknologi Hebat' ini.

Manusia - mereka rasakan mereka tidak perlukan pengisian rohani - akibatnya,mereka membangun dengan ketempangan.Kosong di dalam Jiwa.

Dan ada di antara manusia merasakan 'Islam/Agama' ini Jumud.Konon tidak boleh mengamalkan seks bebas etc.Tapi tanya diri kita,adakah itu baik untuk kita sebenarnya?

Dan hakikatnya,kita memang perlukan Islam.Kenapa?

Fitrahnya (secara semulajadinya) - kita ini seorang hamba.Hamba kepada Maha Pencipta.Kita perlu mengikut apa yang diperintah-Nya.Kerana Dia (Allah SWT) Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Dan ini semua untuk kebaikan kita.Allah SWT tidak sekali-kali memerlukan kita.Kita yang memerlukan-Nya.

Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [14:8]

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [20:132]

Astaghfirullahalazim.

Tapi kita bongkak.Dan menzalimi diri sendiri.Kembalilah wahai manusia.Ketenangan tidak boleh dicari dengan harta ini semua.Harta itu perlu.Tapi itu bukan matlamat kita.Dunia ini sementara sahaja.

Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). [6:94]

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,berikanlah kami petunjuk dan Hidayah-Mu.

Amin.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya harap anda faham apa saya cuba sampaikan.

Anda boleh baca Penulisan-Penulisan di bawah ini untuk bacaan Tambahan :

1) Sesempurna Manapun Kelihatan Suatu Sistem Manusia Itu,Ia Hanyalah Bersifat Sementara.Ini Kerana Sistem Allah (Islam) Sahajalah Yang Dapat Membawa Kita Kepada Kebenaran Dan Ketenangan Abadi. (Artikel Mesti Baca)

2) Catatan Seorang Pengembara : Sistem Manusia/Hutem.

Saya memohon maaf jika penyampaian dalam Penulisan ini kurang memuaskan.Ditulis dalam keadaan segera.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa,minta anda maafkan dan betulkan kesilapan saya.

P/P/S : Banyak Penulisan yang ingin saya tulis tapi tertangguh sehingga kini.Antaranya tentang orang Somalia,ayat Al-Quran 2:216,kisah Artis Barat yang kosong Jiwa mereka,kelemahan Sistem Pendidikan pada hari ini dan banyak lagi.Kebanyakannya adalah penulisan berdasarkan kajian dan pendapat Peribadi saya.Ya.Saya seorang manusia yang suka menganalisa suasana yang berlaku dalam hidup kita hari ini.Tengoklah,ada masa nanti,saya tulis Penulisan-Penulisan ini.Tapi buat masa ini,saya tulis apa yang saya mampu sahaja.Ini kerana,masa kita sedikit,tanggungjawab kita banyak.Jadi,grablah masa yang ada untuk buat apa-apa kebaikan yang termampu sebagai Pelaburan Akhirat.Wallahualam.

P/P/P/S : Doakan saya.Amin.



2 comments:

  1. Posting yg bermanfaat. Teruskan renung & fikir, melihat kehidupan via bird eyes. Semakin bertambah ilmu semakin bertambah taqwa, insyaAllah.

    ReplyDelete