12.11.11

Apa Yang Kita Baca Setiap Hari Membentuk Peribadi Kita.Ada Benarnya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

apa yang kita baca setiap hari
bakal membentuk diri kita
ada benarnya

hanya dengan membaca
kita dapat mengetahui realiti semasa dunia
menyedari penindasan yang berlaku

jika tidak dibaca semua ini
atau hanya mendengar apa disuap media massa semata
butalah mata kita terhadap realiti

jika setiap hari hanya gosip dibaca
kecillah minda kita
luaskan skop pembacaan
pasti besarlah pemikiran

tiada siapa yang salah apabila kita tidak tahu
jika kita sendiri malas untuk tahu

bacalah perkara yang bermanfaat
bacalah Al-Quran
bacalah Ilmu
bacalah berita yang menyedarkan diri
barulah hidupmu tidak diperkotak-katik

entah
sukar melihat kebenaran
andai kita selesa di dalam kegelapan

dan ketahuilah
kebenaran dan kejayaan itu
tidak akan datang bergolek

perlu ada effort dilakukan
untuk mencapainya

tepuk dada
fikir-fikirkan

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. perhgh,anologi yg agak menarik,menampkkan kerisauan penulisnya...

    ReplyDelete
  2. =) terima kasih PenaMaya! Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. jom kite same2 luaskan pembacaan~

    ReplyDelete
  4. Setuju, bahan bacaan melambangkan keperibadiaan individu seseorang.

    ReplyDelete
  5. Jauh pembacaan luas pengetahuan.

    ReplyDelete
  6. apa yg kita baca hari ni jugak...5 thn lg dapat dilihat...

    ReplyDelete