6.11.11

Catatan Seorang Pengembara : Hidup Di Dalam Dunia Yang Penuh Fitnah,Anda Mahu Menjadi Mangsa Atau Mencuba Mengubah Keadaan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Permulaan

Seperti yang kita ketahui,banyak kecelaruan,huru-hara dan kekusutan sedang berlaku di seluruh dunia sekarang.Jadi,sebagai Penulis yang menulis untuk mencari keredhaan Allah SWT,saya merasakan adalah perlu saya menulis tentang beberapa Isu yang melanda sekarang ini.Tapi,kekangan masa dan tanggungjawab menyaksikan saya gagal menulis sejak beberapa hari lepas.

Penangguhan ini,ditambah pula dengan banyak aktiviti yang saya lakukan beberapa hari ini,menyebabkan semakin bertambah banyak perkara yang perlu ditulis,tetapi tertangguh.Oleh kerana menyedari hakikat bahawa penangguhan penulisan yang terlalu lama akan membawa kepada 'tidak menulis',jadi hari ini saya akan (cuba) menulis panjang dan padat.

Jadi,saya meminta anda semua yang ingin mendapatkan sedikit Ilmu dan Pengalaman untuk membaca Penulisan yang saya bakal tuliskan di bawah ini sehingga habis.Ini bagi memudahkan pemahaman anda,dan bagi memastikan tiada Ilmu yang tertinggal tidak dibaca.

Ingat,masa kita terlalu sedikit untuk kita buang dan sia-siakannya dengan perkara tidak bermanfaat.Dan ingat,orang yang berjaya adalah orang yang banyak effort.

Mari kita mulakannya,insya-Allah.

*** *** ***

Isu Gay/Lesbian/Transgender/Biseksual Merdeka

Baru-baru ini,kedengaran diperkatakan ada himpunan seksualiti hendak diadakan.

Dengar tajuk di atas pun,sebagai seorang manusia yang waras kita akan rasa geli dan tidak selesa bukan?Masakan tidak geli apabila membayangkan lelaki 'berburung' tapi dalam masa yang sama berbuah dada.Astaghfirullahalazim.

Sebenarnya,pendapat peribadi saya,manusia itu Allah SWT ciptakan dengan akal.Fitrah kita - semua daripada kita tahu.Tapi,apabila manusia mengikut nafsu syahwat kebinatangannya semata tanpa menggunakan akalnya,banyaklah pemikiran pelik yang muncul.

Orang akan menggelar saya homophobe,but what can I say.

Saya hendak tulis panjang tentang Isu ini,tapi oleh kerana telah ramai orang sudah ulas Isu ini,saya sekadar ingin mengongsikan beberapa link yang saya rasakan amat bermanfaat dan perlu anda ketahui tentang Isu ini.

1) Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu Dibantah - saya merasakan pandangan Ustaz Zaharuddin ini sangat bagus.

2) Dan video ini,yang merupakan sebuah excerpt dari sebuah talk yang saya hadiri di Kuala Lumpur semasa Cuti Musim Panas baru-baru ini :


Di dalam video ini ada menyentuh tentang Isu ini.Boleh anda tonton untuk maklumat lanjut.

Dan dalam Penulisan Ustaz Zaharuddin di atas,ada dinyatakan berkenaan hak asasi.Ada benarnya.Cuba kalau Golongan Pengamal Sumbang Mahram turut sama menuntut 'Hak Asasi' mereka,adakah ini bersifat kemanusiaan?Hakikatnya,Gay,Lesbian etc adalah sesuatu yang menentang fitrah kemanusiaan.Baca Penulisan Ustaz Zaharuddin di atas untuk kefahaman lanjut.

Dalam Al-Quran ada juga disebut kisah ini :

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan."
[7:80-84]"

Sebenarnya cukuplah ayat Allah untuk menjadi peringatan buat orang yang mahu beriman.Dan kepada Para Pembaca,sila baca Pandangan Peribadi saya ini dari sudut kemanusiaan yang waras.

Dan baca juga link yang saya sertakan di atas.Bayangkan kalau perkara ini dibenarkan,lepas ini ada orang yang buat seks luar tabii lain mahu tuntut perkara sama,di manakah kemanusiaan kita?

Jadilah manusia,bukannya binatang yang bertopengkan manusia.

*** *** ***

Kerja Keras Seseorang,Lambat Laun Pasti Akan Berhasil

Saya baru sahaja terjumpa Blog beberapa Rakan Sekolah Rendah saya dahulu.

Apa yang saya boleh katakan,memang benar kata-kata Orang Tua - 'Kerja keras ke arah kejayaan tidak akan pernah merugikan kita'.

Apa maksud ayat saya ini?

Biarlah saya seorang sahaja yang faham - untuk menjadi motivasi diri.

Tapi,kita boleh juga aplikasikan moral ini ke dalam konteks Pelaburan Akhirat juga.

*** *** ***

Peng-Kapitalisasi-An Dunia

Beberapa hari yang lepas,hari Khamis untuk lebih tepat,saya bercadang untuk pergi ke sebuah muzium memandangkan saya bercuti dari hari Khamis-Ahad (Jumaat merupakan Cuti Umum seluruh Russia).

Entah bagaimana,saya silap berhenti di Stesyen yang salah ketika menaiki Metro Train.Lantas plan ditukar yang menyaksikan saya pergi ke tarikan Pelancong yang ada berdekatan dengan Stesyen itu.

Keluar-keluar sahaja Stesyen,kelihatan sebuah Monumen Orang Agama Soviet Abad Lepas.

Monumen yang menunjukkan dua orang lelaki berjanggut tebal yang sedang berdiri.

Membuatkan saya teringatkan sesuatu yang pernah diceritakan oleh seseorang kepada saya suatu ketika dahulu (saya tidak ingat samada orang ini Guru saya atau Rakan saya).

Ceritanya itu berbunyi begini,

"Beberapa ratus tahun dahulu,sebelum modenisasi Tanah Air ini,kebanyakan Rakyat kami menyimpan janggut,berpegang dengan agama.Tapi selepas modenisasi,kebanyakan dari kami membuang janggut etc etc".

Saya lihat kembali Monumen itu.Dan saya teringat kepada Gambar-Gambar Tokoh Pengasas Akademik di Universiti tempat saya belajar.Kebanyakannya berjanggut.

Seperti yang kita ketahui,Tanah Soviet ini terkenal dengan Eastern Orthodox Churchnya.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini?

Begini,dahulu Tanah Soviet ini boleh dikatakan sebuah Tanah yang memegang nilai kemanusiaan yang tinggi etc.

Tidak percaya?

Buktinya,seringkali Lelaki dan Wanita Tua di sini,termasuklah Guru-Guru saya mengeluarkan kenyataan sebegini,"Ini salah Amerika,salah Kapitalis" apabila Golongan Muda mereka bertindak "kurang hajar".

Dan di dalam Universiti saya juga,di sebelah gambar-gambar Tokoh Akademik yang berjanggut tadi,kelihatan Tokoh Akademik versi Moden yang sudah membuang janggut.

Dan semakin hari,budaya masyarakat setempat di sini semakin hilang.Anak-Anak Muda sudah malu dengan budaya mereka.Mereka lebih berbangga dengan Tamadun Amerika - yang pada hakikatnya merupakan sebuah Tamadun yang sangat tidak berperikemanusiaan.Dan semakin ramai juga di antara mereka sudah tidak 'beragama/menjadi atheist'.

Ini semua boleh dikatakan berlaku semenjak Negara ini membuka pintunya kepada Sistem Kapitalis/Modenisasi.

Saya tidak katakan semua yang saya coretkan ini betul kerana ini hanya pendapat peribadi saya mengikut apa yang saya lihat.

Tapi mengikut apa yang saya lihat dan perhatikan,Sistem dari Amerika ini memang banyak memusnah masyarakat dunia.Ini kerana perkara ini tidak berlaku di sini sahaja,sebaliknya di seluruh dunia,termasuklah tanah air tercinta kita,Malaysia.

Mungkin apa yang dicoret saya sukar difahami,tapi saya yakin anda mampu memahaminya jika anda betul-betul membaca apa yang ditulis.

Anda fikir-fikirkanlah.

*** *** ***

Mencari Maksud Kehidupan

Oleh kerana saya menukar plan,jadi saya berkesempatan pergi ke sebuah Muzium Rumah seorang Artis Terkenal Russia (boleh dikatakan taraf Glemernya seperti P Ramlee di Malaysia).

Selepas berpusing di dalam Muzium itu,saya keluar,dan saya berkata kepada diri saya,"Kelihatannya orang yang tidak mengenal Islam menganggap dunia inilah segala-galanya bagi mereka".

Lantas saya pulang ke rumah.

*** *** ***

Berjihad Melalui Penulisan?

Semalam,ada satu Islamic Talk diadakan oleh Pelajar-Pelajar Islam Malaysia di sini.Saya berkesempatan menghadirinya,Alhamdulillah.

Tajuknya,Generasi Al-Quran.Banyak Ilmu yang saya dapati.Tapi hanya sedikit yang saya mahu kongsikan oleh kerana masih banyak perkara lain yang saya ingin coretkan dalam Penulisan ini.

(Klik Pada Gambar Untuk Imej Lebih Besar)

Di dalam Majlis,setiap orang diedarkan dengan sebuah Buku Nota yang mengandungi Topik-Topik yang bakal dibincangkan di dalam Talk.

Dan di dalam buku yang sama,ada disertakan Petikan Karya Sayyid Qutb (mengikut apa yang dimaklumkan kepada saya).Anda boleh lihat Petikan Karya ini dalam Gambar di atas.

Membaca Petikan Karya ini,saya teringatkan monolog saya kepada diri saya di hari yang sebelumnya (sila rujuk Bahagian Mencari Maksud Kehidupan di atas).

Memang benar.Hanya dengan memahami,menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran,seseorang itu akan memahami apakah maksud kehidupan ini.

Hanya dengan mengamalkan Al-Quran,seseorang akan mengetahui apakah kehidupan selepas Dunia ini.Dan hanya dengan menghayati Al-Quran seseorang akan menjumpai kebenaran,lantas berpegang dengan Islam dan menjumpai penyelesaian kepada segala masalah di dalam dunia ini.

Dan saya teringat kata-kata Motivasi oleh seorang Teman yang berkata kepada saya selepas mengetahui bahawa saya mempunyai blog,"Menulislah engkau ibarat Sayyid Qutb yang berjihad melalui Penulisannya".

Sebenarnya kata-kata yang diberikannya kepada saya taklah seskema itu.Haha.Tapi nak bagi nampak style lagi,saya skema-kan ia.

Tapi,betul.Mata Pena itu boleh menjadi lebih tajam dari Mata Pedang.Kenapa?Mata Pena dapat menyentuh hati dan membunuh kegelapan hati berjuta manusia pada satu-satu masa.Sebaliknya,Mata Pedang hanya boleh membunuh seorang manusia pada satu-satu masa.

Fikir-fikirkanlah.

*** *** ***

Muzium Perang

Selepas Islamic Talk itu,kami berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Embassy.Dan oleh kerana hari masih awal,dan memandangkan semalam merupakan Cuti Umum,saya dan dua lagi orang Sahabat bergerak menuju ke Muzium Perang Russia.

Di bawah ini merupakan beberapa gambar yang sempat saya snap menggunakan handphone saya.


Ha,satu gambar cukuplah.Yang lain,jika anda berminat hendak tengok,anda boleh klik sini.

Pengajaran apa yang saya dapat dari Muzium ini?

Banyak.

Tapi,saya tidak rasa saya dapat kongsikannya dalam Penulisan kali ini.Kerana hari sudah malam.Dan saya agak penat untuk kongsikan.Mungkin Penulisan yang akan datang?

*** *** ***

Kisah Abdul Vadut Di Masjid

Selepas itu,kami menuju ke Masjid untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Berjemaah.Jaraknya?30 Minit mungkin?

Di sana,banyak Ilmu yang saya pelajari.Tapi oleh kerana saya sudah penat,saya akan kongsikan seringkas yang mungkin.Selebihnya akan ditulis dalam Penulisan akan datang.



Gambar pertama di atas menunjukkan Syeikh Abdul Vadut,seorang lelaki dari Uzbekistan yang menegur kami.Tegurannya dibalas oleh saya dan dengan izin Allah SWT,kami berbual.

Beliau terus memberikan kami beberapa tazkirah.Terkejut bukan?Jika di Malaysia,pasti anda lari jika ada orang lelaki asing tiba-tiba datang kepada anda dan memberi tazkirah.Haha.

Yang interestingnya,tidak sampai dua minit,beberapa orang lelaki lain datang mengerumuni saya dan Sahabat untuk mendengar sama apa yang diborakkan kami.

Pada saya ini sangat interesting,kerana kelihatan seolah mereka memahami Manfaat Majlis Ilmu.Apakah manfaat Majlis Ilmu?Sila 'Google Hadis Majlis Ilmu'.Atau tanyakan kepada yang Pakar berkenaan Hadis Majlis Ilmu.

Di Malaysia,saya tidak pernah melihat suasana orang bergegas mengerumuni Halaqah Ilmu.

Syeikh Abdul Vadut ini menceritakan pelbagai perkara.

Antaranya tentang Ayat Al-Quran dari Surah Al-Ahzaab yang bermaksud,

Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. [33:71]

Kemudian,Beliau mengingatkan kami agar 'mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya melebihi perkara lain'.Perkara ini sebenarnya memang sering kita dengar.

Tapi,jarang kita hayatinya bukan?Itulah pentingnya seorang Sahabat yang baik.Ini kerana,ada beza yang amat besar antara feeling apabila seseorang 'mengatakan/menyampaikan' suatu Ayat Al-Quran kepada kita,dengan feeling semasa kita 'membaca' ayat itu sendiri.Seringkali perkataan yang dikatakan kepada kita lebih menusuk kalbu.Itulah pentingnya menghadiri Ceramah Agama.Untuk mendapat peringatan.

Banyak lagi yang diperkatakannya.

Tapi,tertarik saya untuk berkongsi ayat ini,

Apakah itu Akal?Ketahuilah,Akal kita ini,ada batasnya.Ada perkara yang kita tidak boleh capai.Bagaimana kita hendak tahu perkara yang akal kita tidak boleh capai ini (seperti Syurga,Neraka,Hari Akhirat etc)?

Melalui Al-Quran.Dan dengan Iman yang mempercayainya.

Lebih kurang begitulah kata-katanya jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

*** *** ***

Saf Yang Rapat

Beberapa minit kemudian,Azan Isyak berkumandang.

Semua orang yang berada dalam Masjid berlari bergegas memenuhkan Saf.Tidak pernah saya lihat keadaan sebegini di Malaysia.Serious.Di Malaysia,orang sudah iqamah pun ada yang masih bertepuk tampar berceloteh bertanya khabar.

Di sini,ianya berbeza.Sesuatu yang perlu kita contohi.Keseriusan mereka hendak beribadat itu.Imam kemudian mengingatkan Para Jemaah untuk merapatkan Saf.Semua mereka merapatkan Saf serapat-rapatnya.Ibarat sekumpulan Askar yang hendak berkawad.Teruja beb!

Dan jika ada ruang kosong,mereka tidak akan memulakan Sembahyang.SubhanAllah.

Saya teringat kata-kata seorang manusia kepada saya dahulu,"Ada beza besar antara orang yang mengamalkan Islam dengan kefahaman,dengan orang yang mengamalkan Islam secara ikut-ikutan".

*** *** ***

Penamat - Kita Sedang Menghampirinya

Saya sudah penat menulis.Sebenarnya amat banyak perkara hendak dicoret.Amat banyak.Tapi masa yang ada terlampau suntuk.

Saya akan cuba menulis point-point yang tidak dimasukkan dalam Penulisan ini ke dalam Penulisan-Penulisan yang akan datang.Anda boleh lihat Tumblr untuk melihat koleksi gambar-gambar saya sepanjang minggu lepas.

Oh ya,Selamat Hari Raya Aidiladha juga diucap kepada seluruh Umat Islam.


Itu sahaja untuk kali ini.

Ada salah silap,terkasar bahasa,ayat yang sukar difahami etc - minta anda maafkan dan maklumkan kepada saya agar saya dapat perbetulkannya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyak fitnah sedang berlaku.Apakah kita ingin terus menjadi mangsa,atau bertindak membuka langkah mengubah keadaan (atau sekurang-kurangnya mati mencuba)?

P/P/S : Keindahan persaudaraan sebenar dalam Islam itu hanya dapat difahami oleh orang yang pernah mengalaminya.

P/P/P/S : Seksualiti Merdeka - inilah salah satu kesan buruk Pornografi kepada Umat Manusia.Yang ironi,Industri yang 'sick' ini memberi 'keuntungan' berbilion dolar setahun.

P/P/P/P/S : Mereka boleh bersuara,kenapa tidak kita?Takutlah kepada Allah SWT,wahai manusia.



1 comment:

  1. sekadar ingin berkongsi suatu perkara :

    '''Homophobes'' have never been listed in the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM). Homosexuals, however, are considered by many doctors and scientists as suffering from real psycho-sexual disorders requiring treatment and/or therapy. The DSM recognized that homosexuals suffer from psycho-sexual disorders until 1973 when homosexualism was arbitrarily censored from the DSM due to the irrational fears and coercive pressures of Aberrosexualist groups, and not due to any clinical studies or medical research.'

    ReplyDelete