28.11.11

Dalam Kehidupan Ini,Effort (Usaha) Itu Penting.Biar Gagal Secara Bermaruah,Yakni Ada Usaha Dilakukan.Jangan Gagal Dalam Kehinaan Kerana Tidak Berusaha.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya sedang duduk mengelamun sebentar tadi.Mengelamun kerana tidak dapat membuat Tugasan Akademik yang diberi.

Ya,belajar di sini - memang susah.Tapi,itu bukan alasan untuk saya berputus asa.Seorang Muslim tidak boleh berputus asa.Hidup kita ini adalah satu perjuangan.

Oleh sebab itu,saya perlu sentiasa meneruskan usaha.Ini kerana,saya berpendapat,saya 'tidak layak' untuk mengatakan sesuatu perkara itu susah andai tiada usaha dikeluarkan untuk menyiapkannya.

Prinsip saya mudah - 'biar gagal bermaruah,biar gagal ada usaha,daripada gagal tidak berusaha,gagal tidak bermaruah'.

Konsep yang sama juga diguna pakai dalam konteks 'lulus' - 'biar lulus dengan usaha sendiri,dari lulus mengharap ehsan orang kerana itu sangat tidak bermaruah'.


Apa-apapun,lain orang,lain falsafah hidupnya.

Up to you.

*** *** ***

Dalam kepala saya,banyak perkara hendak ditulis.Ada masa,saya fikir seperti mahu menjadi Penulis Sepenuh Masa selepas tamat belajar nanti.

Tapi,kemungkinan perkara di atas berlaku - amat tipis.

Tapi itu bukan bermaksud saya perlu berputus asa dari menulis.Tidak.

Kita perlu sentiasa cuba melakukan kebaikan.Walaupun kebaikan itu kelihatan kecil.Kenapa?

Renung Hadis di bawah ini :

"Abu Moosa RA said :

"The Prophet SAW said : 'Every Muslim must give charity.' Someone asked,'What if he finds he has nothing with which to give charity?' He said, 'Let him work with his two hands and benefit himself and give charity (from his earnings).' Someone said, 'What if he cannot do that?' He said, ' Let him help one who is in desperate need'. Someone said, ''What if he is not able to do that?' He said, 'Let him refrain from doing evil,and that will be an act of charity.'" [Bukhari and Muslim]

Dan jangan sesekali memandang rendah akan perbuatan baik yang kita lakukan,

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99:7-8]

Jadi,kiranya,kalau hendak berbuat kebajikan,kalau hendak menderma untuk Pembinaan Sekolah,jangan tunggu sehingga anda 'menjadi Perdana Menteri' baru hendak derma.Itu namanya tidak berpijak pada realiti.Sebaliknya,anda tidak perlu menjadi PM untuk membina sekolah.Perbuatan anda menderma RM1 untuk membina sekolah juga sudah dikira charity bukan?

Dalam kata lain,jangan nak buat kebajikan yang nampak gempak je.


Atas kesedaran ini,saya mengingatkan diri saya agar sentiasa menulis di setiap kesempatan masa lapang yang ada,memberi peringatan kepada diri sendiri,dan juga umat Islam yang lain.Ini semua dilakukan dalam mencari redha-Nya.Insya-Allah.

*** *** ***

Banyak masalah sedang berlaku dalam dunia.

Tapi,penglihatan kita dikaburkan dengan perkara-perkara tidak penting.Perkara-perkara yang seringkali menyaksikan kita tersasar dari Perjuangan.

Apakah perkara-perkara itu?

Anda buka mata anda sendiri.

Kalau disebut perkara ini,tentu ada yang berkata,"Takkan nak berhibur pun takleh".

Yang ironi,kita yang berkata-kata itu jugalah yang seringkali melaungkan kata-kata "Ini Konspirasi!".

Kesimpulan yang saya dapat : Islam untuk diamal.Bukan beretorik semata.

Astaghfirullahalazim.

Ya Allah,lindungilah kami dari menjadi Hipokrit (Munafik) yang hanya tahu berkata-kata.

Lindungilah kami dari azab api neraka-Mu.

Amin.


Itu sahaja catatan ringkas.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan urusan saya dipermudah.Masih jauh perjalanan saya di sini.Masih jauh.Ya.Jauh.Perlukan doa anda-anda semua.


6 comments:

  1. http://www.deamira.com/2011/02/astaghfirullahalazim/

    ReplyDelete
  2. 'biar gagal bermaruah,biar gagal ada usaha,daripada gagal tidak berusaha,gagal tidak bermaruah'.

    Sangat betol. Kadang2 manusia skg guna cara mudah nak berjaya tanpa usaha, rasa tak adil je jika nak compare dengan usaha yg kita buat, tapi takpelah, usaha even gagal pon kita tetap akan rasa puas hati sebab kita tahu kita dah usaha dan dari situ kita lebih tahu mana part yang perlu diperbaiki. Kalah bermaruah dengan berkatNya..

    =) Tma kasih PenaMaya sebab tiap kali rasa down, bila baca entry anda rasa sedikit bersemangat. Teruskan menulis ye..Semoga urusan anda di sana dipermudahkan ^__^

    ReplyDelete
  3. ya,perjalanan masih jauh.

    tanye.penulis ambik bdg ape n belajar di mana?
    ada x cara yang mudah nak bagi buku kepada orang selain pos?pos makan duit sebab kena timbang dan makin berat makin mahal harganya.

    having many books that want to share with others but don't know how to deliver to them.Huh~

    ReplyDelete
  4. xde rsnye.pos je stu2 cre2.. sy suggest bli gne mphonline. Sb diorg mrh. Rm7 delivery per book.sb msti nk antr kpd more than one prson right?
    tu sb sy adakn gvaway skli sbuln sebuah bku je.
    btw,nk buat contest ke? Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. memang nak buat.

    urm,camne nak buat gambar dekat tab blog kita ada gamabr kita?macam penulis buat.ade gambar baju tuh~

    ReplyDelete