13.11.11

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi November 2011).

Prenote : Penulisan Bahasa Pasar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Waktu yang dijanjikan telah tiba.Apakah waktu yang dimaksudkan itu?

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" Edisi November 2011.

Jika dalam Edisi sebelumnya hanya sebuah buku diagihkan kepada seorang Pembaca Bertuah,untuk bulan November 2011,Dua Buah Buku akan diberikan kepada Dua orang Pembaca Bertuah.

Pembaca-Pembaca yang bakal menerima buku ini akan mendapat buku-buku mereka dalam masa paling lewat pada akhir bulan November 2011.

Bagi mereka-mereka yang masih kurang faham apakah yang sedang dibicarakan oleh Penulis ini,Penulis copy pastekan maklumat dari Artikel Giveaway Oktober 2011.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini ingin memulakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai Oktober 2011.

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.

Buku Apa Yang Diberi?

Setiap bulan,Penulis akan mencadangkan tiga judul Buku yang dirasakan bagus dan bermanfaat oleh Penulis (dan sila ambil perhatian,buku-buku yang akan dicadangkan ini telah dibaca oleh Penulis).

Antara Tiga Buku ini (Empat Buku untuk November 2011),hanya sebuah buku yang akan diberikan kepada Para Pembaca bertuah.Pilihan memilih buku itu diberi kepada Para Pembaca yang bertuah itu nanti.Kiranya,Pembaca ini perlu pilih salah satu dari tiga buku itu untuk diposkan kepadanya.

Tapi untuk Edisi November 2011,ada sedikit kelainan dilaksanakan Penulis.

Dua buah buku akan diberi kepada dua orang Pembaca Bertuah.Syaratnya masih sama.Cuma orang yang menerima bertambah.

Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk nak dapat buku tu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini (setiap bulan soalannya berlainan) - "Apakah Rintangan Terbesar Bagi Seseorang Untuk Berubah/Kembali Ke Jalan Allah SWT Pada Zaman Yang Penuh Fitnah Ini?"

3) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

4) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Pengkomen pertama dan kedua yang komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.


Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam)

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan Empat Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Untuk Edisi Oktober 2011,hanya Tiga Buah Buku yang dicadangkan.Tapi oleh kerana Dua Buah Buku akan diberikan untuk November 2011,Variasi buku ditambah.

Yang akan diberi sebenarnya satu buku sahaja setiap bulan.Cuma November 2011 ini agak special kerana ada rezeki tambahan diterima Penulis.Dan untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda kebebasan membuat Pilihan.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan Oktober 2011,anda kenala bagi can kat orang lain pulak.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia empat tajuk buku itu.

1) Untukmu Wanita Oleh Ustaz Zaharuddin


Penerangan : Buku ini amat perlu dibaca oleh Wanita-Wanita sekalian.Menerangkan tentang fitnah yang berlaku pada hari ini etc etc.Amat bagus kalau anda hendak bagi buku ini kepada Ibu,Kakak,Adik,Isteri anda atau mungkin anda sendiri hendak baca.Tak salah pun.Janji Ilmu itu sampai.

2) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui mphonline.com.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

3) Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu Penerbitan Yayasan Restu


Penerangan : Yang ini,saya juga amat syorkan.Sebabnya untuk Pengetahuan anda - Terjemahan Al-Quran keluaran Yayasan Restu ini amat-amat bagus.Bahasa Melayunya mudah difahami etc.Tapi sayang,sukar didapati di kedai-kedai buku.Mungkin di KL banyak,tapi bukan semua orang duduk KL kan?Saya juga ada tulis banyak Penulisan tentang Yayasan Restu ini punya produk.So,ada baik juga anda buat pilihan yang ini.Anda boleh bawa Al-Quran ini dalam kereta mungkin.Baca bila ada masa terluang selepas Solat etc.Kan?

Tambahan Untuk November 2011

4)Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)


Penerangan : Ini antara Biografi kehidupan Baginda Rasulullah SAW yang paling santai saya pernah jumpa.Sesuai untuk Golongan-Golongan Majoriti,yakni orang yang bukan dari Sekolah Agama,tapi berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan Rasulullah SAW.

Itulah dia empat tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?

So,buatlah pilihan yang terbaik.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Dua Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "siapa yang first and second komen dan jawab soalan saya dengan bergaya,merekala yang dapat buku tu".

P/P/S : Kalau anda di luar negara,tapi nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.

P/P/P/S : Kenapa satu buku sebulan (November ni special,so tak kira)?Sebab saya nak buat benda ni konsisten.Hehe.



15 comments:

  1. assalamualaikum.
    kalau menang, saya nak buku no 2: The Ideal Muslim. dan InsyaAllah saya mahukan buku tersebut sebagai bahan bacaan saya sebagai perantau di negara orang.
    Jawapan bagi persoalan saudara, "Apakah Rintangan Terbesar Bagi Seseorang Untuk Berubah/Kembali Ke Jalan Allah SWT Pada Zaman Yang Penuh Fitnah Ini?": Bagi saya, rintangan yang paling besar untk berubah adalah nafsu. hampir semua benda yang kita lakukan di muka bumi ini, amat bahaya jika nafsu dituruti. bermula dengan pagi, nafsu untuk terus tidur selepas Subuh yang sememnagnya sukar buat segelintir manusia untuk melawannya, kemudian nafsu terhadap kehendak dan bukannya keperluan yang akhirnya menjadikan seseorang itu bersikap riak dan suka menunjuk dan akhirnya menimbulkan fitnah dan macam macam lagi. sebagai seorang yang hidup bukan di negara sendiri bagi meluaskan skop pendidikan saya, saya akui pergaulan di sini sangat bebas. walaupun dihantar ke sekolah agama semasa kecil hingga belasan tahun, nafsu telah mendorong saya kepada perbuatan perbuatan yang Allah larang. setiap kali ingin berubah meninggalkan perkara lama, nafsu akan datang kembali dan saya selalu terpengaruh dengan nafsu yang tidak dapat dikawal. Jawapan untuk persoalan saudara sedikit sebanyak dijawab berdasarkan general perspektif dan juga pengalaman saya. Dan saya harap, buku tersebut dapat menjadi dorongan untuk saya menjadi Ideal Muslim.

    boleh hubungi saya melalui email: draco_skull@yahoo.com
    jazakallah khair.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya mahu buku nombor empat dan dua..... Eh.... tamak pula di situ.... Maksud saya, buku nombor empat.

    Jawapan saya kepada persoalan di atas adalah: Faktor environment, barangkali. Tak mahu ditinggalkan/meninggalkan rakan sekeliling. Walaupun diberi nasihat oleh strangers: "You'll be alright. Berubahlah. Jangan risaukan tentang kawan-kawan anda", tapi... ia kurang convincing barangkali. Mungkin ada yang berpendapat, "Eh. Ko stranger, bukannya kenal kawan-kawan aku pon. Kawan-kawan aku ni bukannya teruk sangat tau. Cuma ada kurang sana-sini sikit je. Semua manusia pon ada kurang dia masing-masing etc etc etc.....". Lebih kurang begitulah pendapat saya. Dalam kerangka subset permasalahan yang agak dispesifikkan. Huhu.

    Boleh hubungi saya di savalior@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam alaik.
    saya berminat dengan buku ke 4...biografi muhammad b abdullah..
    buku itu untuk rujukan keluarga saya jika saya berpeluang memilkinya..
    pandangan saya,
    rintangan terbesar seseorang untuk kembali kepada jalan allah pada zaman fitnah ini adalah sistem pemerintahan itu sendiri kerana sistem pemerintahan itu merupakan kuasa yang terbesar sekali di dunia.sebagaimana nabi pernah kata kalau nak cegah pun kene guna kuasa.nak menunjukkan kuasa itu mencakupi bidang kuasa dan mampu mengubah dalam skop yang luas.
    suasana islam dan khilafah islamiyah jika dikembalikan ia akan mudah dituruti oleh segenap masyarakat seluruh dunia.serius.sekadar pandangan.

    email:azri_248@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. @assalamualaikum semua..

    masyaAllah..
    respon yang sangat baik dari Para Sahabat sekalian.Alhamdulillah..

    apa2pon semua pandangan yang diberi ada benarnya,dan saya yakin ianya dilahirkan berdasarkan persekitaran /keadaan yang kita berada sekarang..apa2pon kita semua kena sntiasa berusaha mencari kebenaran,dan berdoa agar dikekal dalam petunjuk ini..

    tapi,seperti yang dijanjikan,hanya dua para Pembaca terawal yang akan dapat buku..kepada @elhafidz dan @nuruddin azri,maaf..sangat2 maaf.takpe ada peluang anda boleh cuba next time..atau mungkin saya akan cuba tukar metod pemberian..tengoklah..

    apa-apapun,saya akan balas setiap komen di atas..

    @nur al-iman

    tahniah.anda dapat buku.insyaAllah saya akan hubungi anda melalui email/blog anda dalam masa terdekat.dan akan maklumkan bagaimana nak bagi buku tu kat anda..

    tentang pandangan anda..saya sangat stuju..saya tertarik ada status twitter saya baca dulu "ramai yang mahukan kemenangan,tapi tidak ramai yang sanggup berusaha".. "hidayah itu perlu dicari" ...

    kita kena sentiasa buka mata kita..

    @draco_skull

    assalamualaikum saudara/i
    tahniah juga kerana anda dapat buku yang dimaksudkan.tapi tentang penghantaran buku,kemungkinan besar tempat saya beli ni takde penghantaran ke luar negara..so saya akan pos ke dalam negara.takpe itu kita bincang nanti bila saya hubungi anda melalui email dalam masa terdekat..

    apa2pon sebagai seorang yang duduk di negara eropah seperti anda yang mana majoriti penduduknya tidak kenal Islam,saya faham apa yang anda katakan..nafsu..

    apa yang perlu kita buat adalah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan berpuasa,berdoa dan beristighfar.nampak simple,tapi percayalah,akidah yang kuat akan menguatkan ketahanan kita (ini saya baru dgr dari kuliah subuh )

    dan..ingat hadis Rasulullah SAW tentang hati "dalam badan ada seketul daging yang kalau ianya baik,sluruh badan akan jadi baik"...

    iA saya akan gunakan point2 ini dalam penulisan2 akan datang.jzkk .

    ReplyDelete
  5. @kepada muhammad elhafidz - ini percubaan kedua anda.

    masih tiada rezeki nampaknya.mungkin bulan depan saya akan tukar metod pemberian ..dan iA kalau memang itu rezeki anda,saya akan bagi buku kat anda bulan depan..

    apa2pon tentang pandangan anda,kiranya 'situasi' manusia ea?benar2.kadang2 kita nasihat orang,tapi kita tak tau situasi mereka.tapi sebagai orang yang berada dalam situasi itu sendiri,kita kena berusaha merubah diri.apa2pon Allah Maha Adil.

    benar.tapi kita sama2 renung hadis nabi muhammad saw "akhir zaman,umat Islam ramai,tapi lemah ibarat buih di lautan.kenapa?penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati)"

    @nuruddin azri
    assalamualaikum saudara.terima kasih berkongsi pendapat,..bulan depan boleh cuba lagi.pandangan yang juga ada benarnya..sama2 kita usahakan ke arahnya,tapi sebelum itu,kita perlu menyediakan tapak akidah yang kuat dalam diri umat Islam...

    itu sahaja untuk kali ini.tahniah pada yang berjaya..

    buku akan dipos dalam masa terdekat..

    sama2 kita usahakan ke arah kebangkitan islam..

    Assalamualaikum,Selamat Beramal.doakan saya.maaf saya tidak dapat bagi buku kepada semua.kalau ikut hati,memang nak bagi kat sume,tapi saya nak buat benda ni konsisten..hehe

    Assalamualaikum again.thanks.smoga kita semua dirahmati Allah dan diberi petunjuk-Nya.amin,

    ReplyDelete
  6. Oh. Gagal lagi nampaknya. Haha. Tidak mengapa. Thanks for responding :D~

    ReplyDelete
  7. "Apakah Rintangan Terbesar Bagi Seseorang Untuk Berubah/Kembali Ke Jalan Allah SWT Pada Zaman Yang Penuh Fitnah Ini?"

    Pendapat saya; rintangan terbesar adalah rintangan dalam diri. Haritu ada perkongsian kelas Tafsir oleh brother Ismail, di Uni, yang membaca tafsir Surah Ar-Rahman, begitu cantik susunan ayat yang menerangkan dari mulanya kejadian, kepada balasan di Akhirat, dan keindahan di Syurga. Sejelas-jelasnya, segalanya dah sedia ada dalam Al-Quran, yang kita sendiri baca hari hari, namun kita masih membuat bermacam-macam alasan untuk diri. Why? It comes from the heart. Mungkin kerana 'kekayaan' dunia (moga Allah menjauhkan kita semua daripada al-Wahn), mungkin juga kerana merasakan Qiamat itu masih jauh. Orang boleh kata, 'Belum dapat hidayah lagi, belum terbuka hati untuk berubah menjadi baik', namun jika tiada usaha, macam mana nak dibuka hatinya? Usaha dari diri, dan melawan rintangan dalam diri, dengan istiqamah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. =) Assalamualaikum PenaMaya. Huhu, dah terlambat. Takpelah..
    Err, 1st and foremost, mungkin pendapat saya hanya biasa2 saja berbanding orang lain, tapi tetap nak bagi pendapat =) dan sah2 la dah terlambat pendapat saya ni =_=. Pada saya rintangan besar tu banyak. Tapi pada pandangan saya rintangan terbesar adalah cara kita mampu bertahan untuk kawal nafsu kita sendiri pada zaman penuh mencabar ni. Nafsu yang mana hanya boleh dikawal oleh banteng kekuatan iman. Sekarang begitu banyak perkara yang boleh merosakkan dan mengurangkan iman kita, daripada sekecil-kecil zarah (sesuatu tak nampak dan tak sedar) sehinggalah ke sebesar-besar semesta (depan mata tapi buat-buat dek je, hiperbola je hehe). Bahkan benda yang kita tak sedar sendiri. Contoh, percakapan yang tak disengajakan A tentang Islam disebabkan ilmu agama yang cetek dah boleh menyebabkan beliau telah kufur dan lebih teruk boleh menyebabkan akidah terbatal. Nauzubillah. Dan bila dah berubah plak, cara kita nak stick dengan perubahan tersebut sangatlah susah kalau iman masih nipis. Cara kita nak istiqamah pada amalan mendekatkan diri padaNya secara konsisten sangat susah. Ramai orang cakap, istiqamah dengan amalan, konsisten perlu tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Saya sendiri masih mencuba (noted to my-own-self). Pokok pangkalnya, cabaran terbesar tu adalah untuk mempertahankan banteng keimanan kita, akidah kita dan pada masa sama cuba untuk konsisten dalam amalan kita, ikhlas semata-mata keranaNya, bukan semata-mata untuk mendapat sanjungan pandangan manusia semata. Menjadi ghuraba di dunia yang serba moden ni sangatlah susah, tapi insyaAllah boleh asal ada keinginan =). Bila nafsu kita bijak dikawal, secara automatiknya insyaAllah kita mampu menghadapi rintangan terbesar dalam dunia penuh fitnah dan maksiat ini dengan syarat iman kita haruslah sentiasa bertambah. Nafsu kata ya, hati kata entah, diri beriya, namun akal harus bijak kata “blah!”. Hee.. Sekian, sekadar pendapat dan perkongsian biasa dari hamba Allah yang biasa. Salah silap maafkan dan tolong perbetulkan saya sekali =). Sama-sama menuntut dan belajar antara satu sama lain. Maaf atas penggunaan bahasa yang informal ^^ (dalam syarat takde state berapa patah perkataan kan ? Maaf kalau berjela-jela, harap ada jugak inputnya =)) Terima kasih atas giveaway nih, sangat bermanfaat ^______^. Yang baik dating dari Allah, yang buruk atas kesilapan saya sendiri

    ReplyDelete
  9. @anon
    walaikumsalam .alhamdulillah banyak orang sudi berkongsi ilmu dan pendapat.yang sebenarnya jadi peringatan kepada saya juga.
    betul apa yang dikatakan...itu sebab kita kena sentiasa dampingkan diri dengan persekitaran yang baik.camne nak carik persekitaran yang baik?carlah sahabat yang baik.camne nak carik sahabat yang baik?dampingkan diri dengan masjid... iA jmpe sahabat2 yang baik di sana.borak2 dengan mereka.keep in touch dengan mereka. kalau laki,dgn laki.yang prmpuan dgn prmpuan.iA bleh..

    apa2pon ,yang palign penting adalah mencari Ilmu.kerana amal yang tidak mengikut cara sebenar hanya sia-sia.so,banyakkan belajar.korbankan masa mencari Ilmu.ada banyak hadis menyebut kelebihan mencari Ilmu..

    dan kepada yang baca komen2/entri di sini,jangan percaya sume apa yang ditulis saya..ada kemungkinan salah..jangan terstop pencarian sekadar di alam maya,teruskan dalam dunia sebenar,banyakkan istighfar ,bersedekah etc..
    yang penting doa kepada Allah.

    hakikatnya kita semua akan kembali..
    takpe tak panjang pon.memang bagus.
    assalamualaikum semua.alhamdulillah.segala puji bagi Allah SWT.

    ReplyDelete
  10. http://drmaza.com/home/?p=1439 ni ada artikel menarik untuk dibaca tentang ghuraba.

    ReplyDelete
  11. salam umar xD teknologi punca masalah... bnyk teknologi maken bnyk masalah timbul... so apa pnting penggunaan teknologi ke arah yg btol... tapi nak wat cmne zaman skrg kita sudah terbiasa dgan teknologi.. so siapa x de smartphone, x de internet x de facebook dianggap kuno dan etc etc.. xD tapi sebenarnye x penting sngat pun penggunaannye.. namun masih ade segelintir masyarakat yg sdar akan masalh nie menggunakan teknologi ke arah yang betol malah boleh berdakwah.. seperti blog nie... xD.. kalau x de internet still boleh hidup lagi kan :P haha.. so berhati hati ketika mnggunakan internet(teknologi) XD haha..try jawab umar XD

    ReplyDelete
  12. @gg XD maj.

    walaikumsalam.sebenarnya aku faham apa kau cuba nak sampaikan.tapi agak pening..
    by the way,teknologi tak salah.yang salah manusia..

    teknologi contoh seperti kereta - penting untuk kita menziarah saudara mara,pergi ke masjid etc.

    tapi ada orang gunakan kereta untuk buat anak haram di dalamnya,ada orang gunakan kereta untuk pergi kelab malam.so salah siapa?salah manusia.

    tapi bab kalau takde facebook dianggap kuno tu,tu persepsi manusia sekarang.majoriti manusia zaman sekarang mereka hidup terpengaruh dengan apa yang media cakap.media cakap 'itu perlu' semua nak buat.tapi mereka tak tau apa fungsi benda tu.so kat sini point persepsi manusia - yang sebenarnya untuk berjaya ,baik dunia akhirat kita jangan amek berat sangat.

    yang terakhir,berhati2 menggunakan internet/tech - itu saya setuju.

    dan yang terakhir,kau pon buat la blog maj..

    and yang paling terakhir,kau takyah top2 gg sangat maj.

    ReplyDelete
  13. Syukran atas linknya .. =)

    ReplyDelete
  14. dalam giveaway bulan depan,saya akan beri keutamaan kepada Pembaca Rutin Pena Maya.insya-Allah.

    ReplyDelete