11.11.11

Hakikatnya,Keindahan Islam Itu Hanya Akan Terzahir Apabila Ianya Diamalkan.Berubahlah Wahai Yang Mengaku Beriman.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

kadang-kadang dirasa
kita terlalu banyak bercakap
tapi jarang diamal
kita bercakap tentang menderma
tapi pernahkah kita menderma?
kita bercakap tentang membantu saudara
seringkah kita membantu?
kita bercakap tentang tidak bersangka buruk
bersangka baikkah kita?
kita bercakap tentang merubah diri
sudahkah langkah diambil?

berubahlah wahai umat Islam
kekuatan kita bukan sekadar pada kata-kata
kekuatan kita pada perbuatan
contoh mudah
jika setiap hari
di seluruh dunia
semua umat Islam sentiasa berjemaah 5 kali sehari
pasti gentarlah musuh Islam
itu baru satu

belum lagi menyentuh soal kemuliaan peribadi
jika semua kita mencontohi peribadi Baginda SAW
nescaya tersentuhlah hati-hati mereka

berubahlah
sekadar mengquote kata-kata seorang Sahabat
'talk is cheap'

bangkitlah
kerana hakikatnya
keindahan Islam itu hanya akan terzahir
jika umat Islam mengamalkannya

fikir-fikirkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment