26.11.11

Hampir Empat Tahun Pena Maya : Masih Introspektif,Tapi (Cuba Untuk Menjadi) Lebih Bermanfaat,Insya-Allah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Falsafah

Hidup - manusia diberi kebebasan membuat pilihan dalam kehidupan ini.Kehidupan dunia yang dilaluinya setiap hari - setiap satu terkandung 24 Jam di dalamnya.Sama banyak.Tidak ada yang mendapat lebih.Tidak ada yang mendapat kurang dari itu.Sama banyak.

Tapi,bagaimanakah 'kebebasan' itu digunakan manusia?Itu perlu kita tanyakan kepada diri sendiri.Ketahuilah,hidup ini adalah satu 'ujian' untuk membuat pilihan.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) [67:2]

Gambar di atas - begitulah dapat digambarkan kehidupan dunia 'moden' zaman ini.Boleh dirumuskan,gambar yang menunjukkan suasana 'suburb' sebuah Metropolitan di atas - adalah ringkasan sebuah kehidupan yang 'kononnya moden' pada hari ini.

'Sibuk' - sentiasa sibuk 24 Jam.Untuk apa?

Mencari sesuatu yang digelar 'material'.

Tapi,apa guna 'material' jika ia tidak lain semakin hari semakin mengheret kita kepada kancah kemusnahan.

Harta - kita memang memerlukannya untuk makan,minum etc.

Tapi,dilihat pada Gaya Hidup 'Moden' hari ini,kelihatannya seperti 'Material' menjadi 'Sembahan' kita.

Kasar bunyinya,tapi realiti Pahit ini perlu direnungi semua Pihak.

Realiti yang memusnah kemanusiaan ramai insan hari demi hari.

Gambar di atas.Ya.Gambar di atas sekali lagi.

Jalan yang sama dilalui manusia yang berlainan setiap hari.Tapi,berapa ramai daripada mereka-mereka yang menggunakan jalan ini berjaya menemui 'sukses'?Apakah yang membezakan antara Si Gagal dengan Si 'Sukses'?

Salah siapa?

Hidup - semua manusia mahukan sesuatu yang digelar kejayaan.Tapi untuk memilik 'Jaya' itu - effort mesti ada.

Ironi yang perlu difikir di sini - Berapa ramai yang mahu kejayaan? - Berapa ramai pula yang sanggup melakukan 'effort'?

Salah siapa?Kita diberi pilihan.

Dari konteks yang lebih luas - Konteks Akhirat - sama juga kisahnya.Kita semua diberi masa 24 Jam Sehari.Tapi,berapa ramai yang menggunakan masanya untuk mencari redha Allah SWT,membuat Pelaburan Akhirat?

Dan berapa ramai pula yang mensia-siakan masa yang diberi?

Ingatlah,hidup ini hanya permainan.Dan cukuplah ayat-ayat Allah SWT untuk menjadi Peringatan buat yang beriman.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [6:32]

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). [6:122]

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah." [6:116]

Hidup mengikut 'Nafsu' - tiada kesudahan.Kerana nafsu hanya akan 'mati' apabila kita sudah mati.

Fikirkanlah wahai hamba-hamba Allah sekalian.

Carilah redha-Nya.

Carilah Ilmu.Kita tidak akan dapat memahami kebenaran jika tiada Ilmu.

Timbul persoalan,"Bagaimana hendak mencari Ilmu?".

"Bukankah ini zaman Internet?" - merupakan jawapan ringkas 'berbentuk persoalan' yang boleh diberi.

Dan menjadi sesuatu yang lebih memusykilkan andai pertanyaan itu datang dari seseorang yang menggunakan Internet setiap hari.

"Tiada yang muskyil sebenarnya" - terang Penulis.

Seseorang yang mengguna Internet setiap hari - tidak semestinya menjadikan mindanya terbuka.Perkara ini bergantung juga kepada website apa yang dibukanya setiap hari.Andai Laman Sosial yang menjadi "Ritual" Peribadinya setiap hari,itulah yang diperoleh.Andai 'Laman Porn' yang dibacanya,itu jugalah yang didapatinya.Ingat,apa yang kita baca setiap hari,sedikit sebanyak membentuk Peribadi kita.

Jadi,renunglah wahai hamba-hamba Allah sekalian.

Renunglah.Betapa rugi andai semua kita mengguna Internet setiap hari - dan orang lain terus maju mengorak langkah - tapi anda kekal di tahap yang sama - tanya diri - Salah Siapa?

Salah diri.Salah kita sendiri.Kemudahan yang sama diguna.Tapi pilihan yang berbeza itu - membezakan segala-galanya.

Sama juga dengan konteks Islamik - siapa yang salah andai kita kekal dalam kotak kejahilan?Jangan tuding jari kepada orang lain.Salahkan diri sendiri dahulu.

Apa yang hendak disampai di sini?

Bangkitlah.

*** *** ***

Mula Kembali,Atau Dalam Bahasa Inggeris Kita Gelar 'Start Again'

Hampir Empat Tahun Pena Maya - masih introspective,tapi semakin hari semakin matang dan Islamik temanya.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Semua ini berlaku dengan izin Allah SWT.

Semua ini ditulis sebagai peringatan buat diri sendiri,dan hamba-hamba Allah SWT yang lain yang mahu mengambil pengajaran.

24 Nov 2011 - ditukar design/theme/layout whatevs they call it - sebagai suatu langkah untuk menyegarkan kembali Perjuangan.

Kita mesti sentiasa menyegarkan Perjuangan,jika didapati ianya semakin layu.

Dalam kehidupan di Zaman Yang Penuh Gelojak Fitnah ini juga sama - penyegaran (refresh) kondisi Iman perlu sentiasa dilakukan.

Caranya?

Mendampingkan diri dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Berbalik kepada Pena Maya.Ya.Blog yang sedang ditatap kedua mata anda.


Gambar di atas - ScreenShot Layout Lama.Diupload sebagai kenangan.Boleh klik pada Gambar untuk Imej lebih besar.

Tentang theme baru pula,ada beberapa perkara perlu dikongsi :

1) Theme merupakan design Peribadi Pena Maya.

2) Gambar background yang digunakan juga Koleksi Peribadi Pena Maya.Kenapa dipilih gambar ini?Senang.Apa yang dilihat anda dari Gambar ini?Senja?Atau Fajar?Kedua-duanya boleh.Ianya Subjektif.Jika Fajar jawapan anda - Gambar ini simbolik kepada 'Terbitnya Gelombang Kemenangan' atau dalam kata lain boleh disebut sebagai 'Permulaan'.Jika Senja merupakan definisi anda terhadap Gambar ini - ia merupakan simbolik untuk 'Senja/Penamat' kepada 'Kejahilan yang sedang berlaku'.Tapi ini semua memerlukan usaha.Dan doa.Insya-Allah,Islam akan menang.Kita hanya perlu berusaha.Dan terus berusaha.Tanya diri kita,di team manakah kita mahu berada ketika kemenangan itu tiba?


3) Feature Tab baru - di bawah Tajuk Blog - ada beberapa Tab baru diletak.Antaranya 'Percuma?','Siapa?' dan 'Koleksi?'.Boleh klik sendiri pada Tab-Tab di atas untuk mengetahui apakah di sebalik Tab-Tab itu.Dan jika sebelum ini ada Tab untuk download Software Al-Quran etc,Tab-Tab itu kini diletak di bahagian kanan Blog ini.

4) Jika anda ada blog,dan mahu Blog dikongsi Link di sini,maklumkan kepada Penulis.Tapi keputusan Akhir terletak di tangan Penulis.Jika didapati blog anda banyak perkara 'tidak bermanfaat yang mungkin membawa dosa mata',mungkin Blog anda tidak diletakkan.Ingat,setiap yang dicoret kita dicatat dalam Buku Amalan kita.Dan ingat,Allah SWT Maha Melihat.

5) Kalau ada cadangan/komen lain tentang theme baru,boleh beritahu Penulis.Ada beberapa feature pada Blog ini dibuang.Untuk meringankan Blog.

Diharap dengan layout baru,Pena Maya akan terus istiqamah untuk berjuang.Amin.

Kepada Para Pembaca : sama-sama kita berusaha untuk menegakkan kebenaran ini.Yang paling penting,sentiasa penuhi dada-dada kita dengan Ilmu bermanfaat.Mohonlah kepada-Nya agar diberi kefahaman kepada kita.

Sebarang salah silap oleh Penulis ketika menulis - harap dimaaf,ditegur dan dibetulkan.

Dan ya,mungkin akan jarang menulis beberapa tempoh ini.Kenapa?

1) Banyak Tugasan Akademik.

2) Dalam Proses Menghasilkan E-Book ketiga.Topiknya?Entah.Tapi E-Book ketiga ini agak berat sedikit Perbincangannya.Jadi memerlukan masa yang lebih untuk dihasilkan.

Itu sahaja.

Sudah penat menaip.

Sekali lagi - jika ada salah silap - minta dimaaf dan dibetulkan.

Penulis - manusia biasa,hamba Allah yang sedang merubah diri.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Banyakkan beristighfar.Astaghfirullahalazim.Sentiasa basahi lidahmu dengan Zikir mengingati Allah.


5 comments:

  1. pos menarik.nta memang berbakat dalam penulisan!
    prof yusuf al-qaradhowi dalam kitab fiqh al-awlawiyyat ada menyebut kita mesti utamakan ilmu daripada amal kerana setiap amalan berpaksikan ilmu dan ilmu yang baik dan betul akan membawa kepada amal yang sohih lagi sorih.

    ada permintaan.saya besarlah hasrat saya untuk berkongsi input dalam blog saya ke dalam blog ini.cukuplah sekadar pautan.tetapi terpulang kepada pemilik blog ini.boleh ziarah dan selami blog saya di pemburu redha ilahi : http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com

    syukran.

    ReplyDelete
  2. Dah berubah blog.
    Teruskan perjuangan PenaMaya =)

    Semoga urusan sentiasa dipermudahkan & sentiasa berada dalam lindunganNya.

    ReplyDelete
  3. @nuruddin azri

    alhamdulillah.semua datang dari Allah.apa-apapun,saya sudah linkkan blog.

    @anon amin.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    4 tahun bukan jangkamasa yang sekejap..tak ramai yang boleh bertahan..Alhamdulillah..semoga tahun baru ni akan memberi lebih banyak idea2 untuk penulisan yang lebih baik lagi..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    doakan saya dan keluarga.insya-Allah.semoga kekal istiqamah.dan saya doakan Para Pembaca supaya tetap istiqamah juga dalam merubah diri,mencari redha-Nya.

    ReplyDelete