18.11.11

Kisah Internet : Kerana Keindahan Islam Itu Hanya Dapat Dizahirkan Melalui Peribadi Yang Baik Oleh Muslim Sejati,Bukannya Melalui Retorik Berapi Jaguh Internet.

Prenote : Ditulis bukan untuk berlagak pandai.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pendahuluan

Tajuk di atas mungkin membuatkan sesetengah anda terfikir,"Kasar sungguh bahasa digunakan Beliau ini".

Maaf.

Ini merupakan Penulisan kedua dalam slot Kisah Internet.Penulisan Pertama boleh dibaca di sini.Mungkin ada yang beranggapan saya kelihatan seperti membebel apabila tidak habis-habis menulis tentang Mentaliti sesetengah Pihak dalam Masyarakat kita ketika menggunakan Internet.

Sebenarnya saya bukan membebel.Sebaliknya menegur.Ini kerana,dalam dunia pada hari ini di mana segala-galanya berlaku dengan pantas,Pihak yang ingin menegakkan kebenaran juga perlu bertindak pantas.Jika tidak,kejahatan akan terus bermaharajalela.

Apakah logik untuk anda menegakkan kebenaran dengan santai-santai tatkala anda menyedari bahawa Arus Kejahilan sedang mengganas dengan hebat di luar sana.Tingkatkan usaha,ayuh!

*** *** ***

Tanggungjawab Memperbanyakkan Penulisan Bertemakan Islamik Untuk Menarik Golongan "Street" Kembali Kepada Islam

Mungkin Penulisan saya di sini kadangkala sukar difahami oleh sesetengah daripada anda.Maaf.Tapi sebenarnya salah satu tujuan utama saya menulis blog ini adalah menarik minat "Golongan Muda Street Urban" (Golongan yang tidak pernah ada Latar Belakang Pendidikan Agama) ke arah Islam.Banyak sebenarnya Golongan seperti ini.Hampir Majoriti Rakyat Malaysia terdiri dari Golongan seperti ini.

Dan jika kita perhatikan kebanyakan Blog Islamik yang ada sekarang ditulis oleh mereka yang kebanyakannya berasal dari Latar Belakang Pendidikan Agama.

Bagus usaha mereka.Saya tidak menafikannya.Tapi,mengikut survey yang dilakukan saya,Penulisan-Penulisan ini,tidak dapat menarik minat mereka-mereka yang "Street" untuk membacanya.Mungkin kerana Gaya Penyampaiannya?

Ini bukan salah mereka yang menulis.

Jadi,atas kesedaran bahawa 'tidak banyak Blog Bertemakan Islamik yang mampu menarik minat "Golongan Street" untuk membaca Artikel mereka' inilah saya giat menulis Artikel-Artikel bertemakan Islamik dengan Gaya Bahasa/Topik yang berbeza.

Ini sebenarnya satu Tanggungjawab.Betul.Anda-anda yang "Street" di luar sana,perlu mengambil Tanggungjawab ini untuk mencari Ilmu,dan approach member-member anda dan membawa mereka ke pangkal jalan.Ini kerana hakikatnya ramai di antara mereka ini walaupun mungkin kelihatan luarannya agak lost,tapi dari segi dalamannya,mereka mahu berubah.Tapi kebanyakan mereka terbantut niat untuk berubah kerana apa?SEGAN.

Jadi,tanggungjawab kita adalah menarik mereka ke arah Islam.Carilah Ilmu.

Ingatlah Hadis Rasulullah SAW,

"Allah will continue to help His servant as long as His servant continues to help his brother." [At-Tabaraani;its men are thiqaat]

*** *** ***

Berhati-hati Dalam "Berlawak"

Syirik adalah dosa yang amat-amat besar di sisi Allah SWT.

The Prophet SAW said :

"Shall I not tell you of the most serious of the major sins?" We said : "Of course,O' Messenger of Allah." He said : "Associating anything with Allah,and disobeying parents." He was reclining,but then he sat up and said : "and bearing false witness," and he kept repeating this until we wished that he would stop (i.e., so that he would not exhaust himself with his fervour). [Bukhari and Muslim]

Banyak lagi Ayat Al-Quran dan Hadis lain yang menunjukkan betapa besarnya dosa Syirik.

Apa kaitan Hadis di atas dengan Kisah Internet?

Begini.Diringkaskan cerita,dalam Internet,banyak lawak mempermainkan "Agama" oleh Golongan "Atheist".

Bila sebut tentang "Atheist" ini,memerlukan masa yang panjang untuk menceritakan tentang perkara ini.Tapi,bukan itu mahu saya cerita.

Yang mahu saya tekankan adalah BAHAYA kepada Akidah Umat Islam yang turut sama berkongsikan Lawak-Lawak Mempermainkan Agama ini.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". [112:1-4]

Di atas ini,Terjemahan Ayat Al-Quran Surah Al-Ikhlaas.

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya" - cuba renung.

Saya bukan Mufti/Ulama/Syeikh (sebenarnya tidak perlu bergelar Mufti untuk mengingatkan Umat Islam tentang kebenaran),tapi nasihat saya kepada Golongan yang suka "membuat lawak membabitkan nama Tuhan etc : bertaubatlah".

Allah SWT - tidak ada sesuatu/sesiapapun yang serupa dengan-Nya.

Berhati-hati.Banyakkan baca Al-Quran.Dan ingat,Islam adalah kebenaran.Ianya bukan 'agama ritual' buatan manusia.Ianya cara hidup sebenar yang diturunkan oleh Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam kepada manusia melalui Rasulullah SAW.

*** *** ***

Kepada Mereka Yang Suka Memaki Hamun Ketika Menaip Di Dalam Internet

Cukup Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini untuk menjadi peringatan kepada anda semua :

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." [50:18]

*** *** ***

Untuk Apa?Untuk Siapa?

Kepada Para Blogger Islamik yang menulis,nasihat jujur saya,janganlah anda menulis kerana 'mencari duit'.Janganlah anda menulis mengharap 'bertambah follower'.Betulkanlah niat kita kerana Allah SWT,untuk mencari keredhaan-Nya.

Ingat,setiap amalan diukur berdasarkan niat.

*** *** ***

Kempen Galakan Guna Twitter

Saya secara peribadi merasakan penggunaan Twitter lebih bermanfaat dari penggunaan Facebook.

Kenapa?

Yang pertama,kurang potensi gambar-gambar dosa mata dipapar di sana.Kerana Twitter adalah Platform berkongsi Maklumat/Link/Pesanan Ringkas semata.

Yang kedua,maklumat sampai kepada anda dengan pantas.Sebagai contoh,apabila ada sesuatu Isu Besar melanda Dunia pada waktu tertentu,nescaya tidak sampai lima minit selepas itu,akan ada orang Tweet perkara ini.

Yang ketiga,entah,tapi yang perlu anda tahu Twitter memang bermanfaat.Alang-alang sudah guna Internet setiap hari,biarlah guna betul-betul.

Tapi,ada syaratnya.Ya.Twitter hanya bermanfaat jika anda follow Akaun yang bagus sahaja.Jika anda follow awek-awek/balak-balak punya akaun je,memang tiada manfaatlah.

Senang cerita,jika anda hendak tahu apakah itu contoh Akaun Twitter yang bagus - boleh buka Twitter PenaMaya di link ini - @PenaMaya.

Ini bukan syoksendiri.Tapi jujur.Saya memang kongsikan banyak perkara yang dirasakan bermanfaat di situ.

Jadi,kepada anda yang belum ada Twitter,saya rekomen anda buat Twitter.Tapi ingat,jika mahu Akaun itu bermanfaat,hanya follow Akaun yang bermanfaat.Jika tidak,itu bukan tanggungjawab saya.

Anda mahu tahu Senarai Akaun Twitter yang menarik untuk difollow?Lihat senarai Akaun yang saya Follow di sini.Mana yang anda rasa bagus,followlah.

*** *** ***

Google Plus

Siapa yang ada Google Plus,boleh add saya into your circle.

Tapi,harap maaf,Jemputan ini ditujukan hanya kepada Brothers yang menggunakan Google Plus mereka sebagai Platform Dakwah.Kepada Para Gadis,berhati-hati ketika menggunakan Internet bagi menjaga maruah diri.Kenapa saya katakan begini?Baca Artikel 'Kisah Wanita Dan Facebook' ini.

*** *** ***

Penutup

Itu sahaja.

Saya hendak Solat Maghrib.

Oh ya,kepada anda semua yang menggunakan Internet,jangan sampai sebab Internet,anda menangguhkan Solat.Jangan sebab 'berdakwah Internet',anda lupa bersolat.

Ketahui apa keutamaan anda.


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.Dan oh ya,kalau ada salah silap,terkasar bahasa,maklumat yang salah,kefahaman songsang - maklumkan kepada saya.Dan saya mohon anda maafkan.Saya juga manusia biasa.


No comments:

Post a Comment