11.11.11

Pelaburan Akhirat - Memanipulasi Sebaik Mungkin Sedikit Masa Yang Kita Ada Untuk Mencari Keredhaan-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semakin hari,semakin cepat masa berlalu dirasakan saya.Dan saya pasti,perkara ini dirasai oleh semua dari kita pada hari ini.

Alhamdulillah,saya baru sahaja selesai menunaikan Solat Maghrib semasa saya berkeputusan menulis Penulisan ini.Sebenarnya,ada beberapa Penulisan yang telah saya schedulekan untuk dipublish dalam beberapa hari ini.

Tapi,sengaja saya tulis lagi sementara ada masa lapang.Ini kerana,kita tidak akan pernah rugi jika berbuat kebaikan.Mungkin balasannya tidak kelihatan di dunia ini,tapi ketahuilah setiap perbuatan baik yang kita lakukan tidak akan disia-siakan.Semuanya akan dibalas.Jika tidak di dunia,di Akhirat kelak.

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99:6-8]

*** *** ***

Berbalik kepada Isu Masa Pantas berlalu yang kita bincangkan di atas tadi,saya ingin berkongsikan sebuah Hadis yang kerap saya kongsikan di Pena Maya sebelum ini,

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146]

Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Masa memang pantas berlalu.

Dan itulah tujuan saya menulis Penulisan ini.

Untuk mengingatkan kita supaya memanipulasikan sedikit masa yang kita ada ini dengan semaksima mungkin.Semoga usaha kita ini dapat membantu kita di Akhirat kelak.

Kurangkanlah membuat perkara yang sia-sia yang tidak dapat membantu kita di sana.

Di dalam Al-Quran,Surah Al-Mu'minun disebutkan salah satu ciri-ciri orang yang beriman itu adalah orang yang mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia,

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia". [23:3]

Dan apabila menyebut tentang orang yang 'tidak melakukan perkara yang sia-sia' ini,kita pasti mengatakan bahawa mereka ini tentunya 'orang-orang yang cemerlang'.Cemerlang di sini bukan bermaksud 'mendapat A+ di dalam SPM semata'.Tidak.Ada orang yang mendapat 'A+',tapi gagal dalam hidupnya.Gagal untuk menjadi seorang manusia.Dan ini merupakan bukti kuat yang menunjukkan bahawa 'Result di atas Sijil semata' bukan penentu sebenar kecemerlangan seseorang.

Sebaliknya,orang yang cemerlang di sini,adalah orang yang 'benar-benar cemerlang'.

Jadi,dapatlah dikatakan bahawa orang yang benar-benar beriman itu tentulah orang yang cemerlang.

Masakan tidak,mereka mempunyai peribadi mulia,mereka bersedekah,berbuat kebajikan,mematuhi janji etc etc dan yang paling penting - mereka mematuhi perintah Allah SWT,Maha Pencipta Sekalian Alam.

Dan bolehlah dikatakan,orang-orang yang 'cemerlang' di Dunia inilah yang mampu mendapat keredhaan Allah SWT.

Jadi,marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi orang 'cemerlang' dengan memanipulasi setiap masa yang kita ada untuk melakukan kebaikan.

Apakah perkara kebaikan (Pelaburan Akhirat) yang boleh kita lakukan itu?

Banyak.Amat banyak.Tapi saya sekadar mahu berkongsikan beberapa perkara 'senang' yang dapat kita lakukan bersama.

1) Membasahi lidah dengan berzikir.
Ya,sentiasalah basahi lidah kita dengan berzikir.Dari kita asyik mengumpat,memaki hamun,apa kata kita take time off dari perbuatan itu,dan beristighfar kepada Allah memohon keampunan-Nya,berzikir,bertasbih dan bertahmid.Jadikan amalan.Nampak susah,tapi sebenarnya tidak.Malah,perbuatan ini boleh mendatangkan ketenangan kepada Jiwa kita (Dengan Zikrullah nescaya hati menjadi tenang).

2) Bersedekah.
Dalam Kuliah Agama kita sering mendengar Seruan Bersedekah.Tapi,tanya diri kita,seringkah kita bersedekah?Bersedekah ini,tidak semestinya bermaksud kita memberi duit kepada Peminta Sedekah semata.Sebaliknya,boleh jadi kita memberi duit kepada Saudara-Mara kita yang susah.Atau kita membantu kawan kita yang kelaparan.Atau mungkin memberi makanan kepada Jiran.Kreatifkan minda.Yang penting,niat kerana Allah SWT.Ini semua dapat membantu kita mencari redha-Nya,insya-Allah.Ingat,kita semua akan kembali.Dan hanya kepada-Nya kita mohon keampunan.Bagaimana kita boleh fikir Allah SWT akan mengampunkan kita jika kita tidak pernah mengikut perintah-Nya?

3) Melawat Saudara Mara Untuk Menghubungkan Silaturrahim.
Saya pasti,setiap dari kita pasti ada Saudara Jauh yang sudah lama kita tidak jumpa.Apa kata jika hujung minggu ini,kita ajak keluarga kita pergi melawat mereka?Ketahuilah kita,amalan menziarah untuk merapatkan Silaturrahim yang terputus ini,amatlah mulia di sisi Islam.Banyak Hadis menceritakan tentang perkara ini.Anda boleh lakukan research sendiri.Dan ketika melawat,anda juga boleh bersedekah dengan membawa makanan yang best-best kepada Saudara Mara anda.Ini semua yang saya story ni,semuanya dituntut Islam.Cuma saya agak malas nak carik dan paste sini.

Itu sahaja.Saya rasa tiga sudah cukup.Kita start dengan yang ini dahulu.Yang lain-lain,insya-Allah lama-lama kita akan tergerak hati melakukannya.

Kembalilah kepada Allah SWT.Dia Maha Pengampun,Maha Penerima Taubat,lagi Maha Penyayang.

Renungkan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini :

Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". [6:54]

Jika direnung dari Terjemahan Ayat Al-Quran di atas,dapatlah kita menyimpulkan bahawa salah satu ciri orang yang bertaubat adalah 'mereka berusaha memperbaiki amalan mereka sesudah itu'.

Yakni,mereka berusaha melakukan sebanyak mungkin amalan yang membolehkan mereka mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Ketahuilah,Islam ini indah jika diamalkan.Jadi,marilah kita sama-sama mengamalkannya.

Teringat satu quote oleh seorang Tokoh Islam,

"Allah SWT telah memuliakan kamu dengan Islam.Janganlah kamu menghinakan diri kamu kembali dengan mengambil yang lain daripada Islam."

Itu sahaja untuk kali ini.

Jika ada salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf,dan betulkan kesalahan itu.

Sesungguhnya,Penulisan ini ditulis sebagai peringatan buat diri sendiri juga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Boleh Google 'Pelaburan Akhirat Pena Maya' untuk Penulisan-Penulisan lain dalam Siri Pelaburan Akhirat.Akan dibukukan dalam bentuk PDF dalam masa terdekat,insya-Allah.

P/P/S : Penulisan Giveaway akan ditulis pada Hujung Minggu ini.Samada Sabtu atau Ahad.Dua buku percuma akan diedar kepada dua Pembaca Bertuah,insya-Allah.


*** *** ***

UPDATE BARU

Alhamdulillah.Seorang Sahabat menulis komen untuk Penulisan ini memberi peringatan dan menegur beberapa perkara dalam Penulisan ini.

Saya quotekan komen Beliau di sini untuk anda baca.

"Ini kerana,kita tidak akan pernah rugi jika berbuat kebaikan.Mungkin balasannya tidak kelihatan di dunia ini,tapi ketahuilah setiap perbuatan baik yang kita lakukan tidak akan disia-siakan.Semuanya akan dibalas.Jika tidak di dunia,di Akhirat kelak."

MashaAllaah akhi. It would be good if you added the following verse too, just so that people don't misunderstand, inshaAllaah.

"Say (O Muhammad ): “Shall We tell you the greatest losers in respect of (their) deeds?” “Those whose efforts have been wasted in this life while they
thought that they were acquiring good by their deeds!” Surah al-Kahf (18:103-104)

The above verse tells us that although people thought they were doing good deeds, in reality they were not because they did not prioritize on seeking knowledge before putting themselves forward in doing good.

On my blog, I do schedule posts too. However I do fear conveying the wrong things myself. We will be questioned about speaking about the useless things of the dunya, but it would be worse if we make mistakes in conveying Allaah's religion. I try my best to reach out to people more knowledgeable than me, to advise me before I post.

This religion does not belong to us, it belongs to Allaah. So we should keep reminding each other not to change His religion by conveying our own opinions that may be strange to the Sahaabas, inshaAllaah.

Alhamdulillah.Itulah sebab saya sering mengingatkan anda untuk memperbetulkan kesalahan yang saya tulis jika anda mendapatinya.Dan itulah pentingnya mempunyai Sahabat yang baik yang dapat membantu kita.Dan jangan sesekali ego apabila ditegur.

Wallahualam.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal,again.



2 comments:

  1. "Ini kerana,kita tidak akan pernah rugi jika berbuat kebaikan.Mungkin balasannya tidak kelihatan di dunia ini,tapi ketahuilah setiap perbuatan baik yang kita lakukan tidak akan disia-siakan.Semuanya akan dibalas.Jika tidak di dunia,di Akhirat kelak."

    MashaAllaah akhi. It would be good if you added the following verse too, just so that people don't misunderstand, inshaAllaah.

    "Say (O Muhammad ): “Shall We tell you the greatest losers in respect of (their) deeds?” “Those whose efforts have been wasted in this life while they
    thought that they were acquiring good by their deeds!” Surah al-Kahf (18:103-104)

    The above verse tells us that although people thought they were doing good deeds, in reality they were not because they did not prioritize on seeking knowledge before putting themselves forward in doing good.

    On my blog, I do schedule posts too. However I do fear conveying the wrong things myself. We will be questioned about speaking about the useless things of the dunya, but it would be worse if we make mistakes in conveying Allaah's religion. I try my best to reach out to people more knowledgeable than me, to advise me before I post.

    This religion does not belong to us, it belongs to Allaah. So we should keep reminding each other not to change His religion by conveying our own opinions that may be strange to the Sahaabas, inshaAllaah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum akhi..
    astaghfirullah..
    alhamdulillah,thanks for the reminder..
    really,thanks..that's why i always write this 'Jika ada salah silap,terkasar bahasa - minta anda maaf,dan betulkan kesalahan itu' at the end of my writings...

    because im afraid that i might gv wrong informations,or quoted wrong /'hadis palsu'..
    this is because im still learning..

    alhamdulillah .jzkk again.. i will quote your comment on the above article..

    and by the way,i like this part where you wrote 'This religion does not belong to us, it belongs to Allaah. So we should keep reminding each other not to change His religion by conveying our own opinions that may be strange to the Sahaabas, inshaAllaah' ...

    thanks again.really appreciate it..may Allah guided us all.amin.

    ReplyDelete